Insurans Rumah : Apa beza MRTT dan MLTT (Produk Takaful Hayat) ?

Baca hingga habis ke semua page ini, jika anda nak jimat sedikit daripada membayar interest bank.

Sedikit tak sedikit jugak.. Ada customer boleh jimat sampai berbelas ribu ringgit juga, jika anda ambil insuran/takaful rumah sendiri berbanding jika ambil direct insuran dengan bank.

MRTT = Ni insuran ambil direct dengan bank. Confirm ada include interest bank. Sebab insurans jenis ini akan dimasukkan sekali dengan loan rumah anda.

MLTT = Ambil sendiri dengan agent takaful diluar sana. Guna produk life takaful....Produk ni confirm tak ada interest...Boleh lihat dalam polisi takaful nanti. Save duit anda...


pe


Sebelum itu, baca dulu kenapa kita kena ambil insurans rumah (untuk cover loan rumah) ?

Sekarang ni, boleh dikatakan ramai yang berkeinginan atau pun sudah pun memiliki rumah sendiri. Rumah sendiri ni, maksudnya rumah yang dibeli dan bukan rumah sewa. Ha ha haaa..

Tetapi tahukah anda ada perlindungan insurans yang dikenakan ke atas rumah yang anda beli (miliki) itu? Insuran rumah ni macam insuran kereta la jugak... 

Sekiranya, kita beli kereta, tetapi kereta tersebut tiada apa-apa perlindungan insuran atau takaful. Apa akan jadi, sekiranya ditakdirkan kereta tersebut hilang, accident atau pun terbakar ?

Sekiranya kita ada ambil polisi insurans or takaful kenderaan, owner boleh claim sahaja kerosakan dan kerugian itu dengan syarikat insurans..  

Jadi, tak ada la kopak duit kita untuk repair balik kereta yang accident tadi. Lebih parah lagi, kalau kereta itu ditakdirkan hilang atau pun terbakar hangus..

Itu sekiranya ada insurans... Bagaimana kalau kereta terebut tiada perlindungan insurans atau takaful..
Jawabnya, bayar jer sendiri segala kos yang diperlukan..

Sekiranya kereta tersebut masih ada hutang dengan bank, maka suka tak suka kita terpaksa jugak settle dengan bank, walaupun kereta dah lesap entah kemana..

Sama juga dengan rumah yang kita beli... Sekiranya terjadi apa-apa hal yang tidak diduga secara tiba-tiba (contohnya kematian kepada pembeli), siapa yang akan meneruskan pembayaran bulanan kepada pihak bank?

Sekiranya ada insurans, Pewaris boleh membuat tuntutan pampasan kematian dengan pihak insurans untuk melangsaikan hutang rumah yang masih berbaki.

Jika ditakdirkan kita lumpuh/cacat kekal dan tak boleh bekerja lagi, kita boleh tuntutan pampasan akibat lumpuh/cacat kekal daripada pihak Insurans/takaful.

Sekiranya tiada, terpaksa lah Pewaris kena teruskan dengan duit poket sendiri untuk bayaran seterusnya kepada pihak bank...Itu sekiranya, pewaris masih mampu untuk meneruskan bayaran bulanan rumah.. 


Jika sebaliknya, tunggu masa jer la, bank tetap bank. Mereka akan kejar, kejar dan kejar untuk dapatkan bayaran pinjaman yang sudah dikeluarkan kepada peminjam. 

Dan sekiranya gagal untuk mendapatkan bayaran daripada Pewaris, maka langkah akhir adalah bank akan lelong rumah tersebut..



DULU-DULU

Kalau dulu, insurans rumah ini diwajibkan oleh pihak Bank Pembiaya anda dan anda tiada pilihan lain untuk mengambil polisi insuras dari mana-mana syarikat insurans atau takaful yang lain.

Bank dah tentukan insuran mana yang kita kena ambil... Kalau setuju, sign sahaja.. tak setuju, bye bye sahaja.. Kita sebagai Pengguna or Peminjam terpaksa redho sahaja apa yang bank offer..

Dan insurans yang dikenakan oleh pihak bank ini pula biasanya akan digabung (bundle) sekali dengan housing loan anda.  Bahasa glamor MRTT ler nie.

Kesannya, fees untuk insurans rumah anda juga akan naik mencanak sebanyak 3 kali ganda kerana terpaksa menerima musibah interest yang disekalikan dengan interest pinjaman perumahan anda...

Sekarang ini ………


Kesan daripada polisi terbaru Bank Negara Malaysia ini,  Pembeli boleh memilih sendiri syarikat insurans atau takaful mana yang boleh menyediakan polisi insurans ini untuk melindungi rumah yang mereka beli.

Yang bagusnya, ada insurans yang anda boleh jimatkan ribuan ringgit daripada dikenakan interest oleh pihak Bank.

Yang paling bestnya, ada insurans sekarang ni yang membolehkan anda tidak perlu membayar LUMPSUM sekali gus untuk insuran rumah anda.. Boleh sahaja dibayar berkala secara bulan-bulan atau tahunan.

Inilah insuran MLTT namanya. Insuran atau pun takaful yang kita ambil dan nego sendiri dengan Agent Takaful diluar sana.


  
INFO BERGUNA UNTUK ANDA

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, Insurans MLTT ini juga boleh digunakan untuk melindungi rumah anda daripada ditimpa musibah kepada pembeli rumah.

Musibah yang saya maksudkan disini adalah :-
      
1     1) Kematian
2     2) Cacat kekal.
3     3) Sakit Kritikal



MLTT : ALTERNATIF KEPADA MRTT


MLTT atau  Mortgage Life Term Takaful  merupakan takaful hayat yang juga bertujuan untuk menjamin bayaran kepada bank terlaksana andai kata terjadi musibah kepada pembeli rumah.


Untuk MRTT, bayaran kepada syarikat insurans akan dibuat sekali gus (lump sum). Jika pinjaman 30 tahun, maka bayaran fee untuk insurans MRTT akan dikira terus untuk tempoh 30 tahun .

Anda kena bayar terus fee insurans MRTT untuk tempoh 30 tahun, walaupun baru 2 hari anda memasuki rumah anda.

Tetapi pihak bank cerdik. Mereka tahu customer ramai yang tak suka atau tak mampu nak bayar MRTT sehingga 30 tahun sekali gus. Jadi apa yang dibuat adalah dengan memasukkan yuran insurans MRTT itu ke dalam pinjaman perumahan yang kita buat.

Maknanya bank akan bundle sekali pinjaman perumahan dengan yuran MRTT tu
Kesan daripada ini, MRTT juga kan dikenakan interest oleh pihak bank. 

Bukan sahaja bank boleh kenakan interest ketas pinjaman perumahan kita tetapi di masa yang sama, bank juga sempat lagi buat duit extra dengan mengenakan interest ke atas yuran insurans MRTT anda.



Tak Caya, Cuba Kira.


Kalau rumah harganya RM200K, total bayaran kepada bank sepanjang tempoh pinjaman dibuat adalah dalam lingkungan RM600K++.

Yang paling ketara bezanya antara MRTT dan MLTT adalah dari segi :-

     1) MRTT kena bayar sekali gus. MLTT boleh dibayar bulan-bulan..

     2) MRTT langsung tiada cash value/saving.  


Tetapi  ..

MLTT ada bahagian saving.. Maksudnya setiap caruman bulanan yang dibayar kepada syarikat takaful,  insyaAllah akan ada sedikit lebihan yang akan dipulangkan nanti.

Berapa Jumlah nya ?

Ianya akan bergantung kepada umur dan pekerjaan anda sewaktu memohon polisi MLTT ini.
Nak tahu lanjut, kena set masa sedikit dengan saya. Nanti saya prepare quotation.

Dalam quotation tu akan tunjuk number-number yang diperlukan untuk anda memahami produk MLTT yang anda hendak pohon.

Saya harap dengan catatan saya dapat membantu anda membuat penilaian sendiri insurans mana yang patut anda ambil untuk menjamin dan melindungi rumah anda.

Anda ada hak untuk memilih insurans terbaik yang bersesuaian dengan kehendak kita. Tak perlu tergesa-gesa untuk turunkan tandatangan dengan pihak bank.

 Jika masih kabur dengan coretan ini, anda boleh bertanya atau whatsapp saya bila-bila masa . atau boleh juga anda tinggalkan pesanan anda dalam borang yang ada di bawah ini.


Ingin Info Lanjut MLTT Sekarang ?

Sila isikan maklumat diri anda dalam eForm saya dibawah.. Nanti senang saya nak propose mana plan MLTT yang sesuai dengan anda...

 



Isikan borang di bawah untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA

Name:
No Phone :
Tarikh lahir anda :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Put a website form like this on your site.