Saya
memang suka mencuba resepi turun temurun atau resepi yang digunakan
oleh mereka yang berniaga atau resepi yang digunakan oleh tukang tukang
masak bagi majlis majlis kahwin. Kerana yang pasti, resepinya adalah
proven and tested recipe. Resepi Ayam Masak Merah yang ini diambil dari blog Ana Suzana yang dipelajari
dari ayahnya yang merupakan seorang tukang masak bagi majlis kenduri
kawin yang tersohor di kampung beliau. Dah lama resepi ini disalin, cuma
belum ada kesempatan dan masa yang sesuai untuk dicuba sendiri sehingga
lah hari ini.