Negeri Sembilan, 29 Mei 2010- Mohd Nazli Zaik, 22, dan Razali Sudin, 24, telah di jemput ke sebuah Kompleks yang bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan untuk menjadi Juri dalam pertandingan Nasyid peringkat negeri Negeri Sembilan. Kedua-dua mereka merupakan ahli kelab Penggiat Pembangunan Masyarakat Orang Asli yang aktif.
Kelibat juri-juri profesional yang mengadili pertandingan nasyid
Pertandingan ini bukan sahaja menyajikan pertandingan Nasyid semata, namun beberapa lagi kategori lain juga turut di pertandingkan antaranya pertandingan tilawah al-Quran, berzanji serta marhaban. Semua pertandingan di bawakan oleh Kemajuan Masyarakat atau di kenali sebagai KEMAS. 
Menurut Nur Hafiza Ulul Amri, 24, pekerja di bawah KEMAS, pertandingan ini memang sentiasa di adakan saban tahun. Pertandingan peringkat kebangsaan pula akan diadakan pada awal tahun depan. Jabatan beliau sendiri yang mengendalikan program ini.
"Menjadi juri adalah satu kebiasaan bagi artis-artis nasyid. Saya biasanya menjadi juri untuk pertandingan di peringkat IPT-IPT. Dan inilah kali pertama saya menjadi juri dalam peringkat kebangsaan." Beritahu saudara Nazli yang merupakan bekas anggota Far East yang kini sedang membuat rakaman untuk lagu solo terbarunya yang di sediakan oleh saudara Isman, anggota kumpulan Hijjaz.
Salah satu kumpulan nasyid yang mengalunkan lagu mereka dengan penuh perasaan
"Bagi saya pula, ini adalah yang pertama. Dulu sekadar jurulatih nasyid di sekolah, dan membuat lirik serta melodi untuk lagu persatuan dan beberapa buah lagu nasyid. Namun tak sangka lah pulak dapat rezeki untuk menjadi juri kali ini. Banyak pengalaman yang saya dapat." Jelas Razali yang raut wajahnya masih lagi terkejut dengan peluang yang beliau dapat ibaratkan jatuh daripada langit.

Razali juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur di atas kepercayaan yang di beri dan berterima kasih juga kepada saudara Nazli yang banyak membantunya dalam menghakimi pertandingan.- ComradeNews


::We Observe We Experience We Lend a Hand::
Hit: 22 Laman Asal