Tuesday, July 27, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1431HIJRAH 2010 MASIHI


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.



Saudara-saudari,



Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?



Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."



Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.



Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"



Saudara-saudari,



Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri.



Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."



Wasalam

Wednesday, July 14, 2010

ASALNYA RADIO...


Radio
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Peti radio fesyen lama
Radio komunikasiRadio merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan gelombang elektromagnet, atau isyarat-isyarat radio, untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar (transmitter), manakala unit yang menukar isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima (receiver). Biasanya, penerima adalah dirujuk sebagai satu "radio" atau peti radio.

Syarikat-syarikat yang menyiarkan (atau menghantar) muzik, berita, ceramah atau lain-lain bentuk radio yang sehala dipanggil stesen radio. Guglielmo Marconi dari Itali digelar sebagai pencipta radio.

Isi kandungan [sorok]
1 Asal-usul istilah
2 Proses
2.1 Spektrum elektromagnet
3 Kegunaan
3.1 Audio
3.2 Telefoni
3.3 Video
3.4 Khidmat radio amatur
3.5 Kawalan radio (RC)
4 Lihat juga
5 Rujukan
6 Pautan luar

[sunting] Asal-usul istilah
Pada mulanya, radio atau radiotelegrafi dipanggil "telegrafi wayarles", atau singkatannya "wayarles" (wireless). Awalan radio- yang membawa erti penyiaran tanpa talian, julung kalinya dicatatkan dalam istilah radioconductor, ciptaan ahli fizik Perancis Édouard Branly pada tahun 1897, berasaskan perkataan Latin radius yang bererti "jejari roda" atau "sinar cahaya". "Radio" sebagai kata nama dipercayai dicipta oleh pakar pengiklanan Waldo Warren (White 1944), dan juga kelihatan dalam sebuah rencana tulisan Lee De Forest pada tahun 1907, diterima guna oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1912, dan menjadi laris apabila bermulanya siaran komersil pertama di Amerika Syarikat pada 1920-an. Istilah "radio" turut diterima oleh bahasa-bahasa Eropah dan Asia. Negara-negara Komanwel British terus mengutamakan istilah "wayarles" sehingga pertengahan abad ke-20, meskipun majalah BBC di UK bernama Radio Times sejak julung kali diterbitkan pada awal 1920-an.

Baru-baru ini, istilah "wayarles" dibangkitkan semula menerusi perkembangan pesat perangkaian komputer jarak dekat, seperti Rangkaian Kawasan Tempatan Wayarles (Wireless Local Area Network, WLAN), WiFi, dan Bluetooth, tidak lupa juga perhubungan telefon bimbit, seperti GSM dan UMTS. Kini, istilah "radio" biasanya memaksudkan peranti atau cip penghantar-terima sebenar, manakala "wayarles" ialah sistem dan/atau kaedah yang digunakan untuk perhubungan radio. Oleh itu, kita membincangkan penghantar-terima radio dan Pengenalpastian Frekuensi Radio (Radio Frequency Identification, RFID), tetapi peranti wayarles dan rangkaian pengesan wayarles.

[sunting] Proses
Sistem-sistem radio yang digunakan untuk tujuan perhubungan memerlukan unsur-unsur berikut. Setelah lebih seabad dibangunkan, setiap proses dilaksanakan oleh pelbagai kaedah yang dikhususkan untuk berbagai-bagai tujuan perhubungan.

Setiap sistem dilengkapi pemancar yang terdiri daripada sumber tenaga elektrik yang menghasilkan arus ulang-alik bagi frekuensi ayunan dikehendaki. Pemancar ini mengandungi sistem memodulatkan (menukar) sesetengah sifat tenaga yang dihasilkan untuk menekankan isyarat padanya. Pemodulatan ini bolehlah semudah memasang tutup tenaganya, atau serumit mengubah ciri-ciri yang lebih terperinci seperti amplitud, frekuensi, fasa atau kesemuanya sekali. Pemancar menghantar tenaga elektrik yang dimodulatkan kepada antena bersalunan; struktur ini menukar arus ulang-alik yang cepat berubah, menjadi gelombang elektromagnet yang boleh melalui ruang legar (adakalanya dibantu pengutuban tertentu).

Gelombang elektromagnet melalui angkasa sama ada secara terus, atau dipantul, dibias atau dibelau untuk mengubah laluannya. Kekuatan gelombang menjadi lemah adalah kesan penyebaran geometri (hukum kuasa dua songsang); sesetengah tenaga adakalanya juga boleh diserap oleh bahantaranya. Selalunya, isyarat yang dikehendaki terdedah kepada perubahan akibat hingar; gangguan elektromagnet ini timbul dari pengaruh semula jadi dan juga buatan manusia seperti pemancar lain dan sinaran lain yang tidak disengajakan. Hingar juga terhasil di setiap langkah proses kerana ciri-ciri dalaman peranti yang digunakan. Jika magnitud hingar cukup besar, maka isyarat yang dikehendaki tidak boleh ditafsirkan lagi; inilah had asas pada julat komunikasi radio.

Gelombang elektromagnet dipintas oleh antena penerima yang ditala; struktur ini menangkap seberapa tenaga dari gelombang dan membalikkannya dalam bentuk arus elektrik yang mengayun. Di pihak penerima, arus-arus ini dinyahmodulatkan, iaitu ditukarkan menjadi bentuk isyarat berguna oleh subsistem pengesan. Penerimanya "ditala" untuk membalas kepada isyarat yang dikehendaki, sambil menolak isyarat yang tidak dikehendaki.

Sistem-sistem radio terawal bergantung sepenuhnya pada tenaga yang dikumpul oleh antena untuk menghasilkan isyarat untuk pengendalinya. Radio menjadi semakin berguna setelah diciptanya peranti-peranti elektronik seperti tiub vakum, disusuli oleh transistor, yang membolehkannya menguatkan isyarat yang lemah. Sistem-sistem radio terkini digunakan baik untuk mainan kanak-kanak walkie-talkie mahupun kawalan kenderaan angkasa, tidak dilupakan juga penyiaran dan lain-lain kegunaannya.

[sunting] Spektrum elektromagnet
Rencana utama: Spektrum elektromagnet
Frekuensi radio menduduki julat daru beberapa puluh hertz hingga 300 gigahertz, walaupun penggunaan radio komersil hanya menggunakan sebahagian kecil spektrum ini.[1] Jenis-jenis sinar elektromagnet yang lain yang berfrekuensi melebihi radio, ialah gelombang mikro, inframerah, cahaya nyata, ultraungu, sinar X dan sinar gamma. Disebabkan tenaga satu foton individu dalam frekuensi radio terlalu sedikit untuk meanggalkan elektron dari atom, maka gelombang radio digolongkan sebagai sinaran bukan pengion.

[sunting] Kegunaan
Radio paling awal digunakan untuk tujuan maritim, untuk menghantar pesanan telegrafi berkod Morse antara kapal dan daratan. Antara pengguna-pengguna terawalnya termasuk Tentera Laut Jepun meninjau armada Rusia ketika Perang Tsushima pada tahun 1905. Salah satu kegunaan telegrafi marin yang paling dikenali adalah ketika tragedi kapal RMS Titanic pada tahun 1912, termasuk perhubungan antara pengendali di kapal yang sedang karam itu dan kapal-kapal berdekatan, dan pemakluman senarai penumpang yang terselamat kepada stesen-stesen di pantai.

Radio pernah digunakan untuk mengeluarkan arahan dan berhubung sesama tentera laut dan darat di kedua-dua belah pihak Perang Dunia I; Jerman menggunakan komunikasi radio untuk mengutuskan pesanan diplomatik setelah mendapati kabel-kabel bawah lautnya diganggu oleh British. Amerika Syarikat mengutuskan Empat Belas Fasal ke Jerman oleh Presiden Woodrow Wilson melalui radio ketika perang. Sejak dimulakan dari San Jose, California pada tahun 1909,[2] dan bidang penyiaran radio menjadi kukuh pada 1920-an ketika alat penerima radio dilariskan, terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat. Selain penyiaran, perhubungan titik ke titik, termasuk pesanan telefon dan penghantaran rancangan radio, semakin meluas pada tahun 1920-an dan 1930-an. Satu lagi kegunaan radio pada zaman sebelum perang adalah pembangunan dan pengesanan pesawat dan kapal melalui penggunaan radar (RAdio Detection And Ranging).

Kini, terdapat pelbagai bentuk radio, termasuk beraneka jenis rangkaian wayarles dan komunikasi mudah alih, di samping penyiaran radio. Sebelum kebangkitan televisyen, siaran radio televisyen bukan sahaja merangkumi berita dan muzik, bahkan juga dramas, komedi, aneka ragam, dan lain-lain lagi bentuk hiburan. Ketika itu, radio adalah unik di antara kaedah-kaedah persembahan drama kerana hanya mengeluarkan bunyi.

[sunting] Audio

Penerima hi-fi AM/FM Fisher 500 receiver (1959).Radio AM menggunakan pemodulatan amplitud, yang mana amplitud isyarat yang disiarkan dikadarkan dengan amplitud bunyi yang dirakam (ditransduksi) oleh mikrofon, cuma frekuensi yang dipancarkan tidak berubah. Pemancaran mudah terjejas oleh statik dan gangguan kerana kilat dan punca-punca pancaran radio lain pada frekuensi yang sama menambahkan amplitudnya pada amplitud asal yang dipancarkan. Pada awal abad ke-20, stesen-stesen radio AM di Amerika bersiaran dengan kuasa setinggi 500 kW, hinggakan ada yang boleh didengari di seluruh dunia; pemancar stesen-stesen ini dirampas oleh kerajaan AS untuk kegunaan tentera ketika Perang Dunia II. Kini, kuasa penyiaran maksimum untuk sesebuah stesen radio AM awam di Amerika Syarikat dan Kanada ialah 50 kW.


Bush House, pusat BBC World Service.Radio bersiaran FM menghantar muzik dan suara dalam fideliti lebih tinggi berbanding radio AM. Dalam pemodulatan frekuensi, sifat berubah-ubah amplitud pada mikrofon menyebabkan frekuensi pemancar berubah-ubah. Disebabkan isyarat audio memodulatkan frekuensi, bukan amplitudnya, maka isyarat FM tidak terjejas oleh statik dan gangguan seperti yang dialami isyarat AM. Disebabkan perlunya lebar jalur yang lebih luas, FM dipancarkan melalui spektrum radio Frekuensi sangat tinggi (VHF, 30 MHz – 300 MHz). Gelombang radio VHF bergerak secara lurus seperti cahaya; maka julat penerimaannya secara amnya terhad kepada kira-kira 50-100 batu. Ketika dalam keadaan atmosfera tinggi yang luar biasa, adakalanya isyarat FM dipantulkan balik ke Bumi oleh ionosfera, maka menghasilkan penerimaan FM jarak jauh. Penerima FM boleh terjejas oleh "kesan tawanan" yang menyebabkan radio hanya dapat menerima isyarat terkuat apabila terdapat berbilang isyarat dalam frekuensi yang sama. Penerima FM lebih kalis gangguan kilat dan sinaran.

Ada gunanya meningkatkan kuasa apabile menembusi bangunan, membelau melalui bukit-bukau, dan membias dalam atmosfera tumpat berhampiran ufuk untuk menjangkaui ufuk. Oleh itu, stesen FM 100,000 watt boleh diperdengarkan sejauh 100 batu (160 km), ataupun jauh lagi jika tiadanya isyarat yang bersaing dengannya.

Perkhidmatan subpembawa FM ialah isyarat sekundar yang dipancarkan secara "menggendong" isyarat utama. Alat penerima khas diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan ini. Saluran-saluran analog boleh mengandungi rancangan alternatif seperti khidmat pembacaan untuk golongan cacat penglihatan, muzik latar atau isyarat bunyi stereo. Di sesetengah kawasan bandar yang ramai penduduk, saluran kedua ini boleh membawa rancangan berbahasa asing untuk pelbagai etnik. Subpembawa ini juga boleh menyiarkan data digital seperti pengenalan stesen, nama lagu yang diputarkan sekarang, alamat web, atau petikan saham. Di sesetengah negara, alat radio FM secara automatik menala ke saluran yang sama dalam daerah berlainan dengan menggunakan sub-jalur.

Perhubungan radio penerbangan menggunakan VHF AM agar boleh menerima berbilang stesen di saluran yang sama. (Penggunaan FM akan mengakibatkan stesen-stesen yang lebih kuat menyekat penerimaan stesen-stesen lebih lemah kesan daripada kesan tawanan FM). Pesawat terbang dengan cukup tinggi agar pancaran isyaratnya boleh diterima beratus-ratus batu jauhnya, walaupun menggunakan VHF.

Radio marin boleh menggunakan jalur sisi tunggal (SSB) dalam spektrum radio frekuensi tinggi (HF, 3 MHz – 30 MHz) bergelombang pendek untuk jarak amat jauh atau FM jalur sempit dalam spektrum VHF untuk jarak lebih pendek. FM jalur sempit mengurangkan fideliti untuk memperbanyakkan saluran dalam spektrum radio, dengan menggunakan julat frekuensi radio yang lebih kecil, iaitu biasanya dengan sisihan 5 kHz, jika dibandingkan dengan 75 kHz bagi siaran FM komersil, dan 25 kHz untuk bunyi TV.

Perkhidmatan perhubungan kerajaan, polis, bomba dan perdagangan juga menggunakan FM jalur sempit dengan frekuensi khas. Radio polis terawal menggunakan penerima AM untuk menerima arahan satu hala.

Sistem radio berfrekuensi tinggi (HF) kegunaan perkhidmatan awam dan tentera menggunakan radio gelombang pendek untuk menghubungi kapal di laut, pesawat dan kawasan penempatan terpencil. Kebanyakan sistem ini menggunakan radio jalur sisi tunggal (SSB) yang kurang menggunakan lebar jalur berbanding AM. Dilihat sebagai graf perbandingan frekeuensi dan kuasa, isyarat AM menunjukkan kuasanya di mana frekuensi bunyi dinaik turun bersama frekuensi radio utama. SSB memotong lebar jalur menjadi separuh dengan menyekat pembawa dan jalur sisi yang lebih rendah. Ini juga menjadikan pemancar tiga kali lebih berkuasa kerana tidak perlu memancarkan pembawa dan pembawa dan jalur sisi yang tidak terpakai.

TETRA, Terrestrial Trunked Radio ialah sistem telefon selular digital untuk kegunaan tentera, polis dan ambulans. Khidmat-khidmat komersil seperti XM, WorldSpace dan Sirius menyediakan khidmat radio satelit berbayar.

[sunting] Telefoni
Telefon bimbit memancar ke tapak sel (pemancar/penerima) setempat yang kemudiannya bersambung dengan rangkaian telefon bersuis awam (public switched telephone network, PSTN) melalui gentian optik atau gelombang mikro dan unsur-unsur rangkaian yang lain. Apabila telefon bimbit menghampiri tepi kawasan liputan radio tapak sel, komputer pusat menukarkan telefon itu ke sel baru. Pada mulanya, telefon bimbit menggunakan FM, tetapi kini kebanyakannya menggunakan skim pemodulatan digital.

Telefon satelit menggunakan satelit dan bukannya menara sel untuk berkomunikasi.

[sunting] Video
Televisyen menghantar gambar sebagai AM dan bunyi sebagai AM atau FM, dengan pembawa bunyinya dijauhkan satu frekuensi tetap (4.5 MHz dalam sistem NTSC) dari pembawa video. Televisyen analog juga menggunakan jalur sisi vestig pada pembawa video untuk mengurangkan lebar jalur yang diperlukan.

Televisyen digital menggunakan pemodulatan 8VSB di Amerika Utara (mengikut piawaian ATSC), dan pemodulatan COFDM di tempat-tempat lain (mengikut piawaian DVB-T). Kod pembetulan ralat Reed–Solomon menambahkan kod pembetulan lebihan serta mengutuhkan penerimaan ketika mengalami kehilangan data sederhana.

[sunting] Khidmat radio amatur
Fail:NX1Z Radio.jpg
Stesen radio amatur yang berbilang penerima dan penghantar-terima.Radio amatur, atau "ham" ialah hobi yang mana para penggemar dilesenkan untuk berkomuikasi dalam sebilangan jalur spektrum frekuensi radio yang tertentu, secara bukan komersial dan untuk nikmat sendiri sahaja. Mereka juga boleh menyalurkan bantuan kecemasan dan khidmat awam. Ini ternyata amat berguna dalam kecemasan, iaitu sering menyelamatkan nyawa.[3] Amatur radio menggunakan pelbagai cara, termasuk cara-cara lama seperti kod Morse dan cara-cara bereksperimen seperti radio bereksperimen frekuensi rendah (Lowfer). Sesetengah jenis radio dirintiskan oleh amatur radio, lama-kelamaan mencapai kepentingan komersil termasuk FM, jalur sisi tunggal (SSB), AM, radio paket digital dan pengulang satelit. Sesetengah frekuensi amatur terdedah kepada gangguan oleh khidmat Internet talian elektrik.

[sunting] Kawalan radio (RC)
Kawalan jauh radio menggunakan gelombang radio untuk memancarkan data kawalan kepada objek jauh seperti dalam peluru berpandu, TV dan mainan kapal, kereta dan kapal terbang. Kelengkapan kawalan jauh perindustrian besar seperti kren dan lokomotif bersuis kini lazimnya menggunakan teknik radio digital untuk memastikan kesleamatan dan keutuhan.

Di Pameran Elektrik yang diadakan di Madison Square Garden pada tahun 1898, Nikola Tesla berjaya mendemonstrasikan mainan bot kawalan radio.[4] Beliau dianugerahkan paten A.S. No. 613,809 untuk "Kaedah dan Perkakas Mekanisme Kawalan Kapal atau Kenderaan Bergerak."[5]

Wednesday, March 24, 2010

TOKOH DUNIA


Y.A.B. TUAN Guru Dato'Haji Nik Abdul AzizNik Mat merupakan Menteri Besar Kelantan kini.Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama,di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada tahun 2008,Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu di berikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gegala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama 18 tahun.
Pada tahun 2009,beliau diletakan di antara 50 Tokoh Islam berpengaruh di dunia dan di senaraikan dalam buku berjudul "THE 500 Most Influential Muslim."
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka,Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik.Hasil perkosian hidup dengan isterinya,iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak,beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak.Pada hampir setiap masa,beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan.Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang di upah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar,beliau adalah seorang guru agama yang aktif.Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah,sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan.Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran "Tuan Guru" dikalangan rakyat Malaysia.
Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu islam kepada masyarakat.Pada hampir setiap pagi,beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja sahaja dari rumahnya.
Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967,kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut.Semenjak tahu 1990,beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan.Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka,Kelantan.Pada pilihan raya ke 11,Nik Abdul Aziz menyandang kerusi tersebut serelah mengalahkan Rhani Mamat (BN)dengan majoriti undi sebanyak 3,694.
Pada pilihan Raya Umum Malaysia kali ke 12,beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd ZAin Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama.Secara peraturannya,Nik Abdul Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari pernamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon.
Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang percalonan tersebut.Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Abdul Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4249
Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini.
Penggantinya itu akan di pilih melalui satu proses undian sulit.Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih,beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik pas sejak 42 tahun lalu...

Saturday, March 6, 2010

DJ ABE NOOR DI KEJARKAN KE HUSM...


SEPERTI BIASA AKU BERTUGAS DI KONTI MANIS FM, LEBIH KURANG JAM 9:45MLM,AKU MENERIMA SMS YANG MENGATAKAN DJ ABANG NOR DI KEJAR KAN KE HOSPITAL USM KUBANG KERIAN,MENGIKUT KEPADA MAKLUMAT AWAL MENGATAKAN DJ ABANG NOR KENA SERANGAN SAKIT JANTUNG. SAYA KIRA DJ ABANG NOR LAH YANG PALING LAMA,OTAI DAN MEMPUNYAI RAMAI PEMINAT TAK KIRA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT. SAYA DOA KAN AGAR DJ ABANG NOR CEPAT SEMBUH.BUAT KELUARGA ABANG AGAR TABAH DENGAN APA JUA DUGAAN INI.....

KEPADA PENDENGAR YANG INGIN MELAWAT DJ ABANG NOR. BOLEH LAH KE USM KUBANG KERIAN DI TINGKAT 7 SELANTAN.

Tuesday, February 23, 2010

MAULIDUR RASUL.....CINTA KITA DI MANA???

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:”Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

As-Sirri As Saqati berkata: “Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”

Thursday, February 11, 2010

TERIMA KASIH SAHABATKU.....

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA PERTAMA SEKALI KEPADA DJ ZEKRI@PAK CIK ZEKRI SEKELUARGA, TAK LUPA KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN SAHABAT HANDAI DAN SAUDARA MARA YANG BANYAK MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA KU UNTUK TERUS TABAH DENGAN APA YANG TERJADI,AKU MENHARGAI SOKONGAN KALIAN... SUSAH SENANG KITA BERSAMA,AIR DI CINCANG TIDAK AKAN PUTUS... AGAR TALI PERSABATAN BERPANJANGAN MENJALINKAN IKATAN UKHWAH.

Tuesday, February 9, 2010

DEMI ANAK...AKU TERPAKSA CUTI EMERGENCY.


HARI INI 8.2.2010. SEPERTI BIASA SETIAP ISNIN -SABTU JAM 7.00MALAM AKU AKAN KE UDARA DI STATION RADIO MANISFM.ITULAH RUTIN HARIAN TUGASKU SEBAGAI JURUHEBAH. LEBIH KURANG JAM 6.00PETANG HATI KU BAGAIKAN ADA SESUATU YANG MEMBUATKAN AKU DI LENGAHKAN UNTUK KE TEMPAT KERJA.
DUA HARI LEPAS AKU TELAH PUN MEMBAWA PUTRIKU NUR AMALIN NATASYHA KE KLINIK UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN KERANA PUTRIKU DEMAM, DI SEBUAH KLINIK SWASTA DI KOTA BHARU. SEPERTI BIASA SEBELUM AKU KELUAR UNTUK KE TEMPAT KERJA AKU MENCIUM PIPI PUTRIKU.SEBAIK AKU MELANGKAH UNTUK KELUAR DARI RUMAH,TIBA-TIBA PUTRIKU MUNTAH TIDAK BERHENTI,MANAKALA SUHU BADAN BERTAMBAH DAN TERAMAT PANAS...PUTRIKU TIBA-TIBA TIDAK BERMAYA...TANPA BERLENGAH AKU PUN MEMBAWA PUTRIKU KE KLINIK SWASTA UNTUK MENERIMA RAWATAN.SEMASA BERADA DI BILIK RAWATAN,TIBA-TIBA HATIKU BEGITU SEBAK BILA DOKTOR MEMAKLUMKAN PUTRIKU DI JANGKITI PARU-PARU BERAIR.TANPA KU SEDAR AIR MATAKU MULA MENGALIR MEMBASAHI PIPIKU...DOKTOR MEMBERI SURAT KEPADA AKU UNTUK MERUJUK KE HOSPITAL.
TANPA BERLENGAH AKU TERUS KE HOSPITAL KOTA BHARU..SELEPAS MENERIMA RAWATAN PUTRIKU DAH KEMBALI PULIH.... AKU BERSYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T. PUTRIKU PUN DAH SEMAKIN PULIH DAN DI BENARKAN UNTUK DI BAWA BALIK KERUMAH. TERIMA KASIH KEPADA PENERBIT EN NIZAM KERANA MEMBENARKAN DIRIKU CUTI EMERGENCY DAN KEPADA DJ IWAN SLUMBER YANG TERPAKSA GANTI TUGASKU,JASA BAIK KALIAN TIDAK DAPAT KU BALAS HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS NYA SUATU HARI NANTI..MUNGKIN INI ADALAH DUGAAN YANG ALLAH INGIN MENGUJI UMATNYA,APAPUN ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA.

Saturday, February 6, 2010

LAHIRNYA STATION RADIO MANIS.FM DI PANTAI TIMUR


TAN SRI DATO’ HUSSEIN AHMED ialah insan di belakang MANIS FM. Beliau ialah Pengerusi Eksekutif HUSA Network Sdn Bhd, organisasi yang mengendalikan stesen radio ini. Memulakan kerjayanya sebagai seorang guru, kemudian seorang wakil rakyat, ahli peniagaan, dan sekarang penggiat penyiaran, Tan Sri ialah tenaga dan pemikir di sebalik tiap gerak kerja stesen ini. Pandangan jauh dan visinya telah membawa ‘bayi penyiaran’ ini menjangkau zaman dewasa dalam satu jangkamasa yang menakjubkan.

Insan pemurah dan berhati mulia ini, dengan gayanya sendiri, telah membawa stesen radio MANIS FM melalui liku-liku hidup yang penuh ‘onak dan duri’, dengan jayanya. Apa pun, ketegasan dan keazamannya, telah mengemudi stesen ini ke arah satu halatuju dan jalanan ke satu masa depan yang penuh kecemerlangan dan kejayaan.

LATAR BELAKANG
HUSA NETWORK SDN. BHD. Adalah syarikat pengendali RADIO PANTAI TIMUR FM yang mana ditubuhkan pada 20 jun 1998. Menggunakan frekuensi 88.1 mhz sebagai gelombang siaran pada awal,pada tahun 2003 ditukar kepada frekuensi 90.6 mhz. MANIS FM sebenarnya merupakan inpirasi Tan sri Dato’ Hj Hussein Ahmad yang juga merupakan pengerusi Eksekutif HUSA NETWORK merangkap bekas pengerusi lembaga kemajuan pertanian kemubu ( KADA ). HUSA NETWORK SDN. BHD.memulakan siaran pertama RADIO PANTAI TIMUR MANIS FM selaku radio swasta di pantai timur pada 1 januari 1999 sewaktu itu, masih lagi menyewa peralatan siaran radio dan beroperasi di permis perniagaan bertempat di jalan kebun sultan, kota bharu kelantan, manis fm turut menggunakan khidmat juruhebah kada secara sementara.


Setelah 5 tahun berlalu, manis fm mula mengembangkan sayapnya dengan mempengaruhi hampir sebilangan besar penduduk kelantan untuk memilih siarannya berbanding dengan siaran stesen radio lain waktu itu yang lebih praktikal dan formal. Kajian rambang dengan responden dari kalangan masyarakat awan pelbagai lingkungan dan latar usia rata- ratanya telah mula memilih siaran manis fm sebagai medium antara hiburan dan informasi dengan kelompok masyarakat.


Kini beroperasi di premis sendiri, beralamat di Wisma Manis, Lorong Imam, Jalan Lundang 15150, Kota Bharu Kelantan, manis fm juga telah mengalami peningkatan secara total dari segi pencapaian dan mutu siaran. Ia sudah mempunyai sistem pemancar sendiri setelah sekian lama menyewa peralatan adalah salah satu dari titik tolak kejayaan stesen radio ini. Dengan kini manis fm telah mengusai frekuensi siaran hingga ke seluruh terengganu dan negeri pahang selain sepenuhnya menakluki kelantan, visi dan misi HUSA NETWORK masih lagi di teruskan untuk mencapai target liputan ke seluruh pantai timur. Bergerak dengan satu konti utama dengan menggunakan 2 mini disk konti khas untuk siaran setiap negeri di pantai timur dan perancangan program- program terbitan yang lebih bersifat mesra masyarakat, serta penambahan waktu siaran dari 18 jam kepada 24 jam bermula 2003, manis fm semakin hampir ke destinasi sebagai pilihan utama rakyat pantai timur dewasa ini.

Tuesday, January 26, 2010

IKLAN PERNIAGAAN ANDA BERSAMA MANIS.FM



SEMPENA ULANGTAHUN MANIS.FM YANG KE 11

KEMBANGKAN PERNIAGAAN ANDA BERSAMA KAMI.IKLAN PRODUK ANDA BERSAMA KAMI DI RADIO MANIS.FM DENGAN PELBAGAI HARGA PAKEJ YANG MENARIK DAN BERPATUTAN. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI.. EN WAN PCJ TEL:0199776997 PEJABAT PN YATI TEL 09:7436661 FAX 09:7666995

Monday, January 25, 2010

MERIAHNYA SUASANA MAJLIS ASYURA MANIS.FM 2010



MERIAH..........JUTAAN TERIMA KASIH PERTAMA SEKALI KEPADA SEMUA PENAJA YANG MENAJA MAJLIS ASYURA MANIS FM KALI INI.PERANCANGAN AWAL HANYA 4 KAWAH KINI JADI 5 KAWAH.TERIMA KASIH BANYAK KEPADA SEMUA YANG HADIR DAH MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS INI,DI SERIKAN DENGAN PERTANDINGAN NYANYIAN DAN KEKOH ETOK.

Friday, January 22, 2010

Thursday, January 21, 2010

PRODUK TOK GURU




ASSALAMUALAIKUM... KEPADA SESIAPA YANG NAK MENAMBAH PENDAPATAN DENGAN MENJADI PENGEDAR, ATAU INGIN MENDAPATKAN PRODUK TOK GURU BOLEH LAH SMS NAMA DAN ALAMAT ANDA KEPADA KAMI..0179431530

MAJLIS ASYURA MANIS FM.


UNTUK MAKLUMAN
MANIS.FM AKAN MENGANJURKAN MAJLIS ASYURA BERSAMA PENDENGAR
PADA HARI AHAD 24HB JANUARI 2010 DI PERKARANGAN WISMA MANIS,
LORONG IMAN,JLN SULTAN YAHYA PETRA,KOTA BHARU

MASA 9.00 PAGI-4.00 PETANG
SEMUA DI JEMPUT HADIR..PAKAT MARI RAMAI-RAMAI DEH!

Monday, January 18, 2010

KAU PERGI DENGAN 1000 PERSOALAN


SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN,ITULAH PEPATAH YANG SELALU KITA DENGAR. SEBAK RASANYA BILA DIRIKU MENERIMA SMS DARI DJ ZEK MEMAKLUMKAN PADA HARI INI 17HB.JANUARI 2010 ADALAH HARI TERAKHIR DJZEK KEUDARA DI STATION RADIO MANIS FM.SETIAP KENANGAN BERSAMA BELIAU TIDAK AKU LUPAKAN...WALAUPUN DJ ZEK BARU BERSAMA MANISFM,AKU RASAKAN BAGAIKAN DAH BERTAHUN LAMANYA..KU HARAPKAN AGAR IKATAN TALI PERSAHABATAN KAMI AGAR BIAR BERPANJANGAN DAN KU DOAKAN AGAR SUATU HARI NANTI DJ ZEK BERJAYA DI DALAM APA JUA BIDANG SEKALIPUN... BERAT RASANYA KU NAK CORETKAN DISINI....

salam

;

RADIO

Hero Manis FM...

Hero Manis FM...
hero ke?

Mari Kecek Ngan DJ Wan PCJ


Isnin sampai Sabtu 7-12 TengahMalam

contact kawe...


http://natasyha.blogspot.com
http://www.perigiduit.com/?ref=wanpcj
http://profiles.friendster.com/djwanpcj
djwanpcj@yahoo.com

djwanpcjmanisfm.blogspot.com

09-7666999 (Konti)

...IKLAN...
INGIN MENAMBAH PENDAPATAN ANDA..MODAL HANYA RM50. DUDUK RUMAH PUN DAPAT DUIT,KAMI HANYA MEMBANTU SESAMA INSAN,PINTU REZEKI ADA DI MANA-MANA,ASALKAN NAWAITU KITA BAIK, UNTUK KETERANGAN LANJUT... KLIK http://www.perigiduit.com/?ref=wanpcj

jom ...chat dengan kawe.


ShoutMix chat widget

persembahan lagu rayo...

persembahan lagu rayo...

baju hitam tu...sapo lagi..ni lah dj ira. hok baju merah tu..krew sinar harian..

baju hitam tu...sapo lagi..ni lah dj ira. hok baju merah tu..krew sinar harian..

ayub dan anaknya..bakal pemimpin 1 hari nanti....

ayub dan anaknya..bakal pemimpin 1 hari nanti....

ayie kumpulan scarface

ayie kumpulan scarface

inilah dj wok yoh

inilah dj wok yoh

PERJUMPAAN HARI RAYA RAKAN CHAT

PERJUMPAAN HARI RAYA RAKAN CHAT
AYUB DAN ANAK DIO..KAWE ANOK HOK BINI KAWE BERANOK..

sain sobat

Followers

Kami blogger