Sabtu, 14 Julai 2012

JURANG MEMANG ADA...SATU UTAMAKAN BANGSA....SATU LAGI AKIDAH DAN HUKUM....TAK PE BIARKANLAH...ADA ORANG TAK SETUJU....SERAH PADA ALLAH....ALLAH TAHU MANA YANG BETUL ...ALLAH BAGAIMANA NAK MENGHUKUM....KITA USAHA AJE...TAWAKAL...KETENTUAN SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT....

SU Agung Umno: Pas punca jurang ideologi politik

14 Julai 2012
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
PUTRAJAYA - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan Umno menjadi punca kewujudan jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat, sebaliknya jurang tersebut dimulakan sendiri oleh Pas.
Setiausaha Agung Umno ini berkata, ini termasuk tindakan seperti tidak makan daging hasil sembelihan orang Umno, pasangan yang ingin berkahwin tidak boleh dinikahkan oleh orang Umno dan tidak boleh sembahyang berimamkan orang Umno.
“Siapa yang mulakan? Adakah kami? Ini pembangkang dia tunjuk jari pada kita tapi dia lupa, satu jari dia tunjuk kita empat jari sama dia,” katanya dipetik Umno Online.
Tengku Adnan mengulas laporan media memetik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan mendakwa Umno sebagai punca kewujudan jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian.
Beliau berkata jurang tersebut wujud disebabkan layanan berbeza Kerajaan Pusat terhadap Kelantan berbanding negeri lain.
Terdahulu Tengku Adnan merasmikan Kenduri Rakyat Local Agenda (LA21) dan Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia di Presint 9 di sini, hari ini.
Dalam ucapannya, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, parti pembangkang juga dianggap sebagai dalang atau ‘tukang kipas’ yang memecahbelahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Beliau berkata pembangkang hanya pandai bercakap, namun apa yang dikatakan mereka adalah sampah.
“Jadi saya minta, anda boleh mendengar apa yang mereka katakan, tetapi kita diberi otak yang boleh berfikir dan buat perbezaan, tolong tanya diri kita masing-masing (siapa yang benar),” katanya.
Program kenduri rakyat yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar dan wakil pemimpin komuniti itu bagi menghidupkan semula amalan tradisi gotong-royong masyarakat setempat dalam suasana moden pusat pentadbiran kerajaan itu.
Ini bertujuan meningkatkan hubungan keharmonian dan perpaduan di kalangan masyarakat, serta menyebarkan maklumat kepada warga Putrajaya mengenai peranan agensi awam dan perkhidmatan yang ditawarkan.


Ceramah: Nik Aziz dakwa SK 'abai' beliau
NURRUL HUDA AHMAD LUTFI
13 Julai 2012
Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Umno dikatakan punca wujudnya jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, situasi itu berlaku kerana pemimpin Umno yang mula bertindak meletakkan jurang tersebut antara Umno dengan Pas.

“Pemimpin Umno sendiri membuat perbezaan antara Pas dengan mereka (Umno). Sedangkan Pas ini parti yang halal sebagaimana Umno berdaftar, kita (Pas) pun mendaftar sebagai sebuah parti.

"Jadi kenapa semasa lakukan pentadbiran di negara ini Kerajaan Pusat membezakan layanan antara Kelantan dengan negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah mendapat jemputan ceramah daripada pihak sekolah kebangsaan mahupun menengah sepanjang tempoh 20 tahun memegang jawatan Menteri Besar.

“Pernah berlaku kejadian yang mana ada Exco saya buat program rekreasi dan menjemput pelajar sekolah kebangsaan menghadiri tetapi ditolak, kenapa?” katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, perbezaan layanan daripada Kerajaan Pusat terhadap negeri ini menyebabkan rakyat Kelantan khususnya penyokong Pas membentuk persepsi negatif kepada Umno.

“Contohnya mengenai baja padi dan di sini kenapa Kerajaan Pusat tidak bagi baja padi kepada Kelantan. Kelantan habis RM3 juta setahun beli baja khas kerana jika mahu baja, kena tampal logo dacing dan isi borang Umno dahulu,” katanya.

Terdahulu ketika dalam kuliahnya, Nik Abdul Aziz menempelak Umno sebagai dalang yang menyebabkan rakyat huru-hara.

Beliau mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat tidak memberi peruntukan dana untuk pembangunan Kelantan secara terus kepada Kerajaan Negeri tetapi menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) terlebih dahulu.

“Duit royalti petroleum Kelantan yang berapa ratus juta satu sen pun kita tidak dapat. Bila Kerajaan Pusat berbalah dengan Kerajaan Negeri ini secara tidak langsung rakyat negeri ini akan berbalah juga,” katanya.

Pendirian mahu undur bukti Anwar jiwa besar
W. SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
14 Julai 2012
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA TERENGGANU – Penolong Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi membela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan kenyataan mutakhir pemimpin itu mahu berundur jika gagal dalam misi pilihan raya bukan gimik politik.

Sebaliknya, beliau melihat Anwar sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar apabila tetap dengan pendirian bersara daripada politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan
Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, tindakan sedemikian pernah dilakukan pemimpin-pemimpin negara asing lain yang tidak mampu mengekalkan kemenangan bagi pihak masing-masing.

“Tidak timbul soal gimik politik. Kalau kita lihat banyak contoh-contoh sebelum ini yang dilakukan pemimpin-pemimpin negara lain yang berjiwa besar dan berundur daripada kepimpinan apabila kalah,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Isu air: Selangor perlu praktikal, kata Muhyiddin

14 Julai 2012
Tan Sri Muhyiddin Yassin
$entry.content.caption.value
JOHOR BAHRU - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan Selangor agar lebih praktikal dan pragmatik dalam menghadapi krisis bekalan air di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak sepatutnya menjadikan isu itu sebagai isu politik kerana hanya akan menyusahkan rakyat dan negara jika masalah itu tidak diatasi segera.
Ini, katanya bukan soal Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja, tetapi melibatkan sejumlah besar penduduk dan pengguna air selain sektor industri dan perniagaan.
"Jadi kesannya bukan sekitar negeri itu sahaja tetapi kesan kepada negara amat besar sekali. Jadi kita minta kerajaan Selangor bersikap praktikal dan pragmatik dengan mengambil langkah segera.
"Jangan jadikan isu ini isu politik atau buat ugutan yang tidak tentu arah," katanya kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan Abdul Khalid yang disiarkan akhbar hari ini dengan memberi kata dua kepada kerajaan pusat sebagai syarat untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2).
Antara syarat yang ditetapkan termasuklah meminta kerajaan pusat tidak menaikkan tarif air serta mengiktiraf RM10.5 bilion aset seperti paip, loji rawatan dan empangan sebagai milik kerajaan negeri.
Muhyiddin, yang sebelum itu merasmikan majlis penutupan Dialog Nasional Pendidikan Negara di sini, berkata proses perundingan berhubung Langat 2 telah lama dijalankan dan bukan satu perkara baru.
"Tidak perlu ada ugutan dan sudah ada banyak kali perbincangan diadakan dan kita telah minta mereka ambil langkah yang amat segera kerana jika Langat 2 tidak dibina, ia akan menjejaskan penduduk dan krisis air akan melanda kawasan tengah di negara ini," katanya.
Katanya soal seperti tarif air dan mengurangkan kadar air tanpa hasil (NRW) aboleh dibincangkan kemudian kerana soal yang lebih penting pada masa kini ialah pembinaan loji berkenaan untuk mengelak krisis air yang teruk.
"Dia (Abdul Khalid) dah tahu cerita sebenar, dia berdolak-dalik berkali-kali, dia kata boleh selesai, kemudian tak nak selesai dan dia minta buat itu ini.
"Jangan sampai dia sudah jadi krisis, jika menjelang 2014, jika projek bekalan air baru tidak disediakan, krisis teruk akan berlaku dua tahun lagi.Jadi kita minta dia segerakan," katanya. - Bernama
MB Selangor: 'Kita sedia lulus Langat 2'
NURULFATIHA MUAH & HARIZ AIZAT MAHYUDIN
14 Julai 2012
MB Selangor: 'Kita sedia lulus Langat 2'
Abdul Khalid (tengah) ketika sidang menjelaskan pendirian Kerajaan Negeri berhubung isu air, semalam.
TANJONG KARANG – Kerajaan Negeri sedia berunding untuk memberi kelulusan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) jika ada dokumen ‘hitam putih’ daripada Kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dokumen bertulis itu penting sebagai jaminan Kerajaan Pusat tidak akan memungkiri janji untuk tidak menaikkan tarif air sewenang-wenangnya, jika projek berkenaan siap.

“Kena buat (dokumen) bertulislah, nanti kalau cakap saja tak jadi. Ini bukan kes RM1 juta, ini kes besar. Kita juga boleh berbincang dengan Kerajaan Pusat untuk menentukan harga air supaya tidak naik untuk tempoh tertentu secara berkala. Jika mereka boleh buat demikian, Langat 3 pun boleh buat.
“Ia juga melibatkan janji kepada rakyat yang penggunanya (di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) yang melebihi 2 juta orang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Terima Kasih Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika di-minta mengulas kesediaan Kerajaan Pusat berunding mengenai tarif air yang mungkin tidak akan dinaikkan jika Langat 2 siap kelak.

Abdul Khalid berkata, jika benar Kerajaan Pusat bersetuju tidak menaikkan harga air, beliau juga berhasrat untuk
berbincang tentang harta Kerajaan Negeri bernilai RM10.5 bilion melibatkan pemilikan paip supaya diiktiraf untuk memudahkan pengurusan.

Mengulas mengenai kos pembinaan Langat 2 yang dikatakan lebih rendah berbanding perancangan Kerajaan Negeri sebelum ini, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan perlu memeriksa semula jumlah keseluruhan  kos pembinaan.

“Bukan kita tidak percaya, mereka juga kena lihat (jumlah kos keseluruhan) kerana Langat 2 bukan setakat loji pembersihan air, tetapi termasuk empangan yang dibuat di Pahang dan terowong sehinggalah  sampai ke loji,” katanya.

Mengenai dakwaan krisis air mungkin berlaku tahun depan, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri mempunyai cara memperbanyakkan lagi keluaran air terawat di setiap loji rawatan air sedia ada, dalam tempoh setahun.

“Kalau hari ini kita setuju Langat 2, ia akan siap dua tahun sekurangkurangnya.Kalau kata loji ‘overload’, sebab itulah kita hendak tukar Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana ada syarikat yang boleh tingkatkan lagi pengeluaran di setiap loji menggunakan ‘continuous membrane technology’. Kita akan adakan perbincangan,”  katanya.

Kelmarin, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengadakan Sesi Penerangan Mengenai Isu Air Selangor bagi memberikan penjelasan berhubung krisis air menjelang 2014 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, meminta supaya Kerajaan Negeri mengutamakan kepentingan rakyat dengan meluluskan pembinaan Langat 2 dan beliau sedia membincangkan kadar tarif air selepas projek itu selesai kelak.
Tidak wajar pertikai polis
Wartawan Sinar Harian
14 Julai 2012
Tidak wajar pertikai polis
Kamal Affendi
SHAH ALAM – Tindakan polis melepaskan tembakan kepada dua suspek dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, Isnin lalu tidak wajar dipertikaikan.

Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, tindakan polis itu bagi melindungi keselamatan orang awam di kawasan berkenaan, setelah rayuan dan perbincangan dengan pasangan terbabit tidak mendapat maklum balas positif.

Menurutnya, berdasarkan Seksyen 9, Akta Larangan dan Kawasan Larangan 1959, semakan 1983, mana-mana orang yang cuba memasuki atau berada di kawasan larangan atau tempat larangan tidak berhenti setelah dicabar tiga kali oleh pegawai berkuasa boleh ditangkap dengan kekerasan.

Katanya, kekerasan itu perlu untuk melaksanakan penangkapan dan boleh berlanjutan sehingga menyebabkan kematian dengan sengaja.

“Situasinya, mangsa telah dipujuk namun enggan berundur mendesak polis untuk bertindak.

"Tembakan dilepaskan bukan terus mengenai kepala mangsa, tetapi di bahagian ari-ari dan tangan. Mangsa juga bukannya meninggal dunia serta merta di tempat kejadian tetapi di hospital,” katanya.

Kamal Affendi berkata, penggunaan pistol elektrik dalam keadaan tersebut juga boleh mengundang kecederaan parah serta kematian.

Dalam pada itu, beliau menyarankan, adalah lebih baik ahli keluarga pesakit mental bertindak awal mendapatkan rawatan pakar bagi mengatasi masalah yang dihadapi anggota keluarga
Pelajar dicekup serumah dengan duda
Wartawan Sinar Harian
14 Julai 2012
Pelajar dicekup serumah dengan duda
Pasangan duda bersama pelajar yang dicekup, semalam.
AMPANG - Helah seorang lelaki mengaku sudah berkahwin dengan kekasihnya, seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) kepada pemilik kediaman disewanya, terbongkar selepas pasangan itu dicekup bersedudukan awal pagi, semalam.

Duda berusia 35 tahun itu didakwa menipu pemilik rumah tersebut dengan menyatakan dia sudah berkahwin, namun sebenarnya dia tinggal bersama teman wanitanya berusia 21 tahun di bilik sewa rumah berkenaan sejak  seminggu lalu.

Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah berkenaan pada jam 2.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju serta berseluar pendek sedang berselimut di atas tilam dalam bilik berkenaan,” katanya.

Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut.

KPN: Kenyataan Musa berhubung kadar jenayah bersifat peribadi

14 Julai 2012
Tan Sri Ismail Omar
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
KOTA SAMARAHAN - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyifatkan kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhubung kadar indeks sebenar jenayah di negara ini masih tinggi sebagai bersifat peribadi.
 
Beliau berkata kadar indeks jenayah di Malaysia masih lagi rendah berbanding negara lain di dunia dan statistik yang diperoleh merangkumi keseluruhan kes jenayah sebagaimana yang ditentukan di bawah indeks keamanan global (GPI).
 
"Bagi saya, itu pandangan peribadi beliau (Tan Sri Musa) dan beliau sebagai bekas Ketua Polis Negara tidak mendapat maklumat terkini berhubung statistik semasa," katanya kepada pemberita selepas perbarisan tamat latihan Sijil Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) SeMalaysia kali ke-8 di Universiti Malaysia Sarawak di sini.
 
Katanya memang diakui ada berlaku kes jenayah dalam negara namun keadaan terkawal.
 
Ismail berkata masyarakat umum tidak perlu bimbang kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memastikan rakyat di negara ini berasa selamat daripada ancaman penjenayah.

Musa, dalam temu bual yang dibuat bersama sebuah laman portal, berkata polis cuba menyembunyikan kadar sebenar jenayah di negara ini dan memaklumkan tahap keselamatan orang awam berada pada peringkat yang membimbangkan.
 
Bagaimanapun, baru-baru ini dilaporkan kes jenayah turun sebanyak 10.1 peratus kepada 63,221 kes antara Januari dan Mei berbanding 70,343 kes pada tempoh sama tahun lalu.
 
Dalam pada itu, Ismail berkata untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan PDRM ke tahap dunia, lebih banyak anggota yang berpendidikan tinggi akan diserap ke dalam pasukan itu, misalnya anggota Kor Suksis yang telah menamatkan pengajian.
 
Katanya PDRM kini mempunyai pelan lima tahun untuk mencapai matlamat pasukan polis yang berkelas dunia.
 
"PDRM sebenarnya telah mendapat banyak pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui beberapa penyertaan misi pengaman dunia selain turut menerima permohonan daripada beberapa negara untuk membangunkan sistem kepolisan di negara masing-masing," katanya. - Bernama

RAHSIA YANG MESTI ANDA TAHU.

SIAPAKAH SEBENARNYA : MUSTAPHA KAMAL ATTATURK !!!

Lepas BACA tolong SHARE , ramai lagi yang belum mengetahui perkara ini.

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk

(bekas PM Turki) :-

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

— with Ihtisyam I-syam,

Tiada ulasan: