inilah aku..

Saturday, July 28, 2012

Firus Academic Consultancy & Training (F.A.C.T)

   
                                      ❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Firus Academic Consultancy & Training (F.A.C.T) merupakan sebuah pusat tuisyen yang berfokuskan pendidikan ala sekolah khas buat mahasiswa/i institut pendidikan tinggi. Mula beroperasi pada awal 2011 bagi memenuhi manifesto Saudara Mohammad Firros Bin Rosool Gani (129656) sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar UUM 2011/2012.Bermatlamat bagi membantu mahasiswa/i Muslim dan bukan Muslim dalam matapelajaran teras Matematik dan Perakaunan terutamanya bagi mereka yang tiada asas(basic) yang baik dalam subjek Matematik Tambahan dan Prinsip Perakaunan di peringkat SPM/STPM/Matrikulasi atau/dan di peringkat Diploma. 

Alhamdulillah, kini Firus Academic Consultancy & Training (F.A.C.T) mula melangkah menghampiri tahun kedua penubuhan dengan memberi fokus kepada lima subjek teras di Universiti Utara Malaysia iaitu:
1) SQQM 1023 : Managerial Mathematics
2) SQQS  1013 : Elementary Statistics
3) SQQS  2013 : Applied Statistics
4) BJQK  1013 : Mathematics for Technology
5) BKAL 1013  : Business Accounting

Semua tutor dan pelajar akan dikenali sebagai Crew F.A.C.T. Semua kelas yang dijalankan bertempat di Pusat Kegiatan Pelajar 2 (PKP 2) bersebelahan Varsity Mall dan Pusat Budaya dan Seni (PBS UUM). Kelas akan diadakan seminggu sekali bermula jam 8.30pm hingga 11.00 pm. Yuran bulanan yang dikenakan sebanyak RM 18.00 termasuk mata sira,cenderamata dan edaran berkaitan mata pelajaran. Namun segala ketetapan masih boleh dirunding.

Buat pertama kali bagi mendukung konsep kebajikan, pelajar yang masih belum mendapat pinjaman PTPTN boleh menanguhkan pembayaran yuran sehingga pihak PTPTN mengkreditkan wang tersebut dalam akaun pelajar.

Kaedah atau mode pengajaran dan pembelajaran (P&P) Firus Academic Consultancy & Training (F.A.C.T) ialah sangat unik kerana tutor setiap kelas akan membantu Crew F.A.C.T bagi menyiapkan assingment dan tutorial yang sudah tentu membawa markah yang banyak di dalam course work setiap mahasiswa/i. Tutor juga terdiri daripada mahasiswa/i UUM yang mahir dalam subjek yang mereka bimbing. Maka,hubungan antara Crew F.A.C.T diyakini akan menjadi lebih mesra,santai dan menyeronokan.

Selain itu terdapat beberapa aktiviti lain yang mula diberi tumpuan oleh pengurusan Firus Academic Consultancy & Training (F.A.C.T) seperti kursus motivasi,memanah,berkuda,kenu,go-kart dan sebagainya, InsyaAllah.

Semoga Firus Academic Consultancy & Training (F.A.C.T) terus maju jaya dan dapat membantu kecemerlangan mahasiswa/i UUM terutamanya pelajar Bumiputera dalam memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang di samping memperolehi kecemerlangan dalam bidang bukan akademik, InsyaAllah.

                           ~~~~Together We Expand The Culture of Iqra'~~~~

Cikgu Firus Fairuz
Pengarah Urusan
Firus Academic Consultancy & Training (F.A.C.T) 
H/P: 013-7270058 FB: Firus Fairuz

Sunday, January 1, 2012

PERMATA YANG DI CARI…..



❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•
Assalamualaikum semua.....
Setelah berbulan2 tak hidupkan blog saya nie,harinie tergerak untuk post.Terlebih dahulu nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua. Tatkala kita sibuk menyambut 1 Januari 2012,jgn lupa pada hari yang sama kita menyambut 7 Safar 1433 Hijrah. Syukur Alhamdulillah kita masih diizinkan tuhan menjejakan  kaki di 2012,tahun depan belum tentu kan ???
PERMATA YANG DI CARI…..
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu 
Kali nie saya nak post mengenai,JODOH…Jodoh satu anugerah tuhan yang tidak ternilai,tak semua dapat bertemu jodoh yang benar2 bertepatan dengan diri mereka.Tapi bukan ke Semua jodoh Allah yang tentukan,Ya memang benar tapi adakah kita perlu menunggu sahaja jodoh tue sampai kepada kita ??? Not at all !!!! Kita perlu mencari jodoh kita sendiri,kite jugak perlu sentiasa berdoa kepada tuhan agar jodoh kita adalah yang terbaik buat kita dan kita juga harus menjadi yang terbaik buat pasangan kita.

……. , . – . – , _ , …….simpan mawar
……… ) ` – . . ‘ `( …….yang kuberi
…….. / . . . .`\ . . \ ……..harap wanginya
…….. |. . . . . |. . .| ……mengukir di hatimu
……… \ . . . ./ . ./ ………
……….. `=(\ /.=` ………sudikah dirimu
…………. `-;`.-’ …………untuk mendekatiku
…………… `)| … , ……..mengenali diriku
……………. || _.-’| ……..
…………. ,_|| \_,/ ……..dalam mencari cinta ABADI
……. , ….. \|| .’ …………berjuang bersama demi REDHA ILAHI
……. |\ |\ ,. ||/ ………….sudikah dirimu
…. ,..\` | /|.,|Y\, …………
….. ‘-…’-._..\||/ ………….moga takdir ini
……… _.-`Y| …………..ketetapan ini
………….. ,_|| ……………adalah yang terbaik buat kita
……………. \|| ………..
…………….. || ……….berdoalah selalu
…………….. || ………..moga ia milik kita bersama
…………….. |/ ……terlerai dengan janji yang HALAL..
Sebagai lelaki saya amat tahu,kebanyakkan lelaki nak isteri yang tertudung,beriman,hormat orang tua,pandai masak dan kemas rumah,rupa cukuplah sekadar sejuk mata memandang. Tapi kadang2 mereka terlupa sebagaimana lelaki nak wanita yang baik dan bertanggungjawab,begitu jugak lah sebaliknya(vice versa) kaum hawa pun nak kita bertanggungjawab keatas mereka….InsyaAllah saya nak jadi seorang teman hidup yang bertanggungjawab,penyayang dan yang paling utama menghormatinya sebagai seorang isteri dan juga keluarganya sebab Nabi S.A.W begitu sayang akan isterinya.
Rasulullah saw pernah tunjukkan dalam 1 kisah macam mane dia ni seorang suami yang hebat.

Kebetulan 1 malam baginda balik lewat sedangkan Aisyah dah tertidur semasa menunggu kepulangan nabi. Bila nabi sampai rumah, nabi tak sampai hati nak kejutkan Aisyah untuk buka pintu lalu tidur di depan pintu luar rumah. Apabila Aisyah sedar, Aisyah cepat2 buka pintu kalau2 nabi dah pulang. Alangkah terperanjatnya bila dia lihat nabi tidur di luar. Dia kejutkan nabi dan minta maaf sebab tak sedar yang nabi dah pulang. Tapi Rasulullah pun minta maaf sebab balik lewat malam tu....Tengok romantik kan????




Sekarang saya di semester  7 di Univ Utara Msia,tinggal satu semester lagi.Sebagai seoarang lelaki saya lebih suka cari jodoh sendiri,bukan sebab ape?Just saya nak kenal dulu pasangan saya sebelum mengambilnya menjadi menyeri hidup InsyaAllah hingga ke syurga Allah..Tapi mungkin ramai salah anggap,sebelum kawen kene kapel…Maaf saya tak setuju,mungkin orang lain tapi saya kurang minat bab kapel2 nie,tp nak kenal rapat….Ada beza tue!!! kapel nie macam dah ada ikatan,bile terpakse berpisah mula lah “frust menonggeng”,hehehe, Kalau kenal mungkin kita sedih tapi kita still boleh terima kenyataan,InsyaAllah…
Bagi lelaki,jangan cari pasangan yang cantik jer…Cantik tue tak tahan lama….Ape guna lawa tapi tak jaga perangai and tak solat ??? Bila dia tak solat,and anda pun tak boleh nak tegur(kononnya sayang lah kan ??) secara automatiknya anda dah tanggung dosa dia…Sanggupkah ???? Kalau tak geti masak tue boleh blaja lagi,no hal…kalau saya lah,saya nak blaja masak cikit2,at least boleh masak tok my lovely future wife time dia tak sihat or time dia pregnant kan????hehehe…
Lelaki pulak,sudah bersediakah kita memikul tanggungjawab sebagai seorang suami ??? Kene jadi imam solat kat rumah…Biasa tak jadi imam???? Kalau tak,surau banyak kat UUM nie,biasa2kan lah erk…Tak cukup g kursus kawen jer…

InsyaAllah,saya akan cuba bimbing isteri saya nanti slow2…kalau boleh sebelum bernikah lagi,walaupun ilmu kita tak seberapa tp tak salah kita cuba mendalami ilmu dan berkongsi bersama keluarga kita kan? Kalau kita bagun solat subuh,InsyaAllah isteri kita pun akan bagun solat sekali wpun dia bukan jenis bgun awal…
Kalau yang dah kapel tue,cuba didik pasangan slow2,yang perempuan jgn bagi laki pegang tangan suka2,kalau nak betul2 suruh masuk minang cepat2….Ingat kalau kamu sayang pakwe kamu jgn bg dia sentuh kamu,kesian dia kene tanggung dosa menyentuh bukan mahram….Kate sayang kan????
Akhir kate,buat lelaki dan wanita yang bakal bertemu jodoh masing termasuk saya,InsyaAllah…Jadi lah yang terbaik buat pasangan(suami/isteri) anda dan seringlah berdoa agar anda mendapat jodoh yang terbaik kearah membina keluarga sakinah yang menuju ke syurga Allah..
Di kesempatan ini sya juga nak doakan dua orang coursemate saya akan mendirikan rumah tangga lepas final nie...Zati dengan Mayuzie,lepas nie dah takleh gurau lebih2 nanti ade orang marah,hehehe...Moga kamu bahagia bersama pasangan hingga ke syurga,InsyaAllah...

Buat dikau yang akan menjadi jodohku,InsyaAllah…Akan ku cuba jadi yang terbaik buatmu,meskipun ku tahu aku bukannya sempurna. Akan ku cuba membalas kasih sayangmu dengan secebis hati ini bagi menuju cinta yang diredhai Allah,InsyaAllah..WELCOME TO MY LIVE =)

Sunday, July 31, 2011

Marhaban Ya Ramadhan....

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 183)


SELAMAT BERSAHUR DAN BERPUASA BUAT SEMUA....
Assalaamualaikum w.b.t…..  Kali ini setelah lama menyepi saya mahu berkongsi pengetahuan tentang kelebihan Ramadhan Al-Mubarak... Sebagaimana kita tahu, terlalu banyak kematian sekarang ini kerana penyakit dan ramai di kalangan mereka mati ketika di usia muda lagi. Antara pembunuh2 utama seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya berpunca kebanyakannya dari pemakanan kita sendiri.  Sesuailah dengan hadith nabi yang bermaksud , “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“.



Sedikit fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa :
  • Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.
  • Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.
  • Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
  • Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.
  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.
  • Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
  • Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.
  • Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya:Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.
  • Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.
  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.
  • Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka. Justeru marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal.
Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

Monday, May 2, 2011

SeLaMaT HaRi GurU ciKgU FiruS

 SELAMAT HARI GURU CIKGU


16 MEI
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua....

Kawan2..semua sihat????harap2 semuanya sihat,selamat dan sejahtera di bawah perlindungan Ilahi..Setelah berbulan-bulan tak post pape,malam nie tibe2 nak post..sekarang jam kat laptop dah 3.45pg remind aku tok tidor,esok dah lah kene wat Microteaching Math dalam bentuk video pukul 10.30 pg...Harap tak lah tidor mati pas subuh karang...Ok!!!! Berbalik kepada mauduk utama blog saya malam nie... InsyaAllah 29 Mei nie kene lapor diri sebagai Guru praktikel kat satu sekolah yang agak tersohor namenyer di Pulau Pinang. Sekolah tersebut ialahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh mcm yang korang dapat lihat di atas SMK Agama Al-Irshad!! Dulu time form 3 dulu,teringin sangat nak masuk nak masuk sekolah menengah agama,tapi tak dapat sebab tak ambik Bahasa Arab dulu..huhuhu...(tak terror Arab sebenarnyerrr) sekolah idaman aku mase tue ialah SMK Agama Bandar Penawar,antara sekolah paling top kat Johor..Kalau korang semua nak tau(kalau aku tak silap laa) kumpulan nasyid U.N.I.C sekarang merupakan ex-student sekolah tue dulu....Dah lah aku nie peminat fanatik nasyid,tak kisah r nasyid M"sia ker Indon ker atau Inggeris..

SMK(A)Bandar Penawar,Kota Tinggi,Johor....Sekolah Idaman Ku dulu..

So tak sangka Allah nak beri rezeki kat aku,tak dapat jadi student sekolah agama,dapat jadi Cikgu sekolah agama pun ok gak kan...Mane tau kan kalau memang ada jodoh dengan ustazah..hehehe=)

Sedikit sebanyak tentang SMK (A) Al-Irshad....

Nama sekolah ini asalnya diambil dari nama Madrasah Irshadiah iaitu sebuah sekolah agama rakyat yang terletak di Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai di bawah kelolaan Qadi Tuan Haji Majid Bin Haji Ahmad dan adiknya Tuan Haji Shafie serta dibantu oleh beberapa orang guru termasuklah bekas Qadi Besar Pulau Pinang, Allahyarham Tuan Haji Ahmad Maliki dan Tuan Haji Yusuf Helmi Bin Haji Shafie. Sekolah ini dibina pada tahun 1936, hasil kutipan derma orang ramai.

Nama Sekolah telah ditukar kepada SMKA Al-Irshad apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil alih pentadbiran sekolah ini pada tahun 1977 bersama-sama 14 buah sekolah lagi sekolah agama di seluruh Semenanjung Malaysia.

Terdapat 5 kelas setiap tingkatan kecuali tingkatan satu, dua, 6 rendah dan atas. Kelas-kelas tersebut ialah:
Al Farabi Al Radzi Ibnu Rushd Ibnu Sina Ibnu Khaldun Az Zahrawi (tingkatan 1, 2 & 3) Ntah dapat ngajar kelas mane,wallahualam??????hehehehehe

Nie pulak lagu lagu sekolah..Kene cube hafal,maklumlah kene nyanyi lebih kurang 10 kali nanti..hehehe

LAGU SMKA AL-IRSHAD
Al-Iman, Al-Iman asasunnajah,
Demi kejayaan bangsa,
Kami bersyukur pada yang esa,
Memberi nikmat tak terhingga.
Al-Iman, Al-Iman asasunnajah,
Demi islam tercinta,
Kami berjanji akan berusaha,
Untukmu ma'ahadul irshad.
Dugaan hidup kan ku tempuhi,
Berkat tabah iman di dada,
Tegakkan syiar panji-panji islam,
Tegar hadapi cabaran.

Dulu mule2,bukan nak sekolah kat sini,awal2 dulu pilih SMK(A) Baling...sekolah agama gak,hehehehe,tapi atas sebab risiko keselamatan(takot gred jatuh..kahkahkah)so tukar sekolah pada saat2 akhir..Nasib baik dapat...nie logo sekolah die....

SMK(A) Baling
Di antara Matematik dengan Prinsup Perakaunan



versus









Diantara dua subjek nie...tak tau lah pengetua nak aku ajar ape...Ikot jurusan kene ajar Prinsip Akaun,tp kalau boleh nak elak sebab tak pernah blaja dalam kelas pun even sekali,so tak tau flow yang betul untuk belajar dan mengajar...Kalau dapat ajar Math ker Sejarah ker atau Pengajian Perniagaan tingkatan 6 memang syukur sangat2,memang menjadi idaman sepanjang zaman tok ajar subjek2 tue...

Gred Latihan Mengajar nie tersangat penting...cuba bayangkan 15 jam kredit...kalau Allah beri aku rezeki dapat A+( InsyaAllah) 15 x 4.00 = 60....Banyakkkkkkkkkk tuuuuuuueeeeeeeeeeee!!!!!!!Moga Allah berikan aku peluang tersebut....Amiiin

Apepun,bukan gred yang menjadi ukuran utama tapi pengalaman itu yang berharga...Bagi aku jika student kita dapat sedikit ilmu yang berguna dan melalui ilmu yang kita bagi tue dia berjaya...Disitu lah terciptanya kejayaan seorang GURU...Cukuplah sekadar student tue cakap TERIMA KASIH CIKGU(tak cakap pun takpe sebenarnya...sebab bagi ilmu kene ikhlas kan?????)

Nie mungkin post terakhir sebelum daftar sekolah and sebelum final..Sem nie agak besar gak dugaan sebab amat bizy dengan tugas sebagai pemimpin mahasiswa(MPP),paper akaun paling risau..



JADUAL FINAL SEMESTER ENAM KU...

08 Mei 2011 : Math Teaching Method
09 Mei 2011 : Principle of Taxation (risau...)
11 Mei 2011 : Financial Accounting & Reporting 4 (teramat risau....)
14 Mei 2011 : Managerial Mathematics
24 Mei 2011 : Linear Algebra


YA ALLAH PERMUDAHKANLAH URUSANKU BAGI MENDAPATKANNYA..AMIIN


tolong doakan saya erk kawan2 agar sumenyer ok..Moga anda semua juga cemerlang dunia akhirat,InsyaAllah..

Akhir kata(tulisan) nak tinggalkan kawan2 dengan sajak karya Usman Awang yang perlu setiap guru tue hayati dalam hidup mereka selama mereka bergelar sebagai seorang PENDIDIK.....


:. SAJAK GURU OH GURU : USMAN AWANG 1979 .:

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Terima Kasih...Wassalammm..








Saturday, February 19, 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.....



بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia sahabat-sahabat mahasiswa yang dikasihi,saya salah seorang warga Universiti Utara Malaysia yang menjadi calon Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Utara Malaysia kali ini yang bakal menjelang pada 22 Februari 2011.Berikut ialah sedikit coretan tentang saya buat tatapan rakan-rakan siswa-siswi sekalian...

NAMA : MOHAMMAD FIRROS BIN ROSOOL GANI
MATRIK : 129656
NOMBOR CALON MPP 2011 : 03
KATEGORI :UUM CAS

NAMA PANGGILAN : FIRUS / FAIRUZ / CIKGU
KAMPUS : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA(UUM),SINTOK
JURUSAN : SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PERAKAUNAN)-minor dalam MATEMATIK
DPP ASAL : YAYASAN ALBUKHARY (YAB)
DPP SEMASA : PERWAJA
ASAL : MERSING,JOHOR
SEMESTER : 6 ( TAHUN KETIGA )
EMEL : firus_786@yahoo.com
JUMLAH SIRA SEHINGGA 5/2/2011 : 50
PEGANGAN HIDUP:
"Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum, bila kaum itu tidak mahu merubah nasibnya sendiri"..

PENGALAMAN PENGLIBATAN DI KAMPUS

Yang Di-Pertua(YDP) 
Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) sesi 2010
Bendahari
Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) sesi 2009



Timbalan Yang Di-Pertua 
Badan Kebajikan PALAPES (WELBOARD) sesi 2010
Reserve Officer Training Unit(ROTU)



Pegawai Memerintah Kadet ( Commanding Officer Cadet- C.O.Cadet ) 
PALAPES LAUT UUM sesi 2009/2010




Ahli
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM UUM)  



MANIFESTO PILIHAN RAYA KAMPUS(PRK) KU

Rakan-rakan mahasiswa/siswi sekalian...jangan ingat saya nie ahli politik pulak bila cakap nak bagi manifesto.Sekadar mahasiswa biasa. Jika saya berjaya diangkat oleh anda sebaagai wakil pelajar Universiti Utara Malaysia dengan izin Yang Maha Kuasa saya akan cuba memperjuangkan kebajikan anda semua. Mungkin manifesto saya tidak sekuat manifesto calon-calon yang lain,namun bagi saya lebih baik kita memperjuangkan masalah pelajar yang kecil dan lebih realistik untuk dicapai berbanding hanya sekadar "bercakap kosong". Hal ini tidak bermakna saya hanya akan menumpukan perhatian pada manifesto saya semata-mata. Masalah pelajar sentiasa ada dan saya bertanggungjawab memberi perhatian kepada masalah anda semua. Berikut adalah manifestasi saya jika mendapat mandat dari rakan-rakan mahasiswa/siswi sekalian:


    1) Saya akan berusaha semampu mungkin agar laluan pejalan kaki Perpustakaan-Varsity Mall dinaik taraf.
    •  Untuk pengetahuan semua,laluan pejalan kaki yang menghubungkan Perpustakaan  Sultanah Bahiyah(PSB) dengan Mall dibina bagi memudahkan pelajar bergerak ketika panas dan hujan. Namun jika hujan lebat menimpa,laluan tersebut akan ditenggelami air dan menyukarkan pergerakan. Maka saya akan cuba membawa perkara ini supaya laluan itu dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada mahasiswa/siswi Universiti Utara Malaysia. 
    2) Saya akan berusaha semampu mungkin agar satu kelas intensif dibuka untuk mahasiswa bagi subjek-subjek tertentu.
    • Sebagai seorang mahasiswa yang InsyaAllah bakal bergelar guru,juga salah seorang fasilitator TITAS UUM,saya amat menyedari kepentingan pendedahan berterusan tentang sesuatu ilmu agar  ilmu itu dapat dikuasai. Maka saya bercadang untuk menubuhkan kelas intensif secara percuma/bayaran minimum kepada pelajar yang berminat meliputi skop kecemerlangan peperiksaan mid-sem dan final.Sesuatu yang menarik disini,kelas itu akan dikendalikan oleh pelajar sendiri. Malah saya secara peribadi sudah mempunyai niat untuk membuka kelas intensif bagi subjek "SQQM 1013 Matematik Pengurusan" dimana saya mengambil subjek itu semester ini sebagai elektif bebas.

    3) Saya akan berusaha semampu mungkin agar sistem yang melayan pelajar seperti murid "Sekolah Berasrama Penuh UUM" diperbetulkan.
    •  Sejak kebelakangan ini,amalan melayan mahasiswa seperti pelajar sekolah berasrama penuh makin menjadi-jadi terutamanya di DPP-DPP tertentu. Malah saya sendiri merasa kecewa apabila pihak DPP mengetuk pintu pada 12.30 pagi menyuruh semua pelajar turun dan beratur di bawah mengikut nombor bilik dan kemudian mengambil kedatangan. Pelajar yang tiada dikehendaki memberi alasan dan perlu melaporkan ketiadaannya terlebih dahulu kepada ketua blok. Proses mengambil kedatangan ini mengambil masa dari 1-2 jam. Hal ini sudah pasti menyusahkan dan menggangu masa rehat/ulangkaji mahasiswa.Saya sebagai seorang Pegawai Kadet Palapes yang sudah terbiasa dengan sistem pentadbiran Rejimental boleh menerimanya,tetapi bagaimana pula dengan yang lain????
    4) Saya akan berusaha semampu mungkin agar masalah posting,biasiswa pelajar pendidikan UUM dibawa ke pihak atasan.
    • Saya sebagai mantan Yang Di-Pertua PENDIDIK akan berusaha untuk membawa masalah-masalah pelajar pendidikan seperti lewat posting dan masalah Biasiswa Perguruan Persekutuan supaya pelajar pendidikan UUM tidak tersisih berbanding pelajar pendidikan UPSI dan lain-lain.
    5) Saya akan berusaha semampu mungkin agar lain-lain kebajikan mahasiswa diambilkira dari masa ke masa.
    •  Hal ini termasuklah masalah bas UNIC. Saya juga seorang pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Sering berebut menaiki bus bersama lelaki dan perempuan,demi niat murni menuntut ilmu siswi-siswi sudah tidak kisah berasak-asak dengan lelaki untuk menaiki bus. Sampai bila perkara ini harus berlanjutan????Namun secara ikhlas saya tidak mahu berjanji apa-apa kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Walaubagaimanapun,saya tetap akan berusaha,InsyaAllah...


    Akhir kata buat rakan-rakan sekalian,saya sedar menjadi seoarang pemimpin itu bukan mudah...Bukan sahaja perlu menghadapi pertanyaan di dunia malah di akhirat juga. Segala usaha saya dalam menjaga kebajikan mahasiswa/siswi Universiti Utara Malaysia saya sandarkan dengan izin Allah semata-mata.Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang tentukan !!! Harap rakan-rakan akan berkongsi pendapat/cadangan di laman blog ini. Saya hanya manusia biasa yang memerlukan tunjuk ajar anda semua.Sekian Wassalam...

    KEPADA ALLAH AKU BERSERAH !!!!

    Sunday, January 30, 2011

    Latihan Lanjutan Palapes Laut Malaysia 2010...Satu Kenangan..


    pas turun kapal KD Lekiu.
     Assalamualaikum and Selamat Sejahtera buat semua....agak lame gak tak post entry,bukan sebab ape..kat rumah takde broadband,wife,stremix dan rakan2 yang sewaktu dengannya..Malas pulak nak beli..
     Malam nie saya nak kongsi satu perkara dengan semua.Nak crite tentang pengalaman menjalani latihan Palapes Laut Malaysia 2010..Insya Allah yang terakhir bagi aku sebagai pegawai kadet...kalau ikot tahun depan pun sebagai Leftenan Muda Mohammad Firros PSSTLDM lah...

    bukan senag nak masuk sini sebenarnyer..


    Sebenarnya nie kali kedua saya ikot ACT nie..tapi kali nie agak tension cikit sebab habis last exam 13 Disember,14 Disember kene lapor diri kat KDSI 1 ataupon name panjang die Kapal Diraja Sultan Idris Pertama,kat Pangkalan TLDM Lumut,Perak...Sampai kat sana terus tukar pakaian sukan rasmi di sana..baju sukan putih,seluar biru gelap/hitam,kasut putih...pas tue kami dipecahkan ikot divisyen dan aq masuk divisyen Zain Alpha,sekali dengan geng2 navy UTM,UM,UMT,UiTM..memang best r geng kitorang nie...
     Banyak gak aktiviti yang kitorang wat kat sana...boleh r coretkan kat sini..tiap2 hari kene bangun seawal 4 pagi(tue pon kalau tak bertugas arr..),pkul 5 pagi kene turun untuk latihan jasmani(PT)sampai pukul 6 pagi..mase nie kadang2 lari pusing base dalam 5/6 kilometer,tak pon wat latihan biasa jerk...habis je PT terus balik mandi dan bersiap tok g solat subuh berjemaah..tp kat sinie kitorang kene g solat pakai baju melayu hitam cekak musang lengkap bersamping + kasut kulit hitam + songkok hitam..dari asrama(mess) pegawai kadet kitorang g surau berkawad..kalau orang awam tgok mesti pelik tp macm nie lah rutin harian Pegawai Dalam Latihan(officer under training)TLDM...Habis sembahyang sarapan pagi tapi sebelum tue setiap divisyen kene cukup anggota dan lapor kepada yang bertugas nak avoid ada yang tak bangun tidor or sakit dsbg.Kat sana makan sentiasa guna sudu garpu,makan guna tangan diharamkan sama sekali..habis makn je,terus kawad balik mess tukar baju untuk next activity...Antara aktiviti yang kitorang buat: lawatan dan latihan ke kem komando TLDM yang dikenali sbg PAsukan Khas Laut(PASKAL),Latihan mengawal kebakaran dan kebocoran kapal,kelas multimedia,boating(kenu dan perahu layar),dan banyak lagi lah..
    perahu layar TLDM
    latihan melawan kebakaran..

    dengan abang2 PASKAL
    Balik je,terus g makan then bersiap tok Evening Activity atau senam petang...yang nie pon macm senam pagi gak keje belari jer,kadang2 main bola tampar and ujian kecergasan fizikal...start pkul 6 memang waktu yang paling dibenci semua..kene bersihkan bilik dan tandas..bersihkan tandas bukan senang,kene basuh then kene kesat guna surat khabar sampai kering alasan die kat tandas dalam kapal takboleh basah takot penyakit merebak..bilik kene kemas,cadar mesti kaler putih,takleh kotor,bkedut atau renyuk..so biasenyer kitorang akn iron tilam pas pasang cadar tiap2 ari..pas pukul 8 akan ade spotcheck,kitorang sume kene berdiri sebelah katil masing2 sampai semua bilik habis diperiksa...kadang2 kene bdiri tgak sampai 2 atau 3 jam..memang lenguh kaki r..
    habis cek dalam pukul 10/11 malam,beratur g makan then balik tidur,sape pon tak dibenar bukak lampu pas 12 t/malam selepas visel pipe down ditiup...esoknya bgun pkul 4 pagi semula,mcm tue lah rutin kitorang selama lbh kurang seminggu.


    reipeiling

    ZAIN ALPHA & ZAIN BRAVO
    berlari beramai-ramai ke stadium..
    pulang semula ke Johor dgn geng2 UTM..tq guys

    time balik tumpang bus UTM,save duit balik johor (RM 74.10 jadi kurang dari RM 20.00,..Ahamdulillah..)after semalaman dok kat UTM aq pon naik teksi dgn dua orng member PALAPES LAUT UTM...korang memng bagus r..
    dari UTM-Larkin-Kota Tinggi-Mersing ku yang tersayang..Alhamdulillah,setelah sekian lame dapat gak aq jumpe family aku...