Tuesday 19 April 2011

* TIP MENYELAMATKAN DIRI


Tips Menyelamatkan Diri
  • Dalam keadaan yang dipenuhi asap, anda boleh menyelamalkan diri dengan cara merangkak dan pastikan kepala anda berada di ZON SELAMAT untuk bernafas, iaitu di bahagian satu hingga dua kaki (30 hingga 60 cm) dari paras lantai di mana pada tahap ini udaranya bersih.
  • Sekiranya anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu anda hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintu dan tombol terasa panas, jangan buka pintu dan carilah jalan keluar alternatif. Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Sebaliknya jika asap dan haba mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan gunakan jalan keluar alternatif.
  • Sekiranya anda terperangkap, hubungi pihak Bomba dengan segera. Maklumkan kedudukan anda. Tutup ruang di bawah pintu dengan menggunakan selimut, cadar, tuala dan sebagainya bagi mengelakkan asap masuk ke ruang bilik.
  • Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap anda. Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bawahnya. Sekiranya asap masuk ke dalam bilik, tutup tingkap dengan segera.
Tiada satu pun bangunan yang benar-benar selamat. Walaupun bilik asrama atau rumah anda diperbuat dari konkrit, ianya dapat menghasilkan toksik yang berpunca dari api yang kecil.





Terakhir dikemaskini pada Khamis, 01 April 2010

No comments:

Post a Comment