Wednesday, March 10, 2010

JADIKAN PENGAJARAN

NEGARA

Panadol penyebab gadis maut?


AIZADUL SHAFIQAH menemui ajal selepas tiga hari tidak sedarkan diri di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam.


KANGAR – Kematian seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini meninggalkan tanda tanya apabila pihak hospital dihalang daripada melakukan bedah siasat penuh selepas bapa mangsa berjaya mendapatkan perintah mahkamah.

Dengan perintah tersebut, pihak hospital tidak dapat untuk mengetahui punca sebenar kematian Aizadul Shafiqah Md. Fuzailee, 16, selepas bapanya, Md. Fuzailee Sabu, 46, berjaya mendapat perintah larangan itu beberapa jam selepas anaknya disahkan mati pukul 9.30 malam kelmarin.

Berdasarkan bedah siasat awal, doktor mendapati kematian Aizadul Shafiqah itu berpunca dari kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil panadol secara berlebihan.

Sebelum disahkan meninggal dunia, mangsa yang tidak sedarkan diri sejak Ahad lalu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, bedah siasat awal mendapati, kematian mangsa disebabkan kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil tersebut.


lagi



Ibu tak percaya

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
2010/03/11

KANGAR: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan, meninggal dunia dipercayai menelan Panadol secara berlebihan, malam kelmarin.

Aizadul Shafiqah Md Fuzailee, 16, disahkan meninggal dunia jam 9.30 malam dan doktor mendakwa mangsa menelan antara 20 hingga 24 biji Panadol di rumahnya di Taman Bukit Kayangan, Ahad lalu.


Dia meninggal dunia di Unit Kecemasan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), selepas tiga hari menerima rawatan di wad terbabit. Pelajar berkenaan sebelum itu dibawa bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri ke hospital selepas mengalami demam panas.


Bagaimanapun, ibu mangsa, Rozila Mohamad Arshad, 41, menafikan anak perempuannya itu menelan panadol sebanyak itu dan kematiannya mungkin disebabkan faktor lain yang tidak diketahui.


Rozila berkata, selepas kematian, doktor mendakwa anaknya menelan 20 hingga 24 biji Panadol hingga menyebabkan organ penting dalamannya tidak berfungsi “Ketika awal demam, saya meminta arwah makan sebiji panadol tetapi dia sukar untuk menelannya apatah lagi jumlah yang banyak seperti didakwa doktor ketika hari ketiga anak saya menerima rawatan di hospital,” katanya ketika ditemui di rumahnya.


Beliau berkata, pada hari pertama dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri, anaknya mengalami pendarahan di hidung dan doktor mengesyaki anaknya menghidap denggi.

"Tetapi pada hari ketiga anak saya disahkan meninggal dunia dan doktor pula mendakwa anak saya menelan banyak panadol," katanya.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan dan Kesihatan negeri, Dr Mahani Yusof berkata, hati Azidul Shafiqah didapati sudah rosak kerana lebihan toksin dipercayai akibat terlalu banyak menelan Panadol.


Bagaimanapun, katanya, pihak HTF gagal melakukan bedah siasat terhadap mayat pelajar terbabit selepas bapa mangsa mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalangnya, semalam.


Jenazah pelajar terbabit dikebumikan di Tanah Perkuburan Abi Tok Hashim, Bintong, jam 3 petang, di sini, semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berkata mangsa dalam keadaan koma ketika dimasukkan ke ICU HTF sejak tiga hari lalu sebelum disahkan meninggal dunia, jam 9.30 malam.





LAGI




Pelajar disyaki maut telan pil tahan sakit berlebihan


2010/03/11

KANGAR: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun meninggal dunia malam kelmarin, selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, dipercayai menelan pil penahan sakit secara berlebihan.

Aizadul Shafiqah Md Fuzailee (atas), pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan, ditemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Taman Bukit Kayangan, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berkata mangsa dalam keadaan koma ketika dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HTF dan disahkan meninggal dunia jam 9.30 malam kelmarin. Katanya, hasil bedah siasat, kematian Aizadul Shafiqah disebabkan kegagalan hati berfungsi dan polis menolak sebarang unsur jenayah dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

Bagaimanapun siasatan terperinci masih dijalankan, katanya.

"Kita akan mendapatkan keterangan lanjut daripada semua pihak, termasuk hospital dan keluarga bagi mengetahui punca sebenar pelajar itu berbuat demikian," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan laporan awal, mangsa yang mengadu tidak sihat selepas demam panas, ditemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik tidur rumahnya pada malam Ahad lalu.
Ibu Aizadul Shafiqah, Rozila Mohamad Arshad, 41, ketika ditemui di rumahnya berkata, seorang doktor mendakwa anaknya menelan antara 20 hingga 24 biji pil penahan sakit sebelum menerima rawatan di HTF.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan itu kerana anaknya hanya memakan sebiji pil ketika mengadu demam panas tiga hari lalu di rumah.


Kompang dipalu, barang kemas berlalu

Sabtu minggu lalu keluarga seorang kawan saya di Johor mengadakan kenduri besar perkahwinan anak sulung perempuan mereka. Disebabkan pertama kali membuat kenduri, anak pula seorang peguam, tentunya tuan rumah teruja mahu meraikan pengantin.

Persiapan untuk majlis itu saja menurut kawan saya (adik pengantin perempuan) 'mengerah' tenaga semua adik-beradik. Maklumlah bukan calang kenduri, beras pun beli di negara jiran, Singapura. Saya sendiri pun bersemangat membantu kawan ini 'menyulap' benang pembungkus telur pindang dan memasang kotak pengisi kek.

Kawan saya itu bangga memberitahu ibunya yang rakan-rakan dia di Shah Alam ini banyak membantu meringankan persiapan yang dipertanggungjawabkan di bahunya. 'Kredit' itu sekali gus 'memaksa' saya perlu hadir majlis kakaknya, dan sebagai penghargaan kata ibunya, mereka sediakan 'rambu' besar untuk direbut ketika majlis rai pengantin.

Sayang sekali aral melintang, saya terpaksa menguzurkan diri, dan saya tahu berkoyan-koyan marah si teman. Jeling matanya ketika bertemu kembali Isnin lalu, sudah dapat dibaca yang dia tidak gembira saya dan seorang lagi rakan serumah tidak turun ke JB.

Namun jeling itu tidaklah segeram dia pada kaki kebas barang kemas hantaran kakaknya yang lesap ketika sedang diraikan. Al-kisahnya barang kemas Habib Jewel serba satu itu nilainya hampir RM8,000, disimpan di dalam beg tangan di bilik pengantin. Bukan itu saja, penyangat itu turut melarikan telefon bimbit rakan baik pengantin yang diletakkan bersama. Kad kredit, dokumen penting lain dan kesemua harta-benda satu beg itu hilang.

Melongo saya mendengar ceritanya. Tak jadi nak 'berlawak' seperti kebiasaan agar dia tidak memarahi saya. Simpati meruah, tetapi apa kan daya saya tak mampu membantu. Cuma pesan saya padanya jadikan apa yang berlaku iktibar, lebih berhati-hati; bukan saja ketika majlis besar begitu.

Kes begitu bukan tidak pernah berlaku. Pengalaman sepupu banyak mengajar saya berhati-hati. Dia sendiri terpaksa mengeluarkan duit poket sebagai ganti apabila dua telefon bimbit dan tunai RM200 milik kawan baik dari Kuala Lumpur yang menghadiri majlis kahwinnya di Kelantan pada 2004 hilang.

Bagaimanapun apa yang berlaku pada sepupu saya itu tidaklah sedahsyat kawan di JB itu. Justeru untuk peringatan akan datang suka saya mencadangkan agar barang kemas berharga tidak perlu dimasukkan dalam senarai untuk pameran di atas par (bekas hantaran). Begitu juga duit hantaran (walau cek sekalipun), jam tangan, waima telefon bimbit cap Nokia pun!

Apa kata kesemua material bersifat sentimental itu (mungkin pada pengantin) diserahkan ketika berbulan madu. Pengantin perempuan serah jam tangan dan pengantin lelaki beri cincin, gelang, rantai hatta loket bertatah berlian beratus ribu karat sekalipun! Bukan kah ia lebih manis begitu? Barang kemas tak hilang, hati tak walang!

Kepada kaki sapu terbabit, jangan ingat tiada CCTV anda terlepas! Tak kira anda lelaki atau wanita, CCTV Allah ada di mana-mana. Mungkin anda sudah melepasi sempadan negara, secekap mana pun, pasti akan ada masanya anda jatuh!.






Digilis lepas jatuh

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/05

PETALING JAYA: Menyayat hati apabila seorang gadis yang tercampak ke atas jalan raya sejurus motosikal dinaiki terbabas tidak sempat bangkit menyelamatkan diri sebelum digilis sebuah kereta menyebabkannya mati di tempat kejadian, kelmarin.

TRAGEDI...mayat Norlaili diangkat untuk dibedah siasat. Gambar   kecil, Norlaili.
TRAGEDI...mayat Norlaili diangkat untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Norlaili.
Kereta itu yang mengekori mangsa dari belakang gagal mengelak selepas Norlaili Jamaludin, 25, tergolek di atas jalan sebelum melanggar mangsa.


Sumber polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 6 petang ketika mangsa bersama rakan lelakinya menaiki motosikal di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) arah Kuala Lumpur berhampiran Taman Medan, di sini.


Menurutnya, rakan mangsa, Faizul Majid, 22, dalam perjalanan menghantar Norlaili pulang ke rumah saudaranya tidak jauh dari tempat kejadian.


“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi Faizul gagal mengelak lalu merempuh sisi belakang sebelah kanan sebuah bas RapidKL yang diletak di bahu jalan menyebabkan kedua-dua mereka tercampak ke atas jalan raya.

“Sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun gagal mengelak sebelum merempuh Norlaili. Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di muka dan badan,” katanya.



Menurutnya, siasatan mendapati Norlaili berasal dari Jalan Sawi 6, Yap Tau Sah, Kluang, Johor.


“Kemalangan itu turut menyebabkan Faizul cedera parah. Faizul dari Kemaman, Terengganu penuntut tahun pertama, Ijazah Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam,” katanya.


Orang ramai yang menghubungi talian kecemasan 999 resah apabila ambulans tidak muncul selepas lebih 30 minit sehinggalah pegawai penyiasat trafik muncul di lokasi kejadian.


Akhirnya, sebuah kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 7 malam mengambil risiko menghantar Faizul ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Jenazah Norlali turut dihantar ke PPUM dengan kenderaan pacuan empat roda polis beberapa minit kemudian untuk bedah siasat.


Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar berkata, pemandu kereta terbabit sudah membuat laporan polis bagi membantu siasatan.


Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pemandu kereta yang memandu laju menggunakan tayar gantian maut selepas tercampak keluar sejurus kenderaan dipandu terbabas dan melanggar pagar kawasan tapak pembinaan.


Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, rempuhan kuat kereta Proton Satria itu turut mengakibatkan enjin kenderaan tercabut sebelum tercampak keluar kira-kira 20 meter.


Sumber polis berkata, kemalangan berlaku ketika Jinnah Rao Munusamy, 23, memandu bersendirian berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) susur Kepong, di sini.









Jejak 4 gadis

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Suney Leo Ertza Neo Sulaiman
am@hmetro.com.my
2010/04/05

KUALA LUMPUR: Terjebak dengan cinta monyet selain pujukan rakan sebaya dipercayai menjadi punca semakin ramai gadis remaja sanggup melarikan diri dari rumah untuk mengikut kekasih hati tanpa memikirkan masa depan serta perasaan keluarga.

Malah, dalam beberapa kes, ada antara gadis terbabit terus ‘ghaib’ dan gagal dikesan sejak lebih lima bulan lalu oleh anggota keluarga dan polis selepas dipercayai disembunyikan kekasih yang berusia jauh lebih tua.


Susulan itu, polis kini sedang menggiatkan usaha bagi menjejaki beberapa gadis yang dilaporkan hilang oleh anggota keluarga tanpa diketuai sama ada masih hidup atau mati.


Dalam kes terbaru, dua remaja perempuan Ng Kha Yee, 14, turut dilaporkan hilang dari rumahnya di Pelangi Indah Kondominium, Jalan Ipoh, sejak beberapa bulan lalu.


Sumber polis berkata, mangsa dipercayai melarikan diri dari rumah bersama rakannya.


Dalam satu lagi kes, polis turut cuba mengesan seorang remaja wanita, Siti Syahira Sakri, 14, yang melarikan diri dari rumahnya di Blok PPR Pekan Batu, Jalan Ipoh. Remaja yang masih bersekolah itu dipercayai menghilangkan diri bersama kenalannya.





























































No comments:

Post a Comment