Salam buat semua…kali ni Zack nak jadi Pak Andam pulak…hehehe…nak tau kenapa??? Sebab celoteh kali ni khas buat gadis dan wanita…Zack nak berceloteh dan bagi tips sikit… ~~~aku memang pecinta wanita~~~tapi ku bukan buaya~~~Haa…dapat dah wahai gadis dan wanita sekalian???
Gang semua sedar tak gadis dan wanita zaman sekarang ni selalu terlebih make up…gara-gara make up melampau sangat…muka pun lebih kurang macam ni laa jadinya…

Bibir…

guna gincu daripada warna lembut macam merah jambu ke…pic ke…atau warna-warna yang nampak natural…dan kalau nak tampil lebih segar…gang boleh guna gincu warna merah jambu glossy…AMARAN:hindari warna merah terang…kecuali laa kalau ada apa-apa acara pada waktu petang atau malam hari…

Pipi…

kat pipi pulak...gang boleh guna pemerah pipi berwarna gangsa atau merah bata…Sapu sikit-sikit sudah…bagi tipis jee…nanti muka nampak lebih segar dan berseri gitu...

Mata…

dari kerana mata…oh! Yang mempunyai kuasa…oh! Aku tergoda…haa nampak lirik tu…mata bahagian penting…hindari warna-warna kuning atau warna-warna terang yang lain…sesuaikan pembayang mata dengan warna pakaian…AMARAN:hindari jenis make up SMOKEY EYES dan GOTHIC…

Kulit wajah…

kat kulit pulak gang elakkan dari memakai bedak asas yang tebal sampai dua…tiga inci…nanti nampak macam pakai topeng…pakai biasa-biasa jee pun dah lawa…sebab gang semua nak pergi pejabat jee pun bukannya nak pegi jadi model sesi fotografi…

Haa…dapat dah wahai gadis dan wanita sekalian???

Peringatan Tegas : Zack bukan lelaki lembut atau ponang…

Hit: 51 Laman Asal