Permainan yang disediakan adalah seperti berikut :
Watersport
Pulau Pangkor menyediakan pelbagai pilihan aktiviti watersport.
Bagi yang berani cubalah menunggang banana boat hanya rm15 seorang.
Paling tidak cubalah snorkeling. Pengalaman snorkeling ini sukar dilupakan. Rugi jika tidak melakukannya. Harganya RM15 seorang.
Pukat tarik-RM5
Boat Trip
Bersiar-siar dengan bot laju, melihat pantai-pantai dan pulau-pulau kecil di sekitar Teluk Nipah atau lebih jauh lagi. Hanya RM5 sahaja.
Jika bernasib baik, mungkin anda dapat menyaksikan bagaimana nelayan pukat bilik menangkap ikan.
Rock Formation
Sekali pandang kelihatan seperti seekor buaya. Sebab itu ia digelar batu buaya!
Yang ini pula batu kaki.
Dan yang ini gajah mandi.
Nampak tak? Ia kelihatan seperti seekor ikan paus!
Aktiviti memancing juga boleh dilakkan disini hanya RM10 sahaja.
Trip Memancing
Kaki pancing tentu tidak sabar melabuh kail di Pulau Sembilan. Di sini ada ramai tekong yang handal dan anda pasti tidak hampa.