Ruangan ini adalah sekadar catatan harian penulis. lebih tepat lagi...ianya adalah diari penulis, anda tidak digalakkan membaca blog ini. penulis menyediakannya kerana malas nak beli diari, itu je.

Wednesday, March 24, 2010

24 mac 2010

pagi:
kena jaga anak (kakak dan syairazi), syairazi demam campak (Berteh)

2.45 ptg:
menaiki kereta exora sekeluarga ke Bangi. melalui highway jalan duta, exit kajang terus ke syeksen 4 rumah maksu. janji dengan Ibu Fatimah untuk ambil bibit (maid) baru, nama Atiq dari tanjung Balai, Medan.

4.10 ptg:
sampai dirumah Salina, tapi mereka belum sampai, pusing2 hingga ke syeksen 7 beli goreng pisang rangup tepi jalan seksyen 7. kemudian balik kerumah Salina. sambil tunggu dia orang sampai kami minum dulu. kakak muntah kena baju aku.

lepas tu solat ashar secara qashar.

6.15 ptg:
Ibu Fatimah datang dengan bibit (Atiq). kami berbincang pasal visa, sebab dia datang pakai visa tourist, maknanya cukup sebulan aku kena hantar pulang ke Medan untuk uruskan visa sebagai pembantu rumah.

8.30 malam:
hantar ibu fatimah ke stesen komuter di UKM, pergi dengan abe, wi,kakak dan bibit. bagi duit RM 3000.00 semasa sampai distesen. balik rumah salina makan nasi lauk kulit lembu masak kicap.

9.00 malam:
bertolak balik keluar tol bangi, isi minyak kat petrol pump di R&R Rawang. RM50.00. exit Tanjong Malim. sampai dirumah jam 10.45 malam.

No comments:

Post a Comment