Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Apabila tiba sahaja tahun baru, pastinya orang ramai akan bertanya, apakah azam tahun baru, dan tidak kurang ramainya yang menjawab, masih seperti tahun lepas untuk ........., kerana masih tidak tercapai. Sememaangnya, azam adalah keinginan kita untuk berubah, sememangnya bagus mempunyai keinginan untuk berubah, namun, ia tidak cukup denga keinginan, tetapi mesti disertai dengan tindakan.

Bagi diriku, setiap tahun yang mendatang, ia disertai dengan satu impian yang harus dicapai, suatu tujuan yang ingin dicapai, untuk menjadi yang lebih baik. Di saat ini, aku memilih untuk kekal sebagai seorang pelajar, kerana peluang untuk belajar secara percuma bukan mudah untuk diperolehi, dan juga.. kerana aku ingin melihat, sesuatu dari skala yang lebih besar.

Mungkin, aku tidak berapa berminat dengan bidangku dengan kelulusan degree, kerana aku merasakan terlalu bnayak masa akan dihabiskan untuk kerjaya, yang sentiasa mengundang stress, bg mengejar masa. Apa yang aku inginkan, adalah untuk melakukan sesuatu yang bukan sahaja untuk diriku, namun, ia juga boleh membantu orang lain.

Juga, minatku mungkin kepada sesuatu yang lebih bersifat kemahiran dan teknikal, da apabila aku berada di bidag professional, masih aku melibatkan diri dengan kerja-kerja membaiki komputer dan laptop. Mungkin keuntungan tidaklah seberapa bg jumlah byrn yg aku ambil, namun, ia seolah-olah menjadi sebahagan dari diriku.. untuk menjadikan pemikiranku lebih seimbang.. kerana aku ingin menjadi seorang yang sentisa mampu membantu..

dan,bermulalah, semester keduaku sebagai pelajar sarjana dengan matlamat yang telah aku tetapkan.. dan ia adalah selangkah lebih dekat dengan matlamatku yag utama..
Hit: 18 Laman Asal