Friday, September 24, 2010

Beraya Di Kelantan

UPSR dah selesai... abg Syamilpun dah lega..mamapun dah tak payah bising-bising suruh dia study...

Sambung kisah beraya di Kelantan pula. Ptg raya pertama kami bertolak ke Kelantan. Raya kali ni kurang meriah sikit sebab tak sempat beraya dengan abang2 dan adik...jadual pulang kg tak sama..manakala adik giliran beraya di Perak. Namun raya tetap ceria dapat bertemu bersama sanak saudara.

Gambar-gambar yang sempat diambil semasa beraya di Kelantan..



Hidangan di pagi raya ke 2...mak masak nasi dagang lauk kari ayam,gulai ikan tongkol dan gulai udang.Menu tambahan roti jala. Hidangan pagi raya pertama mak masak lontong.



Nenek dgn cucu



Tok Chik, mak dan Syakim



Syakim dgn Syakirah...Syakim tayang biskut cornflakes madu kegemarannya..

Sanak saudara terdekat yang dtg berkunjung dipagi raya ke 2..ada lagi yg berkunjung tp tak sempat ambil gambar..











Sebelah tgh hari bertandang ke rumah ibu sudara....



Al-Fatihah buat arwah bapa saudara yang baru sahaja kembali kerahmatullah sebelum Ramadan yang lalu..

Malamnya ke rumah atok yg terletak sebelah rumah mak....



Sepupu yang tinggal dgn atok menyediakan juadah sate....



Tok Chik tertidur kepenatan setelah seharian beraya melayan anak..cucu..cicit serta sanak saudara. Alhamdullilah Tok Chik masih sihat wpun usia sudah 80 lebih..masih rajin bekerja.suka bergurau dgn cicitnya terutama dgn Syazrin..

2 comments:

  1. Comel2 baju raya Syakirah. Dapat duit raya banyak tak? hehehe

    Ijan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2