PROSES kehamilan lazimnya membawa banyak perubahan sama ada dari segi emosi mahupun fizikal pada wanita. Kebanyakan perubahan itu bersifat sementara yang hilang selepas melahirkan anak terutama dari segi emosi. Namun ada juga perubahan yang kekal dan sukar untuk dihapuskan seperti kesan parut rekahan kulit atau lebih dikenali sebagai stretch marks terutama di bahagian perut.
Parut berlaku disebabkan ketika hamil kulit perut akan meregang dan
pecah-pecah berjalur yang meninggalkan tanda tidak seronok dipandang. Perunding Obstetrik & Ginekologi di Kuala Lumpur Fertility Centre, Dr. Helena Lim Yun Hsuen berkata, keadaan itu adalah perkara biasa dan ia berlaku pada kebanyakan wanita hamil. Katanya, dianggarkan antara 75 peratus hingga 90 peratus wanita mengalami rekahan pada kulit perut semasa mengandung.
"Kebiasaannya rekahan mula kelihatan pada trimester kedua
atau ke tiga. Bermaksud ia mula muncul pada bulan keempat atau kelima.
Ketika itu kandungan semakin besar membuatkan tahap regangan juga
semakin tinggi," jelasnya.
Bagaimanapun menurut Dr. Helena, kemunculan rekahan juga bergantung
kepada beberapa faktor berbeza seperti jenis kulit, keturunan, pemakanan
dan penghidratan kulit. Katanya, sesetengah wanita mengalami masalah itu dengan teruk apabila
parut rekahan kulit menjadi sangat nyata dan lebih ketara apabila usia
kehamilan semakin meningkat.
"Keadaan ini memang sukar dielak, kerana rekahan pada kulit perut ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, perubahan hormon ketika hamil yang menyebabkan tisu di
bawah kulit menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan dan pembesaran rahim
meregangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut
pecah," ujarnya.
FREE Demo & Consultation
Facebook: FiezaBeauty
Email: nfm_83@yahoo.com
Call/SMS: 012-923 0825 (Fieza)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan