Khamis, 8 Januari 2015

AGAK2LAH BERI KENYATAAN KITA MENTERI.....BANJIR ORANG TAK KELAUT SIBUK MENYELAMAT NYAWA DAN HARTA BENDA....IKAN YANG DIBELA MUSNAH ATAU HANYUT GITU AJE...SAYUR MUSNAH....ATAU ORANG TAK TANAM SAYUR SEBAB BANJIR...PENGANGKUTAN TERPUTUS KERANA BANJIR DLL....MAKA INI MENYUMBANG KENAIKAN KENAIKAN HARGA

Jakim siasat gambar persendakan solat
  • Gambar yang tersebar di media sosial Gambar yang tersebar di media sosial
1 / 1
PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyiasat gambar tersebar di media sosial yang menunjukkan sekumpulan lelaki seolah-olah mempersendakan ibadah solat.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha yang menyelar perbuatan itu berkata, ia adalah satu penghinaan kepada agama Islam.

“Kalau betul (mereka) Islam yang sudah tahu selok belok agama, bererti itu satu penghinaan. Kita sedang siasat perkara itu.

“Jika mereka masyarakat yang baru peluk Islam dan tidak tahu tata tertib tentang solat, itu kita boleh maaf. Sebab dia baru belajar, walaupun pakaian sebegitu,” katanya.

Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan enam lelaki seperti sedang solat berjemaah namun tiga daripada mereka tidak memakai baju sehingga mendedahkan pusat, seorang berseluar pendek di atas lutut, seorang seperti sedang menggunakan telefon bimbit dan
seorang lagi memegang rokok.

Kenyataan Media : 1MDB cirit birit

Dalam masa 5tahun 1MDB telah mendapat khidmat tiga orang pengarah eksekutif, tiga auditor dan dua pengerusi syarikat. Pertukaran pertukaran ini tidak melambangkan sebagai sebuah syarikat yang sihat, sebaliknya ia menunjukkan betapa runcing dan tenatnya 1MDB.
Sebagaimana Perdana Menteri yang menghadapi jangkitan E coli yang boleh membawa penyakit ciri birit 1MDB juga sedang mengalami cirit birit. Kebimbangan dan ketakutan saya cirit birit 1MDB mungkin akan berjangkit kepada Maybank dan RHB Bank. Kalau ini berlaku sudah pasti cirit birit 1MDB akan merayap kepada PNB dan KWSP kerana kedua institusi tersebut adalah merupakan pemegang saham terbesar dalam Maybank dan RHB Bank. Sudah tentu yang akan menerima kesannya ialah mereka yang melabur dalam saham amanah dibawah kelolaan PNB dan golongan pekerja yang mencarum dalam KWSP.
Ini bermakna  1Malaysia mengalami cirit birit daripada PM sampai kepada semua rakyat Malaysia. Cuma yang bezanya kumannya bukan E coli tapi cirit birit 1Malaysia kumannya ialah U corupsi (Umno corupsi). Satu suruhanjaya diraja perlu disegerakan untuk menyiasat ke akar umbi bagi mengenal pasti masalah apa yang terjadi pada 1MDB.


YB Dato' Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat.
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS.
Tidak logik ikan, sayur naik kerana banjir
  • Ismail Sabri Ismail Sabri
1 / 1
PUTRAJAYA - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan sebagai tidak logik alasan yang diberikan iaitu oleh kerana banjir, ikan dan sayur mengalami kekurangan bekalan, maka harganya terpaksa dinaikkan.

Beliau berkata, bekalan sayur adalah mencukupi kerana negeri di pantai timur yang terjejas banjir bukan merupakan pengeluar utama sayur negara.

"Negeri pengeluar sayur ialah Selangor, Perak dan Johor yang menyumbang antara 60 hingga 70 peratus daripada pengeluaran sayur negara. Di Perak pun bukan semua kawasan dinaiki banjir.

"Sementara ikan pula, selain banjir, nelayan memang tidak turun ke laut semasa musim tengkujuh pada bulan Disember. Manakala nelayan di pantai barat masih menangkap ikan," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan kenaikan mendadak harga ikan dan sayur di seluruh negara sejak minggu lepas yang dikatakan berpunca daripada kekurangan bekalan akibat banjir.

Sehubungan itu Ismail Sabri menggalakkan pengguna membeli sayur dan ikan yang dijual pada harga murah di 556 pasar tani di seluruh negara bagi memberi tekanan kepada pemborong dan peniaga untuk menurunkan harga.

"Kementerian telah membuat persediaan awal setiap hujung tahun dengan mengharamkan eksport ikan pilihan rakyat seperti kembong dan selar ke luar negara sejak Oktober lepas, untuk dibeli oleh Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan disejuk bekukan.

"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) juga mengimport 20 peratus daripada bekalan sayur dalam negara untuk dijual di pasar tani," katanya.

Beliau turut melancarkan misi sukarelawan pasca banjir Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke negeri terjejas banjir bagi menjalankan kerja pembersihan.

Sebanyak 2,900 sukarelawan digerakkan dalam misi itu sebagai tambahan kepada 2,100 sukarelawan yang digerakkan sejak banjir berlaku. - Bernama
















11:00AM - 7 Jan 2015

Media Thai: Najib membeli-belah, main golf


Laporan akhbar Thailand, The Bangkok Post menyebut bahawa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke ibu negara jiran itu pada hujung minggu lalu adalah “lawatan peribadi” untuk berehat dan beriadah.

Laporan memetik sumber yang dekat dengan rakan sejawat Najib, General Prayut Chan-o-cha yang menyebut bahawa lawatan berkenaan bukan kunjungan rasmi.

Menurut sumber tersebut, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor “pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap di Hotel Shangri-La” semasa lawatan ke Thailand pada 2 Januari.

Najib bagaimanapun membuat “perbincangan tidak rasmi” dengan Prayut selama 90 minit di kediaman jeneral terbabit.

“Perdana menteri Malaysia terpaksa menulis twit bahawa beliau makan tengahari dengan Jeneral Prayut untuk menyatakan perhargaan kepada Thailad kerana menderma 500 tan beras untuk membantu mangsa banjir Malaysia dan bertukar pandangan mengenai penyelesaian masalah banjir dan pemulihan.

“Ini dilihat sebagai usaha untuk mengelakkan kritikan mengenai kunjungannya. Thailand tidak mendedahkan berita mengenai kunjungannya ini kerana ingin menjaga tertib memandangkan beliau bercuti di sini,” kata sumber tersebut seperti dikutip The Bangkok Post.

Kehadirannya di Thailand bagi tujuan tersebut, dan juga kemunculan Rosmah di negara berkenaan menimbulkan persoalan mengenai penggunaan jet Malaysia - pesawat Airbus A319 dengan tanda panggilan 9M-NAA.

Najib dan anggota keluarganya berlepas ke Hawaii dengan pesawat tersebut pada 20 Disember.

Beliau seterusnya bergegas pulang ke Malaysia apabila timbul kritikan meluas mengenai percutian dan permainan golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika tanah air dilanda bencana banjir buruk.

Najib dilaporkan menaiki pesawat komersial dari AS ke Hong Kong dan kemudiannya dijemput dengan sebuah lagi pesawat kerajaan – dan seterusnya mendarat di Kelantan, negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir pada 27 Disember.

Sementara itu, pesawat Airbus A319 yang digunakannya ke AS itu dikesan membuat persinggahan di beberapa lapangan terbang di Los Angeles, Indianapolis, New York, London, Dubai dan Bangkok.

Pesawat itu mendarat di Bangkok pada hari Ahad lalu.

Pejabat Perdana Menteri menjelaskan bahawa pesawat tersebut tidak digunakan oleh keluarga Najib tetapi mengalami masalah teknikal.

PMO bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai persinggahan di bandar-bandar utama tersebut, sehingga tiba di KLIA dari Bangkok

Tiada ulasan: