Husam pertahan Naib Presiden, tolak timbalan Harakahdaily, 08 Nov 2013 KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa hari ini mengesahkan hanya akan mempertahan jawatan Naib Presiden PAS yang disandangnya dan menolak untuk pencalonan jawatan Timbalan Presiden.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, pengesahan penerimaan pencalonan itu baru sahaja dibuat sebentar tadi.

"Penerimaan untuk bertanding hanya jawatan Naib Presiden sahaja dan tidak jawatan lain adalah berpedoman kepada jumlah pencalonan terbanyak untuk saya adalah untuk jawatan tersebut.

"Saya menggagap itu adalah isi hati dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana mereka inginkan saya tempatkan diri saya," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawasan yang telah mencalonkannya.

"Semoga amal perjuangan kita diterima oleh Allah dan keutuhan PAS sentiasa terpelihara.

"Kepada  semua kawasan yang menaruh harapan kepada saya dengan pelbagai bentuk pencalonan yang mereka berikan, saya hargai dan berterima kasih," katanya.
IPT sukan: Exco Selangor sokong saranan MP PAS Harakahdaily, 08 Nov 2013 KUALA LUMPUR: Kerajaan pusat perlu mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) khusus untuk pembangunan sukan dalam usaha meningkatkan taraf profesionalisme ahli sukan atau atlet di Malaysia, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Beliau berkata pembangunan institusi sukan secara terancang memberi peluang kepada atlet negara meneruskan pelajaran di peringkat tertinggi, sekali gus menjadikan sukan sebagai industri penting yang memberi keuntungan kepada negara, lapor Selangirku.

Katanya, atlet juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam acara dan permainan diceburi secara lebih konsisten dengan kelengkapan fizikal dan saintifik yang lengkap melalui penubuhan IPT sukan itu.

“Kita juga dapat mendidik rakyat bahawa sukan bukan sahaja sekadar aktiviti sampingan tetapi membabitkan masa depan kerjaya yang baik dengan kelulusan sijil ditahap tinggi,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Beliau diminta mengulas usul yang dibentangkan Ahli Parlimen (MP) Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang mencadangkan supaya kerajaan pusat mewujudkan kolej universiti sukan bagi melahirkan atlet yang bukan sahaja maju tetapi berintelektual tinggi di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad Yunus turut mencadangkan kawasan Bukit Jalil dijadikan lokasi pembangunan IPT itu bagi mengurangkan kos pembinaan jika kerajaan pusat bersetuju.

“Mungkin pembangunan IPT pertama sukan negara juga boleh dibuat di Selangor selaku negeri yang menjadi tumpuan pembangunan di Malaysia. Kita juga mempunyai Stadium Shah Alam yang diiktiraf sebagai antara stadium terbaik di negara ini.

“Justeru, saya berharap kerajaan pusat dapat mempertimbangkan cadangan ini dan merealisasikannya, sekurang-kurangnya sebelum tahun 2020,” katanya. Maahad Tahfiz, Kafa Menengah setiap daerah Selangorku, 08 Nov 2013 BANGI: Kerajaan Selangor mensasarkan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah sekolah Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan sebuah Sekolah Kafa Menengah di setiap daerah di negeri ini.

Rancangan itu dibuat bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja memiliki ilmu duniawi untuk menjana kemajuan Selangor tetapi mempunyai pegangan agama yang mantap.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali, berkata sehingga kini kerajaan negeri sudah mewujudkan Maahad Tahfiz Intergrasi Sains di tiga buah daerah.

“Kita mahukan generasi yang mantap Al-Quran kerana itu adalah sumber ilmu yang akan membentuk pembangunan negeri dalam acuan yang murni, selain memiliki kepakaran ilmu sains dan teknologi dalam usaha menjadikan Selangor negeri maju.

“Kita komited melahirkan modal insan yang mempunyai gabungan kepakaran ilmu sains teknologi dan kemantapan pegangan agama kerana ini adalah proses perlaksanaan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu,” katanya pada Majlis Perasmian Kompleks Pendidikan Islam Bangi (KPi Bangi), di sini, hari ini.

Pembinaan KPi Bangi yang dianggarkan menelan kos RM2.7 juta itu turut menerima sumbangan RM240,000 dari kerajaan negeri dan selebihnya hasil sumbangan daripada orang perseorangan, masyarakat Bangi dan kutipan daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Penaung KPi Bangi, Dr Tajul Ariffin Noordin, berkata pihaknya masih memerlukan dana tambahan bagi tujuan pembinaan bumbung di Dataran KPi Bangi bagi kemudahan pelajar mengadakan pelbagai aktiviti.

KPi Bangi yang mempunyai sebuah bangunan tiga tingkat itu turut memiliki kelengkapan kemudahan asas serba moden seperti auditorium, dewan serba guna, bilik mesyuarat, bilik transit lelaki, bilik tasmi perempuan, makmal komputer, makmal Bahasa Arab, perpustakaan, bilik guru dan tiga buah kelas.

KPi Bangi turut menempatkan Sekolah Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (Taski), Sekolah Agama Kafa dan Sekolah Menengah Kafa Tahfiz (Faiz) itu mempunyai hampir 600 orang pelajar dengan dikendalikan 25 tenaga pengajar. Shout Award: Jangan sampai KJ kalah kepada Yuna Harakahdaily, 08 Nov 2013 KUALA LUMPUR: Malam esok, 9 November akan diadakan malam gemilang untuk menghargai bakat-bakat seni tanahair iaitu Shout Award 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil.

Shout Award tahun ini majlis kali keempat diadakan untuk menghargai penggiat seni daripada kategori muzik, tv, filem, radio, works dan social media.

Bagi penulis Shahbudin Husin, Shout Award tahun ini tidak banyak bezanya dengan pelbagai majlis yang serupa dengannya tetapi ia agak istimewa kerana seorang menteri iaitu Khairy Jamaluddin (KJ), yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia, turut serta bertanding untuk merebut salah satu daripada 17 kategori yang dipertandingkan.

Menurutnya, barang kali juga, ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia seorang menteri menyatakan persetujuan untuk turut serta bertanding merebut anugerah dalam acara hiburan tanahair.

“Jika dalam pertandingan malam esok, beliau menang dan mampu menewaskan pencabar-pencabarnya, glamournya mungkin terus berambah, tetapi bagaimana jika kalah?” tanya beliau di dalam blognya.

Tidakkah kekalahan beliau nanti akan merendahkan lagi martabat dirinya dan Pemuda Umno yang sedang dipimpinnya?

Lebih-lebih lagi jika nanti beliau bukannya kalah kepada Aaron Aziz, pelakon terkenal yang punyai ramai peminat dan pemuja itu, tetapi kecundang di tangan Yuna atau Sofea Jane pula.

Baca lagi
Dialog cinta Presiden Mursi dan isteri di penjara http://kerabubersuara.blogspot.com, 08 Nov 2013 Dialog Cinta Presiden Mursi dan Istrinya di Penjara November 8, 2013

Dr. Najla Mahmud baru saja mengunjungi suaminya, Presiden Muhammad Mursi, di penjara Burj Arab, Alexandria, Kamis (7/11).

Najla tidak dapat menutupi kebahagiaannya bisa bertemu sang suami kali pertama sejak kudeta 3 Juli lalu.

Pertemuan itu laksana hadiah tahun baru hijriyah.Namun, jiwa besar sepasang negarawan itu membuat pertemuan mereka bukan sekelas pertemuan pelepas rindu.

Luapan cinta Presiden Mursi yang sangat besar kepada rakyatnya membuat pertemuan mereka didominasi dialog cinta untuk rakyat Mesir.

“Aku pergi untuk memberikan dukungan kepada beliau. Tapi yang aku dapati tetaplah Presiden Mursi, seorang yang gagah dan tidak mengenal kalah,” kata Najla bercerita kepada televisiAljazeera, Kamis (7/11) sore, mengenai pertemuan dengan suaminya.

Presiden Mursi, lanjut Najla, menyampaikan pesan kepada rakyatnya agar tetap kuat dalam mempertahankan Revolusi 25 Januari. Rakyat jangan mau mengorbankan hasil-hasil revolusi itu.

Presiden Mursi menegaskan bahwa ia akan tetap mempertahankan revolusi hingga akhir nafasnya.

“Presiden Mursi bertanya tentang kabar rakyat. Beliau tidak berubah. Sama seperti yang dilakukannya saat memimpin negara. Bahkan beliau bertanya tentang harga sayuran.

Pertanyaan pertama beliau adalah ‘Bagaimana kabar rakyat Mesir?’” tambah Najla.Dari sekian banyak dialog cinta rakyat itu, Mursi tak lupa menyelipkan dialog cinta keluarga.

"Presiden Mursi juga memintaku agar sabar, kuat, dan tidak menyerah. Beliau tidak mengakui keabsahan pengadilan dilakukan atas dirinya." [IK/Ajz/Dkw/bsb]
Hit: 21 Laman Asal