Thursday 25 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan 2...


Assalamualaikum....


               Ahlan Wasahlan semua... hihihi.. pejam celik..pejam celik.. da nak 10 terakhir ramadhan.. kan.. ermm.. cepat je masa berlalu.. tu la orang ckp masa tu emas... mean that bukan masa tu emas.. tp.. setiap detik, setiap ketika yang kita guna masa tu... tu la yang emas (berharga) agak-agaknya kita selalu wat ape je eik sepanjang masa.. ermm.. berfacebook ke??, bersms je ke?? hihi.. tp x pe la, asalkan benda yang kita buat tu x melalaikan kita daripada ingat Allah, ok la tu.. kan...?? tp sebaik-baiknya.. elak kan diri dari perkara yang sia-sia.. ermm.. benda ni susah sikit la nak avoid.. tp.. tak pe boleh dikurangkan.. kan..? ermm...

              Ok!! daripada blog yang lepas ana da berjanji kan nak berkongsi mengenai kelebihan-kelebihan yang kita dpt dalam bulan puasa ni..sahabat rasa la kan.. apa eik kebaikannya? ermm.. Malam Lailatulqadar.. ermm.... betul la tu.. actually, kalau nak tulis akan kebaikan bulan ramadhan memang berjela-jela la blog ni.. tp x pe.. kat blog kali ni ana mahu fokuskan 2 kebaikan besar masa bulan ramadhan... apakah kebaikannya.?? pertama..turunnya Al-Quran pada malam bulan ramadhan.. kedua, hanya dibulan ramadhan adanya malam lailatulqadar


Nuzul Quran.


Nuzul Quran ini merupakan hari dimana turunnya Al-Quran... Ia merupakan Kalam Allah yang diturunkan khas untuk umat Nabi Muhammad pada bulan Ramadhan iaitu hari ke 17 Ramadhan. Tahukah sahabat bagaimana ia diturunkan.?? ok.. kat sini ana nak berkongsi sedikit bagaimana proses penurunan Al-Quran daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW....



Seperti kita semua tahu.. ada 3 peringkat dalam proses penurunan Al-Quran:

Peringkat 1: Penurunan Al-Quran dari Allah ke Luh Mahfuz. Tahukah sahabat apakah itu "Luh Mahfuz"?
Luh Mahfuz ialah satu-satunya tempat terkumpulnya di dalamnya segala ketentuan Allah untuk semua makhluknya... Mean that, segala benda yang berlaku sebelum, selepas, mahupun sekarang akan sesuatu perkara itu... semuanya sudah tercatat di sana..actually, Al-Quran sendiri merupakan perancangan dari Allah..Penurunan peringkat 1 dibuktikan dalam firman Allah dalam Surah Al-Buruj ayat 21-22.



ertinya:"Bahkan ia Al-Quran yang mulia. Di papan yang terpelihara (Luh Mahfuz)"




Peringkat 2: Penurunan Al-Quran ialah dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia).. Ermmm.. cakap pasal langit dunia ni ana teringat akan satu ustaz ni berkata pasai langit dunia ni!! actually, kita tak tahu yang mana satu langit dunia ni.. adakah langit yang kat bumi ni ke atau yang lain ke? Waallahualam... tapi yang pastinya... Al-Quran diturunkan ke langit dunia ni pada hari ke 17 Ramadhan..itu la yang kita panggil skrang iaitu hari Nuzul Quran.. ia dibuktikan melalui firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 185:


Ertinya: "Bulan (puasa) yang diturunkan didalamnya Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk itu dan membezakan antara yang hak dan yang batil"


Peringkat 3: Penurunan dari Baitul Izzah (langit dunia) kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur selama 25 tahun..Untuk pengatuan sahabat... di peringkat ini, Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur melalui malaikat Jibril. Ia dibuktikan melalui firman Allah dalam Surah an-Nahl ayat 89:


Ertinya: "Kami turunkan kepada engkau (Ya Muhammad) kitab (Al-Quran) untuk menerangkan bagi tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk dan rahmat serta khabar gembira bagi orang islam."



MashaAllah... sahabat sekalian sayangnya Allah kepada kita semua umat Muhammad ini dengan menurunkan Al-Quran... ia bukannya kalam manusia ye.. Ini ialah Kalam Allah... Mean that ia datang dari Allah kepada kita sebagai petunjuk.. Inilah satu-satunya mukjizat yang kita  ada nescaya kekal sehingga hari kiamat...

Salah satu kemuliaan Al-Quran dan kebesaran Al-Quran adalah melalui bahasanya... Bahasa yang terkandung dalam Al-Quran ini sangat-sangat tinggi sehingga tak tercapai oleh akal manusia untuk mencipta satu buku yang setaraf dengan Al-Quran... itulah cabaran Al-Quran kpd manusia sehingga hari kiamat..

Tapi Ana berani jamin la...tak kan ada yang mampu menandinginya.. hahaha... Nampak tak bertapa kerdilnya kita ni kan..Seterusnya, ada juga ulama berpendapat.. bahawasanya segala ilmu yang ada kat dalam dunia ni sekarang semuanya sudah terkandung dalam Al-Quran.. Wah!! hebat ye Al-Quran ni sahabat sekalian.. hihi..

                 Jadi... apakah tanggungjawab kita kepada Al-Quran pulak??? ermm.. tau x...?.. ok la ana nak berkongsi serba sedikit berdasarkan apa yang ana tahu and dengar ye... firstly, penghayatan kita sendiri kepada Al-Quran.. sekarang masalahnya... manusia zaman kini da kurang da dalam menghayati Al-Quran.. mereka menganggap bahawasanya ia tak penting... Ya Allah... istifar ye banyak-banyak.. walhal ini adalah kalam Allah.. Jadi.. didalam hati sahabat sekalian, penting tak Al-Quran ni kpd kita?? tepuk dada tanya la iman kita..
                  Owkey... yang kedua plak, lepas menghayati kita kena membaca Al-Quran dan yang ketiga plak kita memahami isi kandungan Al-Quran. Ana sekalikan kerana ia saling berkait antara satu sama lain... Alhamdulillah ramai dikalangan kita ni yang membaca Al-Quran... sehinggakan hamba Allah yang tidak mampu bercakap(bisu) dan tidak mampu melihat (buta) pun sudah boleh membaca Al-Quran dengan kaedah tersendiri..ermm...sedikit teguran ana tujukan kepada yang cukup sifatnya Allah berikan tetapi masih tidak mahu membaca..

                   Seterusnya... memahami Al-Quran itu sendiri...actually.. benda ni ana pun baru sedar.. alhamdulillah... ustaz ana pernah memberitahu bahawasanya jangan la kita nnti didalam kubur.. tahu membaca Al-Quran tetapi tidak tahu apakah kandungan dalam Al-Quran itu... istifar ye banyak-banyak.. sesungguhnya kita tergolong dalam orang-orang yang rugi... telah dikurniakan kepada kita akan Al-Quran yang mempunyai banyak mesej yang hendak disampaikan.. merangkumi garis panduan hidup, larangan, sindiran, dan sebagainya yang bermanfaat tetapi kita ni hanya tahu baca je dan tak tahu apa-apa pun yang ada dalam Al-Quran... ermm.. rugi kan?? Jadi, lepas ni sama-sama la kita memahami maksud Al-Quran.. lagi pun sekarang kan banyak Al-Quran yang disertakan sekali akan terjemahannya. 

                Terakhir sekali, selepas membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran.. kita kena la mengamalkannya... Akhir-akhir ni, ajaran sesat semakin berleluasa.. contohnya fahaman syiah...salah satu strategi mereka sekarang ialah memberi nama yang baik kepada benda-benda yang haram bagi mengelirukan kita semua... 1 contoh ana bagi ialah.. memberi nama baru kepada arak iaitu "minuman kerohanian".ermmm.. nama lain, tapi kandungannya sama...Bijak kan!!... tapi tak pe... kita mestilah jadi lebih bijak.. sebab tu la, dengan mengamalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran.. nescaya kita tak akan sesat selamanya. seperti dalam firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103:


Ertinya: "Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-Quran"

ermmm.. mengenai nuzul Quran pun sudah..nak juga mengenai Lailatul Qadar?? kita sambung blog akan datang ye
..InsyaAllah.. ^^
-Wassalam-








Sunday 21 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan 1..

Assalamualaikum....

                 Ish3.. da nak dekat 1/2 month for Ramadhan kan.. huhu.. kejap je masa berlalu.. erm.. ada ponteng tak ni.. hahaha.. ana percaya sahabat sumer mesti la penuh kan.. insyaAllah.. lain la kaum Hawa.. tu lain cter la kan.. hahaha..Ok...Dalil puasa kita da tau dari blog yang lepas.. Ermm.. maksud Taqwa pun kita da tahu... so sekarang ana nak sambung sikit lagi pasal taqwa ni... Boleh?? ala.. sikit je lagi.. ea..


Erm... Bila kita sebut pasal taqwa ni daripada dalil sblm ni. pastinya ada hubungannya.. btul x.?? So apakah hubungannya taqwa ni gan puasa.. bagi pendapat ana la...
Bulan Puasa ni adalah ibadah yang diberi khas untuk kita ni (umat Muhammad) untuk menundukkan hawa nafsu mazmumah. Melalui puasa, bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum. tetapi menahan diri daripada melakukan maksiat (pelihara anggota badan).

Contohnya, pelihara mata daripada melihat benda yang haram, pelihara telinga daripada mendengar benda yang haram, pelihara lidah daripada mengumpat atau mengeji dan sebagainya.

               Ana nak highlight sikit pasal memelihara MATA and LIDAH ni.... Nak tau knape?? Jawapannya..byk dosa senang di buat melalui dua anugerah Allah ni.. Mata and Lidah ni la sangat-sangat susah nak jaga.. contoh yang paling senang la ana bagi ialah mata, senang je lihat benda yang bukan-bukan, terutamanya lelaki...kan btul x? Jgn tipu la.. Ana pun laki jugak.. So ana tahu la.. kah3.. Seriusly, sgt susah menjaga mata.. bagi sape2 yang mengelar dirinya kaum Hawa.. kasihanilah kami yang kaum adam ni.. asyik dapat dosa je.. uhuk3.. Tetapi, ini semua dapat dibendung dengan iman yang mantap.. So, kaum Adam jangan la plak asyik nak salah kan kaum hawa je sbb diri sendiri boleh ubah la.. kita tingkatkan la Iman kita kan3.hihi..
Jadi, bila semua ini dipelihara maka kita akan lebih cenderung hanya untuk mengagungkan Allah.. Justeru meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah..

Opsss.. maaf terpanjang la plak kan.... sorry3.. Ok.. Skrang ana sambung dari blog lepas.. Kan Ana da janji nak berkongsi pasal peringkat-peringkat dalam puasa kan..

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya..Ihya'Ulumuddin telah mengketegorikan puasa Ramadhan ni kpd 3 peringkat. ini bertujuan supaya kita sendiri dapat menilai kedudukan puasa kita sama ada lebih baik daripada puasa sebelumnya atau sebaliknya.

Peringkat 1 adalah Puasa Umum... Ape tu eik..?? Puasa umum ni ialah puasa yang setakat menahan diri dari makan dan minum sahaja.... Mean that, dia tak menjaga perkara-perkara yang membawa kpd hilangnya pahala puasa. Ana berharap kita tak jatuh kat golongan ni ye sebab golongan ini tak kan mendapat ketaqwaan selepas abis bulan Ramadhan.. Rugi kan.. huhu.. sama-sama la kita usaha sebaiknya dalam bulan puasa ni ye..

Peringkat 2 adalah Puasa Khusus... Owwrriitee.. puasa yang ni.. ia lebih baik dari yang peringkat 1 tadi.. puasa ni adalah menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membawa kepada hilangnya pahala puasa... ermm.. Mean that, ia menjaga la segala-galanya masa bulan puasa ni.. termasuk lah. pancainderanya.. huhu.. Yang bestnya.. InsyaAllah golongan ni Allah akan menjanjikan pengampunan dosa yang telah lalu.. best tak?haha.. best kan..

Peringkat 3 adalah Puasa Khusul Khusus... yang ni lagi dahsyat.. kalau kita digolongan ni MashaAllah.. hebat3... nak tau knape?? Sebab.. ni adalah puasa golongan Anbiya' (para nabi), orang-orang soleh yang mempunyai makam tertinggi dalam keimanan dan keislaman. golongan ini berpuasa zahir dan batin. tambahan pula, golongan ini menumpukan semata-mata untuk beribadah hanya kepada Allah Azza Wa Jalla...
Ermm... menarik kan.. hihihi Ana harap kita berpuasa aim kat yang peringkat 3 tu la eik.. InsyaAllah.. kalau paling kurang pun kat peringkat 2 la... At least, Allah ampunkan dosa lampau kita InsyaAllah..

               Korang tau tak mengenai bulan Ramadhan? tahu?? Alhamdulillah... tapi bukan hanya berpuasa tau.. ha!!Mai sini ana nak berkongsi sikit. Bulan Ramadhan ni dikenali sebagai " Shahrul Ibadah " Mean that bulan ibadah. Setiap amalan yang baik dalam bulan ramadhan akan digandakan pahalanya hingga 700 kali ganda... MasyaAllah.. ye sahabat sekalian.. 700 kali ganda.. bukan sikit banyak tu... ermm.. bertapa sayangnya Allah kpd umat Muhammad (kita la tu). supaya kita ni jadi orang yang bertaqwa... sekarang ni terpulang kat kita je nak ke tak nak. Kepada sesiapa yang tak mengendahkan bulan ni... ermm.. cuba fikir bertapa ruginya.. kan..kan.. haaha..

Rasullullah S.A.W ada menyebut dalam sabdanya yang bermaksud:

" Sekiranya umatku mengetahui kebesaran dan kelebihan Ramadhan, nescaya mereka akan meminta Ramadhan itu setahun penuh"

                  kat sini kita boleh lihat bertapa untungnya bulan puasa ni kepada kita.. Tetapi hanya kepada sesiapa yang betul-betul tahu akan kelebihan Ramadhan dan berusaha kearahnya. Kalau sahabat nak tahu, banyak kelebihan-kelebihan bulan puasa ni... Tahukah sahabat akan kelebihan tersebut?? Nak tahu jugak? Kalau macam tu kita sambung blog akan datang ye.
InsyaAllah..^^
..Wassalam.. 


Credit to: 
  • Pusat Permantapan Akidah (PPA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • www.melurhasanah.com







Friday 19 July 2013

Yeah...Dia mai lagi.. hihi

Assalamualaikum...

          Apa Khabar sahabat?.. hihi maaf lama tak update.. actually ana tak ingat ana punya email... hihi.. memang la tak dpt nak update.. huhuhu.. tapi tak ape.. ana da jumpa email balik.. alhamdulillah la ada save kat phone rupanya.. huhu.. Apa la ana ni kan.. kah3.
Ermm.. mcm mana bulan puasa tahun ni.. ok?? ke lebih baik dari sebelum ni?? ke sama je...?? atau makin
teruk..? ish3.. tak la kan.. ana tarik balik ye... huhu.. InsyaAllah... ana berharap agar ibadat kita di bulan puasa tahun ini diterima Allah.. Seterusnya menjadikan bulan puasa kita tahun ni lebih baik dari sebelumnya.. 

...Ameen...

          Kat sini juga, ana nak berkongsi sikit tentang puasa ni. Seperti yang semua orang tahu, puasa ni adalah rukun islam yang ke 3 selepas solat 5 fardhu. Tetapi apa yang berlaku sekarang, ramai yang berpuasa tapi solatnya tak cukup, main suka je nak wat brape pun..Nauzubillahiminzalik..Kenapa ye bila disuruh puasa orang puasa, tapi bila disuruh solat. ya ampun liatnya.? Walhal, dalam Al-Quran..banyak dalil yang mewajibkan kita supaya solat berbanding puasa yang hanya satu dalil je.. erm.. waallahualam... Sebelum tu ni dalil yang mewajibkan kita supaya berpuasa..



Maksudnya :
 "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."


            Berdasarkan dalil diatas, ia ditujukan kepada orang-orang beriman (kita la tu). selepas itu ada dua mesej penting kenapa kita berpuasa. Pertama, untuk menghormati orang-orang yang terdahulu dari kita.. mean that, bukan kita yang mula kan puasa ni.. sejak dari dulu lagi puasa ni da diwajibkan da.. ok.  kedua, adalah supaya kita menjadi orang yang bertaqwa. Ana highlight sikit ye perkataan TAQWA ni.

Kalau dari segi bahasa, taqwa ialah bersih,                                                                     suci. 
Manakala dari segi istilah, taqwa ialah menghindari diri kita dari segala bentuk atau sesuatu yang dapat menyebabkan kita menjauhkan diri kita daripada Allah.
Wahai sahabat ana yang dihormati, bahawasanya Allah sgt sayang dan kasih kat kita.. Allah nak kita dekat gan Dia, sebab tu la Dia suruh kita selaku hambanya ini berpuasa.. betul tak.. ermm.. tapi sejauh mana kah puasa kita tu.. adakah sekadar menahan makan dan minum sahaja?? cukup kah??
Ok la ana rasa sampai sini je untuk hari ini.. Ana sambung kat blog yang akan datang ye.
...InsyaAllah... 

Wassalam.. ^^

Sunday 2 June 2013

Syukran!!


Setiap hari aku mengingatinya.
Setiap hari aku memujanya.
Adakah aku telah jatuh cinta?

Alhamdulillah...

Cinta kepada Allah adalah cinta abadi.
Jika tiada cinta ini,tiadalah kehidupan.
Jika tiada cinta ini, tiadakah kebaikan dalam diri.
Aku berharap cinta ini berkekalan selama-lamanya.

Rahmatilah aku, Ya Allah..


...Renungkanlah...



Pernahkah anda ingat kepada Allah?Tuhan yang menciptakan alam ini.Tuhan yang menyayangi semua hambanya terutamanya, hamba yang soleh dan solehah.


Tuhan yang sentiasa menolong hambannya disaat susah dan senang. 

Tetapi......

 Kenapa masih ada manusia yang lalai dan lupa kepada-Nya....

Allah menciptakan matahari bukannya untuk dipuja.

Tetapi sebagai nikmat yang Allah berikan supaya hambanya itu bersyukur. 

Allah menciptakan hutan bukan untuk dimusnahkan.Tetapi sebagai sumber rezeki dan amanah yang perlu dijaga.

Allah memberi nikmat Akal bukan untuk bermegah-megah.Tetapi supaya manusia berfikir akan kebesaran Allah.

Allah menciptakan ibubapa bukan untuk dijadikan kuli,dimaki, atau dihina.Tetapi sebagai anugerah yang tidak ternilai kerana disitulah lahirnya kasih sayang yang sejati.


Ingatlah dunia ialah tempat menimba seberapa banyak amalan untuk dijadikan bekalan sepanjang masa kerana hidup didunia hanyalah sementara....

Tiada gunanya memohon agar dipanjangkan usia tetapi hanya melakukan dosa dan maksiat kepada Allah.


Tiada gunanya memohon dimurahkan rezeki tetapi kedekut untuk bersedekah dan mengeluarkan zakat.

Tiada gunanya memohon supaya dikurniakan anak yang soleh dan solehah tetapi gagal menjadi contoh yang baik kepada anak-anak..tetapi mohonlah kepada Allah supaya hidup ini dirahmati dan diberkati..

-InsyaAllah-
















Kau Pewira Islam...


Tidak ada alasan untuk menyerah,
Aku ni panah beripuh,

Aku adalah busur sakti,
Yang bertalikan benang keramat,

Kita adalah lembing-lembing bermata dua,
Meluncur dari pelepasannya,

Kematian adalah hakikat kebenaran,
Sedangkan kehidupan hanyalah bayang-bayang,

Segala yang ditakdir Ilahi,
Kepada manusia pasti berlaku,

Dan semua makhluk ini,
Kepadanya akan kembali,

Jika aku tidak menentang mereka,
Berhak atasku kutukan ibu.

                                 -hasil nukilan Asyim bin Thabit-


     Sajak ini dibaca oleh Asyim Bin Thabit... Pada waktu itu mreka berenam di Air mata Raji' bagi menaikkan semangat untuk menentang musuh kerana mereka ditipu oleh penduduk perkampungan Bani Udhal dan Bani Qarah. Dikatakan oleh mereka (musuh islam) kpd Rasullullah S.A.W supaya menghantar Asyim dan beberapa orang rakan untuk berdakwah disana.Peristiwa air mata Raji' berlaku selepas perang uhud.

     Di sebalik tipu muslihat ada tindakkan yang tidak diduga yang telah dirancang dengan bergitu rapi dan akhirnya mereka pahlawan islam yang berani syahid..Al-Fatihah kepada saudara kita yang berani berjuang walaupun hanya berenam..


kredt to:Abdul Latip Talib (Perang Khandaq).

Friday 31 May 2013

All About Me.. ^^

Hahaha.. mcm mana eik nak mula ni... actually ana baru je nak berjinak-jinak gan blog ni.. tu pun tahu daripada kawan-kawan.. erm.. mula-mula nampak macam bosan... rupa-rupanya best jugak blog ni.. hihihi... Ermmm.. actually ana tak tahu nak buat tajuk ape..tp.. ermm.. rasa tajuk blog ni agak menarik juga...ok ana rasa sampai sini je la ye.. selamat membaca.. ^^