Sejak 3-4 hari lepas laman ayah dilimpahi hujan yg tak henti2, kalau tak malam, mesti pagi2 dh turun. Lebat dgn angin yg agak kuat. Kalau hujan di sebelah pagi, mmg agak payah sikit anak2 nak ke sekolah. Sawah bendang di belakang dan tepi halaman ayah memang dipenuhi air sampai batas petak sawah tak lagi kelihatan. Sungai besar di hadapan laman ayah pun penuh dgn air.
Bila hujan turun tak henti2, belakang dapur ditakungi air sbb tanah di area tu agak rendah. Bila hujan berhenti barulah air perlahan2 mengalir menuju ke tali air. Tapi air surut tak lama, akan penuh semula jika hujan turun lagi. Begitulah... sana sini org bercerita ttg hujan lebat, banjir dh kembali! 
Bila dah hujan, segala xtvt harian tersekat. Nak keluar rumah pun dah malas, termasuklah nak singgah menyinggah blog. Dah 2 hari tanpa new n3. Otak pun turut sejuk dan beku. Baru mlm ni terasa ada semangat nak menziarah...membalas kunjungan dan menfollow.
Hit: 9 Laman Asal