Sorok dalam sejadah Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
TAHAN...pendatang tanpa izin yang ditahan dalam operasi bersepadu di kawasan rumah kongsi di Jalan Perhentian, Sentul.
TAHAN...pendatang tanpa izin yang ditahan dalam operasi bersepadu di kawasan rumah kongsi di Jalan Perhentian, Sentul. KUALA LUMPUR: Cubaan seorang lelaki warga Indonesia berusia 28 tahun menyembunyikan diri menggunakan sejadah sebagai pelindung bagi mengelakkan dirinya dicekup pihak berkuasa gagal apabila taktiknya itu dapat dikesan ketika operasi bersepadu 6P yang dijalankan di rumah kongsi Jalan Perhentian, Sentul, di sini, kelmarin.
Lelaki itu adalah antara 94 pendatang asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Operasi bermula jam 9 malam dan berakhir tiga jam kemudian bertumpu di lima blok rumah kongsi yang dijadikan asrama pekerja di kawasan berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa yang mengetuai operasi itu berkata, operasi di kawasan itu mendapat kerjasama KDN, JPAM dan PDRM dengan kekuatan anggota 170 orang.

“Kami melakukan serbuan ke kawasan itu selepas menerima maklumat orang awam dan hasil intipan dijalankan berjaya menahan 94 pendatang terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan India.

“Kami memeriksa 335 pekerja di lima blok rumah kongsi itu dan hasil pemeriksaan 241 mempunyai permit kerja sementara selebihnya tiada sebarang dokumen.
“Daripada 94 pendatang yang ditahan, 67 warga Indonesia, Bangladesh (25), seorang Vietnam dan seorang lelaki India yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sektor perladangan,” katanya kepada media selepas tamat operasi terbabit.

James Musa berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati pekerja itu berkerja dengan empat majikan berlainan syarikat pembinaan dan semua tinggal di kawasan itu.
Semua ditahan dibawa ke Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
Pelajar diperkosa kekasih

KAPAR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar sekolah menengah di rumahnya di Batu 13/4, Jalan Kapar, di sini, semalam.
Lelaki berusia 19 tahun itu mengenali mangsa berusia 15 tahun sejak dua tahun lalu dan dipercayai merogol mangsa pada 15 September lalu sebelum kejadian berkenaan diketahui.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, pelajar terbabit dirogol selepas pergi ke rumah teman lelakinya itu.
“Mangsa yang juga anak sulung daripada lapan beradik membuat laporan polis kelmarin,” katanya di sini, semalam.

Mohd Shukor berkata, suspek yang bekerja di sebuah kedai gambar, di sini, ditahan di rumahnya jam 2 pagi semalam.

Shukor berkata, suspek direman hingga 28 September ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur.
Gigit lengan murid Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
SAKIT...Farhan menunjukkan lengan kirinya yang cedera akibat digigit guru.
SAKIT...Farhan menunjukkan lengan kirinya yang cedera akibat digigit guru. KAJANG: Angkara tidak dapat menyebut perkataan ‘boy’s’ dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, dekat sini.
Berikutan kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma.
Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung.

Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru menggigit di lengannya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik.
Kali ini sangkut Oleh Ahmad Isyafiq Mad Desa
am@hmetro.com.my
KAPAR: Berang dengan seorang wanita yang berkhalwat dengan seorang lelaki warga Pakistan, seorang penduduk bertindak menumbuk muka wanita terbabit selepas mencekup pasangan itu di sebuah rumah di Taman Sri Kerayong, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, penduduk terbabit dipercayai geram dengan wanita berusia 30-an itu yang sebelum ini beberapa kali berjaya meloloskan diri.
Difahamkan, wanita yang juga isteri orang itu sanggup memandu dari rumahnya di Sungai Besar semata-mata untuk memadu kasih bersama kekasih gelapnya itu.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, wanita itu dilihat beberapa kali melakukan maksiat di kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu.
Debaran tujuh jam Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
PUJUK...Zahari mententeramkan anaknya selepas ditemui.
PUJUK...Zahari mententeramkan anaknya selepas ditemui. CARI...anjing pengesan turut digunakan dalam gerakan mencari dan menyelamat.
CARI...anjing pengesan turut digunakan dalam gerakan mencari dan menyelamat. ALOR GAJAH: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun selama hampir tujuh jam terjawab apabila dia ditemui di celah rimbunan pokok kelapa sawit kira-kira 100 meter dari rumahnya di Jalan Sentosa, Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, dekat sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, Fatin Aliya Zahari, disedari hilang oleh ibu tirinya, Hendon Abd Rahman, 40, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin sebelum ditemui sepasukan anggota penyelamat tujuh jam kemudian.
Gerakan mencari mangsa yang bersekolah di tahun tiga sebuah sekolah, di sini, dilancarkan polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dengan dibantu penduduk kampung.

Menurut Hendon, anak tirinya itu dipercayai hilang selepas dimarahi kerana mengambil barang kemasnya tanpa pengetahuan menyebabkan dia menangis.
Trauma dibelasah teman lelaki Nigeria

KUALA LUMPUR: Pertemuan kali pertama membawa sengsara, itu dialami seorang wanita yang mengunjungi rumah teman lelaki warga Nigeria di Bukit Jalil, di sini apabila dia bukan sahaja dikurung malah dibelasah selain dipaksa menyerahkan wang RM500 jika ingin dilepaskan.
Difahamkan, wanita berusia 26 tahun itu mula mengenali kenalannya itu sejak Disember lalu namun mereka berdua tidak pernah bertemu sebaliknya hanya menjalinkan hubungan melalui telefon.

Bagaimanapun pada Khamis lalu, lelaki berusia 20-an terbabit menghubungi mangsa jam 10 pagi dan mengajaknya datang ke rumah kononnya ingin mengenali mangsa dengan lebih dekat.
Mangsa tanpa berfikir panjang terus bersetuju dan memberitahu akan ke kediaman lelaki itu beberapa jam kemudian dengan beranggapan pertemuan itu dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat kerana sejak berhubungan mereka tidak pernah bertemu.

Menurut sumber, sebaik tiba, mangsa pada mulanya dilayan dengan baik malah ketika itu, dua teman serumah kenalannya itu turut berada bersama.

“Malah ketika berborak, tiba-tiba lelaki terbabit merayu kepada mangsa supaya meminjamkan wang sebanyak RM500 kononnya ingin dihantar pulang ke negara asalnya kerana mendakwa keluarganya mengalami kesempitan wang.
“Mangsa yang simpati dengan nasib temannya itu kemudian bersetuju memberikan wang diminta namun memberitahu akan menyerahkannya keesokan hari kerana dia tiada wang pada ketika itu,” katanya.

Sumber berkata, bagaimanapun lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan jawapan mangsa dan terus mengamuk sebelum menumbuk muka mangsa beberapa kali.
“Mangsa yang kesakitan terkejut dan merayu tidak diapa-apakan dan berjanji memberikan wang diminta dengan syarat membenarkannya pulang ke rumah.

“Lelaki itu enggan berbuat demikian dan terus memaksa mangsa masuk ke dalam bilik dan mengurungnya,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang dikurung kemudian tertidur sebelum tersedar kira-kira jam 11 pagi keesokannya selepas lelaki berkenaan masuk ke dalam bilik dan menendang serta memukulnya beberapa kali.

“Tidak cukup dengan itu, rakan lelaki itu turut masuk dan membelasah mangsa selama beberapa minit serta memaksa menyerahkan wang seperti dijanjikan sambil mengacukan pisau.

“Mereka kemudian membawanya keluar untuk mengambil wang berkenaan. Malah ketika berada di dalam kereta, mangsa turut ditampar dan dipukul,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang ketakutan kemudian meminta lelaki itu membawa ke rumah rakannya di Kelana Jaya dan berjanji memberikan wang seperti diminta.

“Sebaik tiba di pangsapuri rakannya, mangsa yang ketakutan menjerit meminta tolong dan disedari pengawal keselamatan yang kemudian membantunya serta menghubungi polis.

“Malah, lelaki terbabit turut ditangkap dan diserahkan kepada polis yang tiba tidak lama kemudian. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian dibawa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu mangsa dikurung dan dipukul teman lelakinya bersama dua lagi rakan serta diperas ugut sebanyak RM500.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki Nigeria itu yang juga pelajar kini ditahan reman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 384/342 Kanun Keseksaan.
Terkejut ‘tetamu istimewa’ dalam bonet kereta

ALOR GAJAH: “Mulanya saya sangka bunyi gas bocor, namun selepas bonet dibuka, saya nampak seekor ular sawa berada dalam enjin kereta,” kata seorang wanita hamil lima bulan yang terkejut apabila kereta Proton Personanya ditumpang ‘tetamu istimewa’ itu di sebuah kilang di Rembia, di sini, tengah malam semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, Sarah Majid, 25, berkata dia yang baru habis bekerja pergi ke keretanya yang diletakkan di kawasan kilang untuk pulang ke rumahnya.

yang baru tamat kerja syif malam memberanikan diri memandu kereta itu sejauh kira-kira lima kilometer ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah di Pekan Alor Gajah.
“Sebaik masuk ke dalam kereta, saya terdengar sesuatu seperti gas bocor lalu keluar untuk melakukan pemeriksaan. Sebaik ke depan kereta, saya nampak ada ekor terjulur keluar dan terkejut selepas mendapati seekor ular sawa berada dalam enjin.

“Saya segera menutup semula bonet kereta dan masuk semula ke dalam kereta. Kerana sedang mengandung, saya tenteramkan diri sendiri dengan mematikan diri di dalam kereta,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian menghidupkan enjin dan terus memandu ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Pekan Alor Gajah bagi meminta bantuan mengeluarkan ular berkenaan.
“Ular itu sedang melilit bateri kereta mengakibatkan bahagian tengahnya tersangkut pada motor kipas pendingin hawa kereta. Malah kerana terkejut, saya lupa menghubungi suami untuk memaklumkan perkara ini,” katanya yang tinggal di Masjid Tanah.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Alor Gajah, Shahril Anuar Abd Rauf berkata, ular sawa seberat hampir 15 kilogram itu dipercayai kepanasan dalam bonet depan kereta mangsa dan melilitkan badannya di bateri kereta berkenaan.
“Lima anggota JPAM mengeluarkan ular sawa itu menggunakan peralatan khas bagi mengelak dipatuk ular yang agak agresif itu dipercayai akibat kepanasan.

“Kami menghadapi kesukaran dan terpaksa menanggalkan bateri kereta bagi memudahkan kerja mengeluarkan ular itu dan dapat dikeluarkan kira-kira 20 minit dengan selamat,” katanya.
Bermandi arak Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
GOMBAK: Bukan sahaja disumbat dalam but kereta ketika ‘diculik’ enam lelaki, malah turut dibelasah dan disiram minuman keras di seluruh badan serta diugut bunuh gara-gara salah faham selepas mereka menyangka dia adalah orang yang dicari ketua kumpulan terbabit kerana gagal menjelaskan hutang.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Jumaat lalu, mangsa berusia 25 tahun yang sedang menonton televisyen di kediamannya di Batu 8, Gombak, di sini, terkejut apabila didatangi enam lelaki yang memintanya menjelaskan pinjaman yang dibuat.

Menurut sumber, mangsa yang tidak tahu menahu mengenai perkara itu menafikannya dan memberitahu mereka tersalah orang dan individu dimaksudkan adalah rakan serumahnya dan bukan dirinya. Serah barang kemas minta abang dibebas

GOMBAK: Angkara hutang RM15,000, seorang peniaga diculik dua lelaki selama beberapa jam ketika berada di sebuah stesen minyak di Taman Kip, Kepong, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 30-an, didatangi dua lelaki terbabit yang menaiki kereta Perodua Kancil hitam dan terus menariknya masuk ke dalam kereta sebelum beredar dari situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, suspek kemudian memaksa mangsa melunaskan semula pinjaman yang dibuat dengan mereka.
Menurutnya, mangsa yang ketakutan menghubungi adiknya memberitahu kejadian itu dan meminta datang membawa wang bagi membebaskannya.

“Lelaki itu yang bimbang dengan keselamatan abangnya terus ke kawasan berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Kip selepas suspek mengarahkannya datang ke kawasan itu.

“Sebaik tiba, dia menyerahkan dua cincin emas dan rantai emas kepada suspek dan meminta membebaskan abangnya,” katanya.
Rosly berkata, sebaik mendapat cincin dan rantai emas itu, suspek terus masuk ke dalam kereta dan beredar tanpa melepaskan mangsa.

“Adik mangsa yang bimbang keselamatan abangnya tampil membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya.
Sejam bakar tapi mesin ATM tetap kebal

SABAK BERNAM: Sekumpulan perompak yang mahu mencuri wang dari mesin juruwang automatik (ATM) di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di sini, berputih mata apabila mereka gagal memecahkan mesin itu walaupun menggunakan gas Oxy-Acetylene, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, tiga lelaki bertopeng menyerbu bilik pengawal PSIS sebelum mengikat kaki dan tangan serta menampal mulut seorang pengawal keselamatan dengan pita pelekat.

Selain itu, penjenayah terbabit turut menyembur cat hitam pada kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak kegiatan mereka dirakam.

Pengawal keselamatan terbabit, Abdul Halim Mashudi, 44, berkata, ketika kejadian, dia berseorangan di dalam bilik pengawal itu manakala rakan setugasnya, Mohd Suhairi Samad, 25, melakukan rondaan rutin di sekitar PSIS.
Peluru tamat derita Oleh Cleo Will
hmkk@yahoo.com
KENINGAU: “Saya tidak menyangka ayah mengambil nyawa menggunakan senapang miliknya sendiri,” kata Paladus David, 40, anak kepada David@Albunus Marigan, 78, yang mati selepas dipercayai menembak dirinya sendiri menggunakan senapang angin di rumahnya di Kampung Ria, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.15 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di dada kanan apabila menggunakan sebatang kayu bagi memetik picu senapang yang dihalakan tepat ke dadanya.

Menurut Paladus, sebelum kejadian, dia terdengar bunyi bising di dalam rumah dan menyangka ada sesuatu benda menghempap bumbung rumahnya.

“Apa yang mengejutkan, sebaik diamati bunyi berkenaan, saya mendapati ia seolah-olah bunyi tembakan senapang sebelum berasa ada sesuatu yang tidak kena di dalam rumah.

“Saya bergegas ke bilik bapa dan terkejut apabila melihat badan ayah terkulai dan darah mengalir di belakangnya,” katanya sebak.
Patah kaki terjun bangunan

KUCHING: Seorang lelaki yang diburu selepas disyaki mencuri barangan berharga serta wang tunai milik rakan sekerjanya, patah kaki apabila bertindak terjun dari tingkat satu bangunan dalam kejadian di Jalan Song, kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa, 22, ditahan bersama seorang lagi rakan yang menunggu selepas dikepung rakan sekerja, jam 2 pagi.

Sumber berkata, suspek bekerja di sebuah kafe berdekatan bangunan tempat menginap sejak beberapa hari lalu, sebelum mengambil keputusan berhenti kerja.
“Kedua-dua suspek masing-masing berusia 20 dan 22 tahun terbabit dikatakan mahu menetap beberapa hari bersama rakan di asrama itu, sementara menanti keesokannya untuk pulang rumah ibu saudaranya di sekitar pusat bandar ini.

“Pada petang sehari sebelum kejadian, ketika kebanyakan pekerja pulang ke asrama masing-masing, seorang daripada mereka mendapati wang tunai hilang. Mereka mula mengesyaki perbuatan itu dilakukan kedua-dua suspek, namun tiada bukti.

“Kejadian sama terus berulang apabila seorang pekerja bangun dari tidur dan mendapati telefon bimbit hilang. Pada masa sama, mereka mendapati suspek dan rakannya sudah melarikan diri,” katanya.
Katanya, seorang mangsa menemui kunci tandas dan mengesyaki suspek bersembunyi di dalamnya.

“Sebaik pintu dibuka, suspek nekad terjun menyebabkan kaki kirinya patah. Ketika itu, rakan mangsa sedang menunggu atas motosikal tidak jauh dari lokasi kejadian.
“Tindakan pantas pekerja berjaya menahan kedua-dua suspek sebelum menghubungi polis. Seorang suspek dibawa menaiki ambulans ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sebelum dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga, untuk siasatan lanjut,” katanya.
Teguk racun akibat masalah rumah tangga KUCHING: Kecewa dengan masalah rumah tangga yang dihadapi, seorang warga emas nekad cuba membunuh diri dengan meneguk racun rumpai sebelum tindakannya berjaya dihalang rakan sebilik di sebuah asrama pekerja di Batu 3, di sini, semalam.
Lelaki dikenali sebagai Ah Man, 59, dari Miri itu ditemui terbaring dengan mulut berbuih di lantai oleh rakan sebiliknya, jam 6 pagi.

Menurut saksi dikenali sebagai James, 32, ketika kejadian dia tidur, namun terjaga apabila mendengar rakan batuk dipercayai selepas meneguk racun rumpai berkenaan. “Saya bangun untuk memeriksa keadaannya terkejut melihat dia terbaring sambil memegang leher dengan mulutnya berbuih.
“Dia juga mengadu tekaknya perit dan panas seperti terbakar menyebabkan saya segera memberinya secawan air sebelum menghubungi ambulans kerana bimbang keadaannya menjadi lebih teruk,” katanya.

James berkata, rakannya dipercayai cuba membunuh diri kerana terlalu tertekan dengan masalah perkahwinan yang dihadapi apatah lagi tinggal berjauhan dari keluarganya di Miri. Difahamkan, mangsa mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan berusia lingkungan 17 dan 19 tahun. “Warga emas ini mengadu kerap bergaduh dengan isteri disebabkan masalah kewangan selain beberapa hal kecil lain.

“Pergaduhan mereka berlarutan berminggu-minggu menyebabkan lelaki itu kecewa dengan sikap isterinya yang sering marah apabila cuba berbaik,” katanya.
Perubatan Islam tak disenarai dalam PTK

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (Gappima) mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya memasukkan kembali tafsiran amalan perubatan Islam di dalam Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK) sebelum ia dibaca untuk kali kedua pada persidangan Parlimen hari ini.
Presiden Gappima, Mohd Fauzi Mustaffa berkata, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai lebih 5,000 ahli daripada 20 persatuan dibawahnya, Gappima amat kecewa, kesal dan sedih dengan keputusan KKM mengeluarkan amalan perubatan Islam di dalam rang undang-undang itu sedangkan mengekalkan perubatan tradisional Melayu, Cina dan India.

Menurut Mohd Fauzi, Gappima sebelum ini sudah beberapa kali bertemu dengan pegawai kanan daripada KKM, namun mereka tetap menolak amalan perubatan Islam dimasukkan kembali dalam rang undang-undang PTK 2012 dengan alasan yang tidak munasabah.
“Antara alasan yang diberikan ialah perkara yang berkaitan dengan agama Islam adalah di bawah kuasa jabatan agama islam negeri-negeri atau majlis agama islam negeri dan amalan perubatan islam tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

“Alasan lain ialah akan menyebabkan ia bercelaru dengan amalan-amalan yang salah seperti memuja roh dan khurafat menyebabkan sukar dipantau dan alasan ini sebenarnya tidak munasabah,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Hadir sama ialah bendahari Gappima merangkap Pengarah Pusat Perubatan Islam Seiring Syariat (PPISS), Datuk Dr Basharuddin Panjang Ahmad serta beberapa ahli jawatankuasa antaranya Ashraf Muslim dan Dr Omar Jantan.
Hit: 11 Laman Asal