Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 23 Januari 2012

Lapan Prinsip Utamaku sebagai GPM



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Januari 2012 tidak lama lagi akan berakhir. Begitu cepatnya masa berlalu tanpa sedar kita akan melangkah ke bulan Febuari dan bererti hanya ada sepuluh bulan kita bersama dalam tahun 2012 ini. Saya berharap kita semua dapat melaksanakan tugasan masing-masing hingga akhirnya azam yang kita suburkan serta kita war-warkan kepada sesiapa sahaja akan tercapai dengan lancar.

Selepas menerima dan menurunkan tandatangan skem perkhidmatan baru SBPA pada hujung tahun 2011, terasa perlunya berubah, perlunya berusaha menunaikan tanggungjawab kepada anak-anak murid di sekolah tempatku bertugas. Dalam usia yang kian meningkat ini, bohong jika emosi ku stabil dan tidak akan terusik oleh pelbagai situasi yang memerlukan kasabaran menghadapi. Tugas rutin mendidik anak bangsa dan menjalankan tugas sebagai seorang Guru Perpustakaan & Media cukup berat tanggungjawabnya.Banyak tugas sebenarnya yang perlu dilakukan setidak-tidaknya menjadikan Pusat Sumber sekolah berfungsi dan dapat dimanfaatkan oleh guru-guru sekolah dan murid-murid sekolah.

Kerjasama padu semua warga sekolah amat-amat dituntut dalam menjayakan Pusat Sumber sesebuah sekolah berfungsi dengan aktif. Untuk menghadapi situasi itu, saya meletakkan beberapa prinsip atau moral yang tertera dalam gambar untuk menjadi panduan dan sempadan agar hasrat untuk terusku memahat kesabaran dan keamanan dalam bertugas sebagai seorang GPM lantikan tahun 2007 akan lebih bermakna dan titik terbaik agar tekanan kerja ke atas diriku tidak berlaku.

IKHLAS... kata ini merujuk kepada ketulusan hati, kata ini akan nampak pada cara bertugas dan amalan di mana menjalankan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas kerana menerusi kerjaya pendidik kita diberi imbalan GAJI, kerana itu perlunya IKHLAS dalam menjalankan tugas kepada anak bangsa.

MENCINTAI TUGAS...tugas guru telah disandang kebahuku. Malah sudah melafazkan janji kepada KPM, semestinya cintailah tugas yang diberikan. Jika ini terpahat dalam hati pasti tidak ada tekanan, kerana tugas yang diberi akan menjadi ringan serta tidak akan menbebankan. 

Inilah antara huraian pada lapan prinsip GPM. Semoga amalan ini akan menjadi sebati dalam diriku. Walaupun kini usiaku kian lanjut, tetapi itu bukan alasan untuk terus tabah dan kuat dalam menjalankan tugas-tugas seorang GURU dan GPM. Untuk harapan itu saya pohon agar yang esa dapat merahmati dan memberkati niat murniku.

"Guru yang berkualiti pasti mampu melahirkan modal insan yang terbaik untuk NEGARA"

Assalamualaikum...











Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 7 Januari 2012

5 Wasiat Nabi Muhammad s.a.w

Tanah ini adalah milikNya, rumah itu syurga di dunia tetapi syurga 
yang kekal adalah rumah di Syurga. Insyallah.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Membaca adalah jambatan ilmu, jika tidak membaca kita akan kekurangan ilmu sedangkan ilmu itu sangat berharga sebagai pedoman dan panduan untuk kita semetara masih hidup di Bumi Allah ini.

Etuza pernah ke Wilayah Labuan dan sempat membeli belah atau bersiar-siar di satu gedung terkemuka di sana iaitu di Ujana Kewangan Walayah Persekutuan Labuan pada 23 Disember 2011. Menjelang 2012 tahun baru masihi, apa yang ada di minda Etuza ialah membeli dairi, tetapi tidak sangka saya membeli dairi khusus untuk muslim yg berharga RM 23.90 sen. Nampak kulit dairi ini berkilat dan amat menarik perhatian saya. Saya terpaut pada kulit sahaja tanpa membuka apakah kandungan tiap lembaran buku dairi ini. Dengan tidak berfikir panjang lagi Etuza membeli walaupun nampak harga agak mahal ya.

Sampai di rumah dan ada masa senggang Etuza membelek2kan dairi muslim yang telah menambat hati Etuza untuk membeli. Alhamdulillah rupanya dairi muslim ini bukan calang-calang ya, didalamnya terdapat pelbagai informasi seperti ruang motivasi, petua dan kesihatan, hadis dan cerita atau peristiwa teladan serta ada juga nasihat khas untuk lelaki.

Satu yang menarik di dalam dairi ini ialah  di dalam bab Tokoh & Sirah iaitu  tentang 5 Wasiat Nabi Muhamad s.a.w. Marilah kita baca dan jadikan sebagai panduan hidup dan banyak-banyaklah kita bermuhasabah diri.

Daripada Nabi Muhamad s.a.w, " Pada waktu malam saya diisrakan sampai ke langit, [ada saat isra tersebut Allah. S.W.T telah memberikan 5 wasiat kepadaku, antaranya :

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan daripada sesama makhluk kerana sesungguhnya mereka sedikitpun tida ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajilah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu ada di dalam qiyamullai.



Inilah cover Dairi Muslimin 2012. Saya bersyukur memiliki dairi yang banyak hikmah ini.











                                                             

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 1 Januari 2012

"Apa khabar orang kampung" Lagu untuk kami di Wilayah Labuan


Sempat bermain Bowling di UKWL pada 23hb Dis 2011


Minum disalah  satu Restoran di UKW Labuan


Pengalaman di UKW Labuan


Berjalan-jalan & melihat2 di UKW Labuan


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sempat juga mencapai hasrat untuk melawat ke Wilayah Labuan pada 22 dan 23 hb Disember 2011 yang lalu. Percutian kami ke Labuan amat bermakna kerana melawat anak ke Kolej Matrikluasi Wilayah Labuan serta menjemputnya balik ke kampung halaman kerana mereka diberi cuti selama seminggu.


Di Wilayah Labuan, kami sempat berkunjung di bangunan terkemuka di wilayah Labuan iaitu bangunan UJANA KEWANGAN. Saya tak pasti dengan jelas kenapa pula bangunan besar itu di beri nama UJANA KEWANGAN. Bersiar-siar di UKWL kita tidak akan merasa puas hati kerana lengkap dengan pelbagai kemudahan dan rekreasi menarik, pelbagai lokasi menjual berbagai-bagai barangan yang melibatkan pakaian dan lain-lain. Memang seronok anak-anak yang ikut kami ke W. Labuan.


Kami juga sempat singgah ke tempat bermain bowling seketika sebelum ke restoran untuk membasahkan tekak. Rupanya bowling ni ada dalam berbagai saiz dan berat. Dalam kadar RM 7.00 akan kita lakukan balingan sebanyak 9 kali. Memang puas hati.


Bandar W. Labuan memang selesa bergerak kemana-mana kerana kurang orang lalu lalang, berbanding di bandar Keningau dan apa lagi di Bandar Kota Kinabalu. Memang banyak bangunan tinggi2 di W. Labuan, perhotelan seperti Hotel Marina dan Hotel Pelabuhan Wilayah Labuan antara hotel terkemuka di W. Labuan.


Hanya ada satu perkara yang sukar etuza lupakan takkala kabersiar-siar di Bandar Labuan. Tiba di suatu kedai jualan murah di W. Labuan, kami sekeluarga masuk ke dalam dan ingin membelikan anak-anak makanan ringan. Saya lihat seorang perempuan dan dia merupakan pelayan di kedai itu, tiba-tiba menyanyi dengan suara kuat menyanyikan lagu " Apa khabar orang kampung". Hehe agaknya ketara kami seperti di lihat kekampungan. Saya tengok ramai juga yang memperhatikan kami, ini mungkin dikeranakan beza wajah dan cara percakapan kami. Namun itu bukan menjadikan halangan untuk kami datang lagi melawat di W. Labuan. Dan terbaru saya dengar berita di Wilayah Labuan ada lagi tempat menarik iaitu PANTAI DAMAI, di mana pantai ini lebih berkonsepkan satu perkampungan yang indah.


Salam tahun baru 2012.




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini