Wednesday, March 18, 2015

Pengalaman Pahit


Sepanjang dalam perjalanan hidup saya, saya pernah di timpa dengan perlbagai pengalaman pahit. Saya ingin menceritakan tentang pengalaman pahit saya di Air Hitam, Muar. Pada masa tu,  saya dan keluarga saya ingin balik dari kenduri arwah yang diadakan di kampong nenek saya. Kami bertolak balik pada pukul 12 malam dengan menumpang sebuah kereta bapa saudara saya. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, hujan di katakana turun dengan amat lebat. Bapa saudara yang memandu kenderaan tersebut juga berasa agak cemas kerana jalan yang kami lalui pada masa itu sesak dengan kenderaan berat iaitu lori bermuatan berat (treler). Tiba tiba kenderaan yang di naiki oleh kami secara tiba tiba  enjinnya termati. Kami sekeluarga berasa amat risau pada masa itu dan hanya berdoa kepada Allah SWT supaya perjalanan kami berada dalam keadaan selamat. Pada masa itu juga, saya berasa sangat kesian kepada bapa saudara saya yang bertungkus lumus menghidupkan enjin kereta. Keadaan itu dengan tiada lampu jalan dan di kelilingi dengan hutan menyukarkan kami mendapatkan bantuan. Akhirnya dengan pertolongan Allah SAW, enjin berjaya di hidupkan semula . Kami sekeluarga berasa amat bersyukur dan meneruskan perjalanan kami pulang ke rumah.

Thursday, March 5, 2015

               Pengalaman Perjalanan Menuju Ke Universiti




Assamualaikum saya ucapkan kepada semua. Terlebih dulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah melawat blog saya yang tidak seberapa ni. Maklumlah baru buat blog. Walaubagaimanapun kalau mahu saya tolong buatkan blog, Insyaallah saya boleh tolong buatkan. Apa guna kita kedekut ilmukan walaupun saya masih baru dalam membuat blog ni. Well, apa saya ingin kongsikan adalah kisah kehidupan saya bagaimana boleh melanjutkan pelajaran ke menara gading. Kisahnya amat sukar sekali. Selepas tamatnya SPM, saya mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah kedai menjual barang runcit. Saya bekerja ni pun sebab nak tunggu result SPM. Macam macam dugaan bekerja di kedai ni maklumlah bekerja dengan cina semua benda nak cepatkan. Setelah bekerja selama tiga bulan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti sebab keputusan SPM sudah keluar. Paling menyedihkan saya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi dan tidak mendapat sebarang tawaran IPTA daripada UPU. Saya hanya mampu bersabar. Saya mengambil keputusan untuk sambung pelajaran di Tingkatan Enam.Saya sangkakan belajar di Tingkatan Enam itu senang  padahal sebaliknya. Sistem pembelajarannya sangat susah dan bahan rujukan amat sukar dicari. Saya mengambil keputusan berhenti Tingkatan Enam.
                                                      
                                               

                                                  

                                                       


Selepas berhenti daripada Tingkatan Enam. Saya mengambil keputusan untuk bekerja semula. Daripada saya stay kat umah, lebih baik saya bekerja. Akhirnya saya dapat bekerja di KFC dan di letakkan di bahagian dining department. Dari sinilah saya mengenali Azrin Akma, seorang yang istimewa dimana mengalami masalah penglihatan sejak kecil. Saya suka bekerja dengan dia sebab dia tidak banyak membantah dan rajin bekerja. Seterusnya saya juga telah berkenalan dengan seorang pekerja baru yang baik hati bernama fateha. She is so nice and easily to be friend. Perkara inilah membuatkan saya kuat semangat untuk meneruskan kehidupan dan hasrat saya untuk melanjutkan pelajaran di Universiti. Setelah bekerja selama setahun, akhirnya saya dapat tawaran ke Uitm Segamat kos Pengurusan Maklumat. Saya berasa sangat lega kerana akhirnya dapat jugak tawaran ini. Dari sini saya ingin saya mengatakan bahwa kita sepatutnya tidak mudah berputus asa dalam ingin mencapai sesuatu perkara. Berputus asa atau pasrah di waktu awal adalah bukan jalan penyelesaian.