Assalamualaikum..Buat bakal imamku,
Allah mentakdirkan sesuatu sesuai dengan kehendak-Nya. Dan dikau juga pernah menyatakan padaku bahawa jodoh itu rahsia Allah. Hanya Allah yang tahu susur perjalanan hidup kita, bagaimana kita bertemu dan ke mana hala tuju kita selepas ini.Buat bakal imamku,
Engkau bakal menjadi cinta dan taatku selepas Allah dan Rasul. Sedangkan sebelum ini, cinta dan taat setelah Allah dan Rasul tentulah ibu bapaku. Setelah akad, semua itu berpindah kepadamu.Buat bakal imamku,
Kehidupan yang bakal kita layari selepas ini sudah tentu tidak akan sama seperti sekarang waktu kita masih bujang. Selepas ini, kita harus saling menerima, bertolak ansur, dan sabar dengan perangai masing-masing.Wahai bakal imamku,
Aku anak perempuan yang selalu manja dengan abahku, apabila engkau hadir, adakah layananmu akan sama seperti itu atau mengabaikanku. Dengan abahku, aku boleh menjadi cengeng walaupun sudah dewasa, selepas ini mungkin hatiku harus seteguh karang di lautan.Bakal imam…
Hit: 0 Laman Asal