SAIDINA UMAR R.A PERNAH MENGUNJUNGI GEREJA

Wednesday, September 30, 2009 · 0 comments


Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.

“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :

“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya. Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.

Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran ‛Umar Gereja’ di atas sebab ini.

by Mujahid Muda

KUIL DAN KEADILAN ISLAM

Tuesday, September 29, 2009 · 0 comments


Awal Ramadhan tahun ini negara kita dihebohkan dengan satu demonstrasi tidak bertamadun, membawa kepala lembu bagi memprotes pembinaan sebuah kuil hindu di syeksen 23 Shah Alam, keadaan ini telah mengguris perasaan masyarakat Hindu, ini adalah kerana lembu adalah satu haiwan yang dianggap suci oleh penganut agama tersebut, ia sedikit sebanyak telah membakar api perkauman dan sensitiviti penganut hindu di negara ini. walaupun isu ini telah pun reda tetapi berkemungkinan perkara yang sama juga akan berlaku di masa akan datang jika ia tidak dibendung. Isu sebegini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh fahaman politik yang sempit, beginilah jadinya jika pemimpin-pemimpin yang dipilih adalah bukan di kalangan ulamak.

Tuduh menuduh fitnah menfitnah adalah satu mainan pada hari ini, si jahil yang tidak kenal "wau buta" pun sudah berani mengkafirkan ulamak, Apa yang berlaku di Shah Alam , pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat di selangor dipertanggungjawabkan atas isu ini, sebagaimana yang berlaku di Shah Alam baru-baru ini, isu sama pernah berlaku di kelantan beberapa tahun lalu apabila Dato Menteri Besar Kelantan melawat sebuah kuil Budha di Tumpat kelantan . Di selangor ahli perlimen Shah Alam YB Khalid Samad digelar sebagai "Khalid Kuil" kerana beliau juga bertanggungjawab dalam isu ini, ini kerana Syeksen 23 ini terletak di bawah kawasannya, walaupun Tuan Guru tidak digelar dengan apa-apa gelaran kesat seperti Yb Khalid tetapi beliau juga tidak terkecuali daripada ditohmah kerana isu yang sama, kerana ingin menunjukkan keadilan Islam kepada rakyat keseluruhannya , pemimpin ini ditohmah sedemikian rupa, ini adalah kerana faktor kejahilan melampau tentang sejarah islam. lantaran terpengaruh dengan fahaman politikus yang sempit.

Pesoalannya adalah boleh atau tidak membina kuil atau rumah ibadat non muslim di negara islam?? bagi menjawab persoalan ini perlulah kita kembali kepada sejarah, dalam sejarah islam tidak pernah tercatat bahawa kerajaan islam terdahulu merobohkan rumah-rumah ibadat orang bukan islam tanpa sebab , hal ini menunjukkan keadilan islam , islam sentiasa berpaksikan kepada keadilan. tidak hairanlah jika kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng menjadikan pimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai qudwah dalam pemerintahannya, dengan berslogankan "Amar Makruf Nahi mungkar". hal ini terbukti bahawa keadilan islam bukan hanya untuk orang islam sahaja bahkan untuk semua, "islam for all".

Firman Allah Taala dalam surah almaidah ayat ke8 yang bermaksud : "bertindak adil, ianya rapat kepada ketakwaan " . dalam ayat ini jelas bahawa keadilan adalah berkait rapat dengan keadilan . Keadilan mestilah dilakukan kepada semua walaupun kita tidak menyukainya, ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang firman Allah yang bermaksud " dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil" . sebagai non muslim yang berstatus kafir zimmi di negara ini, mereka juga berhak mendapat hak keadilan sepertimana orang-orang islam. islam juga adalah bukan agama perkauman, Islam tidak pernah mengiktiraf mana-mana kaum hatta bangsa arab sendiri, jika ada yang menyatakan melayu itu islam, tanggapan ini salah sama sekali. walaupun di dalam perlembagaan ada menyatakan seseorang itu melayu jika beragama islam, bertutur dalam bahasa melayu, dan juga mengamalkan budaya hidup melayu, tetapi kita lihatlah melayu hari ini bagaimana. Di manakah islam mereka?? adakah pada melayunya???.

Berbalik kepada isu kuil tadi, sebenarnya amalan membenarkan pembinaan gereja ini menjadi amalan beberapa kerajaan Islam sejak abad pertama lagi, misalnya pembinaan gereja Marqus di Mesir yang dibina sekitar tahun (30-56 Hijrah). Demikian juga dengan Abdul Aziz bin Marwan, tatkala membuka bandar Hilwan di Mesir, beliau membenarkan pembinaan beberapa gereja, bahkan al-Muqrizi dalam kitabnya al-Khutat menyatakan, kebanyakan gereja dibina di Mesir adalah berlaku pada zaman kerajaan Islam.(sumber al-Qardhawi , Ghair al-muslimin , halaman 21)

Di dalam islam banyak dicatatkan segala perjanjian yang memperakui kedudukan kedudukan Ahl al-Zimmah dalam negara islam, hak keadilan mereka di jaga , hak-hak keselamatan harta benda mereka juga harus dilindungi, kehormatan dan rumah-rumah ibadat mereka juga tidak boleh dicabuli dan dimusnahkan. Sebagai contoh , di dalam kitab tarikh Attabari 3/609 menjelaskan ketika Saidina Umar Alkhattab menjadi Khalifah , satu perjanjian telah dimeterai antara kerajaan islam dan juga penduduk Kristian Al-Quds, iaitu memlihara hak kebebasan beragama , hak mendirikan rumah-rumah ibadat dan menjaga keselamatan harta benda mereka . perjanjian ini terkandung di bawah kaedah kaum bukan islam mendapat hak yang serupa dengan penganut islam kecuali dalam beberapa perkara yang ditentukan.

Demikian juga pada zaman panglima Khalid Al-walid R.A. suatu perjanjian juga telah dimeterai dengan ahl al-zimmah, iaitu mereka bebas memukul loceng ibadat mereka , sama ada siang ataupun malam , kecuali pada hari dan waktu-waktu solat umat islam, mereka juga bebas mamakai simbol-simbol agama pada hari raya mereka. walaupun kelonggaran ini diberikan namun mereka juga tidak harus lupa diri dengan segala keadilan yang diberikan oleh islam, dengan melapaui batas sehingga boleh menyentuh sesitiviti umat islam.

Dalam hal yang berlaku sekarang ini, kita sebagai umat islam haruslah tunjukkan qudwah tauladan yang baik di mata orang-orang bukan islam, janganlah terlalu obses dengan semangat perkauman kemelayuan, sehingga kita lupa tentang matlamat asal kita hidup di dunia ini, iaitu mencari redha ilahi, mencerca mnefitnah dan menghasut adalah bukan budaya kita. sebaliknya kita haruslah benyak bertoleransi dan bertasamuh dalam hal ini, cuba kita bayangkan jika jika berada di negara-negara yang majoritinya bukan islam serperti di barat, di Amerika Syarikat dan sebgainya, jika mereka juga tidak membenarkan kita membina masjid dengan alasannya majoriti penduduk bukan islam .. fikir-fikirkanlah, janganlah kerana semangat perkauman yang menebal kita hilang kewarasan akal untuk berfikir..

wallahuaklam ...

p/s aku menulis artikel ini bukanlah kerana untuk membela mana-mana pihak , tetapi ianya sekadar untuk membuktikan keadilan islam, dan juga ingin respon kepada isu yang telah berlaku baru-baru ini.. aku bukanlah penulis yang hebat, apa yang ku tulis hanyalah sekadar untuk berkongsi pendapat dengan kalian yang budiman , jika ada yang tersalah silap mengguris perasaan sesiapa, aku dengan rendah dirinya memhon maaf dan perbetulkanlah... sesungguhnya aku bukanlah dari kalangan yang maksum dari segala kesilapan ..

Mujahid Muda









-KOLOKIUM ...& SMS AMANINA

Wednesday, September 16, 2009 · 0 comments


SALAM ALAIK.


Minggu ni aku agak sibuk dengan pelbagai aktiviti , maklumlah minggu ni minggu terakhir ramadhan , pelbagai aktiviti harus kusertai, bermula dengan program Persatuan ex-Rahmaniah dengan Iftor Jami'e nya, disusuli dengan aktiviti kolej kediamanku ' Sutera yang indah' yang penuh program Ihya' Ramadhannya, program khatam quran dan sebagainya, selain itu sebarang aktiviti atau program di kolej Kediaman Acacia Avenue juga aku harus turut sertai sama , maklumlah aku masih lagi exco JAKSA ( Jawatankuasa kebajikan Siswa/i ) kolej tersebut, walaupun aku tinggal di kolej kediaman yang berlainan.

Petang kelmarin aku berkesempatan menghadiri satu program Kolokium Graduan di Dewan Kuliah Utama fakultiku,program ini diwajibkan untuk pelajar tahun akhir Fakulti QS, program itu amat menarik sekali, bermula dengan pembentangan kertas kerja oleh syeikh-syeikh Pak profesor fakulti ku, Prof Dr Adel sebagai moderator kolokium tersebut. Pembentang pertama adalah Prof Dr Jaber Ahmad Farraj, beliau merupakan bekas pensyarah Al-Azhar, beliau membentangkan kertas kerja menganai hadis dan peranannya, walaupun percakapannya agak express diselangi dengan arab amiin mesirnya, alhamdulillah aku dapat tangkap apa yang diucapkannya. mungkin kerana aku dah terbiasa dengan ceramah-ceramahnya dalam kuliah yang kusertai.

Pembentang kedua pula adalah Dr. Hassan , aku tak berapa kenal sangat prof ni, tapi kalau tak silap aku beliau juga dari mesir, beliau membentangkan mengenai tajuk " Al-quran wasaqofatihi" , perucapannya ala khutbah imam masjidil haram itu mendapat perhatian audien, dengan penjang lebar kupasannya mengenai keistemewaan al-quran itu membuatkan hadirin amat tertarik sekali. Pembentangan terakhir kolokium tersebut adalah Dr Abdullah yang juga aku tidak berapa kenal sangat orangnya, walaupun selalu berjumpa di bangunan fakulti, Setelah tamat pembentangan kertas kerja tersebut, program masih lagi diteruskan dengan majlis khatam Al-quran , ia ketuai oleh Ustaz Wallid , seorang pensayrah muda fakultiku, beliau pernah mengajarku subjek Qiraat semasa aku semester 4 dulu. Program tersebut diteruskan lagi dengan iftor jamai'e dan solat magrib berjemaah di ruang legar bangunan FPQS.

Setelah tamat segalanya di fakulti, aku harus bergegas ke Pusat Komersial USIM untuk menghadiri satu lagi program di sana, iaitu "program Khatam Quran ,Iftor Jamaie dan Ceramah Kemerdekaan" ,program 3 dalam 1, anjuran biro Bina insan JAKSA KKAA, aku dihubungi oleh salah seorang rakan JAKSA menjemputku menjadi imam, kerana menurutnya di sana sekarang tiada jemaah lelaki, maklumlah program tu program Kolej kediaman Acacia Avenue yang dihuni oleh keseluruhan penghuninya wanita, aku meminta seorang sahabat untuk menemaniku ke sana. Rakan-rakan lelaki dalam JAKSA semuanya ada hal musyaqqah masing-masing yang memungkinkan mereka tidak dapat hadir program tersebut.

Seperti biasa untuk solat aku offkan phone. Setelah tamat solat terawih dan ceramah, aku menikmati santapan yang di sediakan bersama vip yang hadir program tersebut. sambil-sambil tu aku on kan phoneku. kudapati banyak juga SMS yang dihantar padaku semasa aku offkan phone tadi, maklumlah agak lama aku offkan, dalam banyak-banyak SMS tersebut aku tertarik dengan satu SMS dari seorang yang tak kukenali gerangannya sebelum ini. nombornya kali pertama masuk ke ruangan skrin phoneku, SMSnya menarik sekali .. bukan SMS cinta ye.heee. SMSnya beginilah lebih kurangnya :

" Assalamualaikum.. shbtku, kita slalu btnya tp al-quran tlhpn mjwpnya...

1. knp aku d uji?? jwbnya ( surah Al-ankabut:2-3)
2. knp aku xdpt yg aku idam2kn? jwbnya-( Al-baqarah:216)
3. knp ujian sbrt ini? jwbny- (Al-Baqarah: 216)
4. knp rase kcewa? jwbnya- ( ali-imran : 139)Imbang Penuh 5. bgmna hrsku hdpi? jwbnya - ( al-Baqarah:45)
6. apa aku dpt dr smua ni? jwabnya - ( at-taubah: 111)
7. Kpd siapa ku brhrp? jwbnya- ( Attaubah:129)

Renungknlh shbtku..... "
sender : 01741xxxxx
10:09:25 pm
16/09/2009

SMS ini membuatkanku termenung sejenak, alangkah indahnya Al-Quran itu , segalanya terkandung di dalamnya. SMS ini memperingatkan ku semula tentang keistemwaan Al-Quran seperti yang disyarahkan Oleh Dr Hassan dalam pembentangan kertas kerjanya tadi, namun sebagai seorang yang menuntut ilmu aku tidak seharusnya hanya temenung , aku harus mencari kesahihan bagi jawapan-jawapan pada persoaln-persoalan tersebut , setelah beberapa minit ku luangkan untuk membelek kitab tafsir , alhamdulillah aku dapat hasilnya namun aku tak dapat paparkan di sini kerana terlalu panjang huraian mengenainya aku bukan para mufassirin untuk menafsirkannya .

Wallahuaklam..

by Mujahid Muda

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..



OH RAMADHAN ......

· 0 comments



Salam alaik..

Alhamdulillah Syukur kita kehadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurnia serta Qudrat dan iradatnya dapat kita meneruskan lagi kehidupan ini. dalam sedar tak sedar hari ini genaplah 26 hari kita mengaharungi tarbiah bulan Ramadhan. hanya dengan berpuasa kita dapat mengawal nafsu dan mentarbiah diri kita, nafsu adalah sesuatu yang paling degil yang wujud dalam diri setiap manusia,teringat aku cerita seorang ustaz mengenai alkisah dialog nafsu dan akal dengan allah SWT,bermulanya kisah Allah bertemu dengan nafsu dan akal dan bertanya kepada mereka siapakah aku dan siapakah kamu ?, soalan pertama ditujukan kepada akal, akal menjawab dengan penuh kepatuhan seraya berkata " aku adalah hamba dan engkau adalah tuhanku, kemudian Allah SWT bertanya kepada nafsu soalan yang sama , maka nafsu menjawab " aku adalah aku dan engkau adalah engkau", maka Allah membakar ke dalam api neraka selama 1000 tahun , kemudian mengeluarkannya dan bertanya soalan sama, nafsu tetap dengan jwapan sama, kemudian Allah SWT memasukkannya ke dalam neraka sejuk selama 1000 tahun juga, tetapi nafsu tetap dengan jawapan yang sama, akhir sekali Allah SWT menyeksanya dengan kelaparan, saat itulah baru ia tunduk dan mengalah seraya berkata" aku adalah hamba dan engkau adalah tuhanku". Begitulah alkisahnya, hanya dengan berpuasa kita dapat menjinakkan nafsu kita..seterusnya mentarbiah diri kita.

Selain mentarbiah Ramadhan juga adalah suatu bulan yang penuh dengan keberkatan, padanya terdapat bulan yang lebih baik dari seribu bulan yakni malam lailatul Qadar, amat beruntunglah mereka-mereka yang berjaya menggapai malam alqadar tersebut, ramadhan juga segala amalan digandakan,seperti sabda nabi SAW mafhumnya " jika disuruh aku membilang pasir aku mampu menghitungnya, jika aku disuruh aku membilang dedaun di pokok2 aku mampu menhitungnya, akan tetapi jika aku disuruh menghitung pahala-pahala amalan umatku hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui" ini menunjukkan bahawasanya Allah SWt amat mengasihani hamba-hambanya.

Ramadhan juga suatu bulan untuk mencari ketakwaan kepada Allah SWT. fiman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat yang terdahulu, semoga kamu sekalian bertakwa"

Ramadhan semakin meninggalkan kita, aduh bagaimanakan dengan amalan-amalan kita ??, adakan kita semua mampu mencapai nikmat kemanisan iman di bulan Ramadhan ini ataupun kita hanya mempersiakannya??, pesoalan-persoalan begini sentiasa berlegar di benak hamba-hamba Allah yang sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang taat, tetapi adakah mampu sekadar beromongan tanpa usaha ke arah mengislahkan diri kita...

Ayuh sahabat, ayuh teman ..kita bangkit sedarlah dari lenamu, Ramadhan dah semakin meninggalkan kita, dengan berbaki beberapa hari yang ada ini marilah kita gunakan kudrat yang masih ada ini untuk berusaha mencapai segala kenikmatan dan keistimewaan di bulan Ramadhan yang mulia ini., kerana belum tentu kita dapat bertemu dengannya sekali lagi di hari yang mendatang , barangkali ini adalah kali terakhir kita bertemu dengannya , oleh itu janganlah persiakan baki yang masih ada ini ..

Wallahuaklam.




IFTOR JAMIAI'E 09

Thursday, September 10, 2009 · 0 comments
















Sebarang pertanyaan sila coll : Bro Khalis 0179791621
untuk pembayaran : Muslimin kepada Bro Hadi @ Bro Salika
Muslimat kepada Sis Aishah Hamid

AYUH KITA SAMA-SAMA MEMERIAHKANNYA.. DI USIM ADA 70 ORG RAKAN-RAKAN EX-RAHMANIAH..KALAU SUME DAPAT TURUN ..MERIAH SUNGGOH NI

NUZUL QURAN SATU PENGERTIAN

Monday, September 7, 2009 · 0 comments


TANGGAL 7 september 2009 bersamaan 17 Ramadhan 1430 Hijriah adalah satu lagi tarikh keramat bagi umat islam di seluruh dunia, sambutan hari yang bersejarah ini dapat kita rasai setelah adanya cuti umum bagi setengah negeri-negeri di Malaysia seperti di Kelantan,Kedah , Selangor dan lain-lain lagi. Tapi malanganya di negeri sembilan tempatku tiada cuti umum untuk sambutan hari tersebut , walaupun tidak merasai nikmat cuti seperti mereka aku tetap merasai ta'zimnya hari kebesaran tersebut.
Secara umumnya , walaupun 52 tahun kemerdekaan , tetapi malangnya masih ramai lagi makhluk Allah di bumi Malaysia tercinta ini yang masih lagi jahil tentang apa itu Nuzul Quran, pada mereka ianya sekadar cuti umum seperti cuti-cuti umum yang lain di negara ini ,tetapi mereka tidak menghayati dan tidak cuba untuk taammuq ( mendalami) mengenainya , demikianlah juga dengan sambutan hari-hari kebesaran yang lain dlam islam di negara ini seperti sambutan Maulud Nabi SAW, walaupun ada segelintir golongan yang mempertikaikan sambutan hari tersebut dengan mendakwanya bidaah ( mengada-ngadakan sunnah) dsb, tidak kurang juga ada yang mengatakannya haram, bidaah mungkar dan sebagainya, mengenai perkara ini masih lagi panjang perbincangan mengenainya.
Berbalik kepada topik perbincangan kita iaitu mengenai apa itu Nuzul Quran, nuzul ( نزول ) ialah perkataan arab yang diambil dari perkataan nazala( نَََزَلَ ) yang bermaksud turun atau berpindah, iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain , manakala perkataan Al-quran ( القران ) ialah kata nama terbitan( مصدر) dari perkataan Qaraa ( قراء) iaitu baca , dan Al-quran beerti bacaan.ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-quran itu unuk dibaca kepada seluruh manusia kaafatan, ia juga dikatakan himpunan kerana di dalam alquran terdapat himpunan-himpunan ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal, tauhid, ibadat , jinayat, munakahat , muamalat dan sebaginya yang menjadi peraturan kepada ummah manusia menuju keredhaan Allah Azzawajalla.

Mengenainya dinyatakan dalam ayat quran melalui firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah di dalam ayat 185 yang bermaksud :

" Ramadhan yang padanya ditirunlkamn al-quran , menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara benar dan salah".

firmanNya dalam surah al-qadar ayat pertama yang bermaksud :

" sesungguhnya kami telah menurunkan ( alquran ) ini pada malam Lailatul Qadar".

Dalam surah al-Dukhan ayat ke3 pula Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
" seseunnguhnya kami telah menurunkan Al-Quran pada malam yang berkat ; ( kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya kami sentiasa memberi peringatan dan amaran ( jangan hamba-hamba kami ditimpa azab)."

menilai ketiga ayat di atas tiada sebarang pertentangan dalam tiga ayat tersbut. muallif kitab tafsir taysir alkarim arrahman ( تيسير الكريم الرحمن ) Assyeikh Ab. Rahman Assa'diy menjelaskan mengenai ' malam berkat ' yang dinyatakan di dalam surah Ad-Dukhan adalah malam yang penuh dengan keberkatan dan kebaikan serta rahmat iaitu lebih dari seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turunnya Ayat suci ini kepada Nabi SaW pada malam yang penuh keberkatan ini.

mengikut Syeikhul islam Manna' Qattan ( مناع قطان ) dalam kitabnya mabahith fi Ulum quran ( مباحث فى علوم القران) , ketiga-tiga ayat ini diturunkan pada bulan ramadhan dan khasnya pada malam lailatul Qadar, ianya sebagai memuliakan mereka-mereka yang berqiam, dan menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan. kitab ini menjadi kitab muqarrar bagi pelajar- pelajar USIM dalam subjek ulum Quran , dan subjek ini merupakan subjek wajib untuk Fakulty of Quranic & sunnah Studies USIM, dan ia juga diambil oleh pelajar-pelajar dari fakulti lain.

Secara tradisinya umat islam Malaysia menyambut hari kebesaran ini pada 17 Ramadhan akan tetapi pendapat yang lebih tepat mengenainya iaitu pada malam isnin 24 ramadhan bersamaan dengan 13 Ogos 610 masihi, pendapat ini bersandarkan kepada berlakunya Perang Badar melalui firman Allah SWT dalam ayat ke 41 surah al-anfal , firman Allah SWT bermaksud ;
" ... jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang turun kepada hamba kami ( Rasulullha SAW) pada hari furqan ,iaitu hari bertemunya dua pasukan ( di Perang Badar , antara muslimin dan kafirin ) ......." .

Menurut Imam Ibn Katsir dalam tafsirnya, ( tafsir Quranyl Aa'zim ) melalui satu riwayat dari Ibn Abbas R.a, ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian rampasan perang ( seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut) .
" ketahuilah sesunggguhnya apa saja yang dapat peroleh sebagai rampasan perang , maka sesungguhnya 1/5 untuk Allah, Rasulnya, kerabat-kerabat Rasul, anak-anak yatim , orang-orang miskin dan ibnu sabil ( org-org yang yang sedang menuju fi sabil lillah).....".
justeru tarikh yang lebih tepat tentang nuzul quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia berdasarkan pada ayat 1 surah Al-Qadar dana ayat 1-4 surah Ad-dukhan yang telah di huraikan td. Menurut pandangan Ibn Abbas pandangan itu disokong oleh majoriti mufassirin , Al- Quran diturunlan pada malam Lailatul Qadar, sebagaimana disebut tadi adalah Al-Quran yang turun sekaligus ke Baitul Izzah di lagi dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasulullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama 23 tahun , 13 tahun di makkah dan 10 tahun di Madinah, penurunan wahyu di Makkah berkisar mengenai pembentukan Akidah , manakala di Madianah pula penurunan wahyu berkisar mengenai syariah iautu hukum hakam, mualalat , munakahat dan sebagainya. Ayat-ayat yang diturunkan sebelum Hijrah dinamakan sebagai Makiyyah dan ayat-ayat yang diturunkan selepas hijrah dinamakan Ayat Madaniyyah.

Menurut satu riwayat lain pula dari Al-Hakim , Al- Baihaqi dan Nassaie dari Ibn Abbas Ra, beliau menjelaskan dari rasulullah SAW bersabda :

"Al-Quran diturunkan sekaligus oleh Allah ke langit dunia pada malam Al-Qadar kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun ".

Demikianlah lebih kurangnya mengenai Nuzul Quran yang dapat ku kongsikan, sekiranya terdapat kesalahan dan kekurangan mohon diampunkan dan juga mohon tunjuk ajar dari kalian yang berilmu berbanding denganku yang punyai ilmu yang sekelumit ini. Wallahuaklam.


موت آخر و أحبك

Wednesday, September 2, 2009 · 0 comments


أجدّد يوما مضى، لأحبّك يوما.. و أمضي

و ما كان حبا

لأن ذراعيّ أقصر من جبل لا أراه

و أكمل هذا العناق البدائيّ، أصعد هذا الإله


الصغير

و ما كان يوما

لأن فراش الحقول البعيدة ساعة حائط

و أكمل هذا الرحيل البدائيّ. أصعد هذا الإله


الصغير

و ما كنت سيدة الأرض يوما

لأن الحروب تلامس خصرك سرب حمام

و تنتشرين على موتنا أفقا من سلام

يسد طريقي إلى شفتيك، فأصعد هذا الإله


الصغير

و ما كنت ألعب في الرمل لهوا

لأن الرذاذ يكسرني حين تعلن عيناك

أن الدروب إلى شهداء المدينة مقفرة من يديك

فأصعد هذا الإله الصغير

و ما كان حبا

و ما كان يوما

و ما كنت

و ما كنت

إني أجدد يوما مضى

لأحبك يوما

و أمضي


افضل الحب هو الحب لله ورسوله


ANDA PENGUNJUNG KE:

KOLEKSI GAMBARKU

Koleksi Soal Jawab Agama

SAIFULISLAM

HADIS DAN ISU SEMASA

SELOKA AURAT



Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung, Agar syaitan susah nakbertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati.........

LIVE CHATTING

SIAPA AKU.....

My photo
Berasal dari KELANTAN+ PAHANG, Malaysia
Aku hanyalah insan kerdil yang diciptakan Allah di muka bumi ini untuk memperhambakan diri kepadaNya, pada hakikatnya aku tidak punya apa-apa kelebihan namun aku cuba untuk berbakti dan memberi manfaat kepada seluruh warga dunia ini... Hidup biarlah bermanfaat "Agi idup agi ngelaban" aku adalah keponakan yang masih lagi belajar seandainya tersalah silap mohon tunjuk ajar dari kalian yang ilmunya penuh di dada. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN - Mendapat pendidikan awal di Pasti Nur falahiah Sungai Sok ( 1991). - Meneruskan persekolahan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok ( SKSS 1993-1998 ) - SMU ( A ) Falahiah Sungai Sok (1999- 2004 ) - Maahad Rahmaniah Kuala Krai (2005). - USM - Universiti Sains islam Malaysia ( 2006 - now )

FOLLOWERS