Kak Jiha tiap2 hari menangis setiap kali masuk ke bilik air ketika berpantang anak pertama. Apa taknya, tiap kali nak membuang je ada masalah, ada masalah je nak membuang.. Sakit sembell ni datang lps minggu ketiga berpantang. Sakitnya pulak mcm sakit nak bersalin.. Rasa macam xnak mengandung lagi.
Tuesday, August 2, 2016
Kak Jiha tiap2 hari menangis setiap kali masuk ke bilik air ketika berpantang anak pertama. Apa taknya, tiap kali nak membuang je ada masalah, ada masalah je nak membuang.. Sakit sembell ni datang lps minggu ketiga berpantang. Sakitnya pulak mcm sakit nak bersalin.. Rasa macam xnak mengandung lagi.
Friday, July 1, 2016
FORMULA ANTI-OKSIDA YANG DIPERCAYAI SEJAK TAHUN 2006 HASIL 2,636 UJIKAJI SAINS YANG PERLU ANDA MILIKI.
Kenapa ramai orang mencari vivix untuk mengubati penyakit kronik? Betul ke vivix berkesan sebegitu skli? Apa kandungan vivix hingga ia boleh menyembuh bermcm2 jenis penyakit?
Ianya berupa sejenis sirap atau jus yang terhasil daripada campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik.
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain.
Di dalam Vivix juga terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi dan anti kanser.
2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)
3. Memperbaiki sel (cell repair)
4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakkan kesihatan keseluruhan
PERHATIAN : Vivix tidak disarankan kepada ibu mengandung.
1) Penghidap kanser
2) Diabetes
3) Stroke, darah tinggi & pesakit jantung
4) Perokok tegar (yang ingin berhenti merokok)
5) Sakit lutut dan gout
6) Mempunyai masalah mata
7) Cyst, fibriod, pcos
8) Bermasalah nyanyuk
9) Pesakit SLE, bell palsy, Telesemia
10) Suami isteri yang ingin awet muda dan menjalani kehidupan yang sihat
Shaklee Independent Distributor No.1221863
Rawang, Selangor, KL, Putrajaya
Friday, January 11, 2013
Little Abqari Playschool
Belajar sambil bermain (learning through play) menjadi asas kepada keseluruhan aktiviti pembelajaran kanak-kanak di taska kami. Ini kerana Naluri semulajadi kanak-kanak itu sendiri yang suka bermain tetapi dalam waktu yang sama mereka dapat belajar memahami sesuatu konsep di persekitarannya melalui aktiviti tersebut.
Contohnya main pondok-pondok atau masak-masak ala- ala masterchef dilakukan secara bermain meniru keadaan kehidupan sebenar. Secara tidak langsung kanak-kanak belajar peranan sosial dalam masyarakat. Belajar membilang atau membaca abjad diterapkan menerusi nyanyian atau aktiviti yang menyeronokkan juga telah menunjukkan hasil yang lebih berkesan kepada kanak-kanak.
Konsep belajar sambil bermain yang diterapkan dalam Little Abqari Playschool (LAP) akan mendorong kanak-kanak berminat untuk belajar dan merasa seronok. Secara tidak langsung mereka akan mengganggap pembelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan. Kajian menunjukkan Jika di peringkat awal kanak-kanak sudah diberi tekanan dengan alam pembelajaran formal kesan jangka panjang kanak-kanak akan merasa bosan di masa akan datang.
Come and join the fun with us.. :)
LIKE US IN FACEBOOK : FB Little Abqari Playschool
LIKE US IN FACEBOOK : FB Little Abqari Playschool
Monday, March 12, 2012
Akhlak Kepada Orang Yang Mencaci dan Menghina
Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.
Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.
Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.
Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.
Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.
“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.
“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.
“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”
“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.
“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.
Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.
“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.
“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.
“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghalus dan melumatkan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.
“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.
“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.
“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.
“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.
“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.
“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.
“Ya benar. Kamu tidak percaya?”
“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.
“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.
“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.
Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..
Sunday, January 16, 2011
Kisah Lukmanul Hakim, Anaknya dan Seekor Keldai
Kisah bermula dengan Luqman al Hakim telah menaiki keldai itu, anaknya pula yang mengendalikan keldai itu sambil berjalan kaki, apabila mereka melintas di hadapan sekumpulan manusia maka terdengarlah orang ramai berkata :
" Inilah orang tua yang tidak mengasihani anaknya, dia bersenang-lenang di atas keldai, anaknya pula berjalan kaki! "
Maka Luqman al Hakim pun turunlah daripada keldai dan menaikkan anaknya ke atas keldai seraya beliau sendiri pula yang mengendalikan keldai dengan berjalan kaki, sehinggalah mereka melintas di hadapan sekumpulan manusia yang lain lalu terdengar pula orang ramai berkata :
" Sungguh biadab anak itu, orang tua dibiarkan berjalan kaki, dia pula bersenang-lenang di atas keldai! "
Mendengar kata-kata itu, Luqman al Hakim terus menaiki dan menunggangi keldai bersama anaknya sehingga mereka melintasi sekelompok manusia, maka berkata pula orang ramai :
" Lihat! seekor keldai membawa dua orang!, alangkah seksanya keldai itu membawa beban berganda! "
Mendengar percakapan itu, Luqman al Hakim dan anaknya turun dan tidak menaiki keldai itu lalu membiarkan ia kosong saja sepanjang perjalanan sehingga lalu di hadapan segerombolan manusia, orang ramai berkata lagi :
" Sungguh tidak cerdik mereka itu, keldai dibiarkan kosong tidak ditunggangi, tuannya pula berjalan kaki saja!"
--------
Petatah Arab ada berbunyi : " Ridhonnas ghoyatun la tudrak! " yang bermaksud " Kepuasan atau persetujuan dari semua pihak iaitu manusia adalah sesuatu yang tidak mungkin dicapai ". Inilah yang kita katakan pandangan manusia, namun apa yang pasti, kita harus mengutamakan pandangan Allah lebih dari segala-galanya.
Berkata Luqman al Hakim kepada anakandanya selepas kisah keldai di atas :
" Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu "
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Dari Ibnu Abbas RadhiAllahu `anhu, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam (boncengan), lalu baginda bersabda: "Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku." Hadis Riwayat : Imam Tirmidzi
Sabda Rasulullah SAW lagi :
" Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah perkara yang baik, atau lebih baik ia diam sahaja " Hadis Riwayat : Bukhari & Muslim
Mudah2an kita semua beroleh pengajaran daripada kisah ini serta lebih berhati-hati dalam berkata dan membuat penilaian terhadap orang di sekeliling kita, barangkali Tuhan melihat dia lebih baik daripada kita. Sesungguhnya tidak ada apa yang membezakan darjat sesama manusia melainkan TAQWA.
Thursday, July 8, 2010
UPDATED : Bazaar Aidilfitri @ Tesco Rawang 2011
Dijemput kepada usahawan dan peniaga di sekitar Rawang, Selayang, Gombak, Kepong, Sungai Buloh, Serendah, Batangkali, Kuala Kubu, Kuala Selangor, Kuala Lumpur atau di mana sahaja yang berminat untuk menyertai dan memeriahkan Bazaar Aidilfitri @ Tesco Rawang 2011 bolehlah menghubungi kami dan mendaftarkan diri.
Pelbagai aktiviti sampingan yang menarik akan diadakan. Terdapat kaunter D.J., pelbagai pertandingan dan persembahan, bahkan kaunter zakat turut disediakan sebagai kemudahan kepada pengunjung dan peniaga untuk menunaikan tanggungjawab menunaikan zakat fitrah dan harta. Lokasi yang strategik dan menjadi tumpuan pengunjung. Sangat hampir dengan exit Highway LATAR (Kuala Lumpur - Kuala Selangor) yang baru beroperasi baru2 ini..!
1st come 1st serve..!
Tarikh : 1 - 29 Ogos 2011
Tempat : Perkarangan Letak Kereta Tesco Rawang
(berhadapan jalan utama dan exit Highway LATAR)
- Biskut Raya & Tradisional
- Ketupat, Lemang & Rendang
- Kurma dan Makanan Timur Tengah
- Pakaian Lelaki, Wanita & Kanak-Kanak
- Tudung, Telekung & Songkok
- Buku, CD Agama & Alat-Alat Ibadah
- Aksesori & Perhiasan Wanita
- Keperluan dan Perhiasan Rumah
- dan lain-lain.
Lokasi Tesco Rawang yang strategik
dan sentiasa padat dengan pengunjung
Pemandangan dari arah pekan Rawang,
Kelihatan kaki bukit Templer Park di belakang
yang menjadi exit Highway LATAR yg baru .
Pemandangan dari pintu keluar utama (Pintu 1)
bertentangan dengan jalan utama Selayang-Rawang
Pemandangan dari arah Selayang / Exit Highway LATARPemandangan dari pintu keluar Food Court
Peta Lokasi ke Tesco Rawang
PENAMPILAN KHAS : KUMPULAN RABBANI dan MASKOT UPIN & IPIN
Jangan ketinggalan..
Bazaar Aidilfitri @ Tesco Rawang.. Kali ke-2 berturut2..!
013-2545389 / 019-3966116
Thursday, April 1, 2010
Malam Sahabat Niaga Upin & Ipin
Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les' Copaque Production pula memberitahu penerimaan Upin & Ipin sekarang ini sangat memberansangkan sehingga ke Republik Indonesia, India dan Russia. Pelbagai rancangan terbaru untuk mempromosikan Upin & Ipin secara global termasuklah menganjurkan Upin & Ipin On Ice dan Taman Tema Upin & Ipin sebagai projek jangka panjang. Selain itu, pada tahun ini Les' Copaque telah merangka untuk menerbitkan permainan komputer Upin & Ipin, hasil kerjasama pihak syarikat dengan Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).
Anugerah juga turut disampaikan kepada beberapa sahabat niaga yang mencatatkan penjualan barangan tulen Upin & Ipin yang amat memberangsangkan. LC Merchandising juga turut mengorak langkah dengan melancarkan Kad Kelab Peminat Upin & Ipin yang akan digunakan oleh semua ahli kelab peminat Upin & Ipin. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan semua ahli kelab peminat Upin & Ipin dari seluruh tanah air selaras dengan permintaan yang sangat tinggi terhadap kelab peminat. LC Merchandising merancang akan membuat Malam Sahabat Niaga ini sebagai acara tahunan untuk mengembangkan aktiviti pemasaran barangan tulen Upin & Ipin. (Sumber : http://gengmovie.blogspot.com/2010/03/malam-sahabat-niaga-upin-ipin-20092010.html)
Bergambar dengan Sahabat Niaga selepas seminar
Bersama Puan Afiza, Marketing Director, LC Merchandising Sdn Bhd
Bersama 'Rakan Niaga' di Majlis Makan Malam Sahabat Niaga
Bersama orang kuat Upin & Ipin; Hajah Ainon a.k.a Opah
Tidak ketinggalan untuk bergambar dengan Upin..!