Kek Coklat Lembap
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan -hasue guna cawan 200ml3/4 cawan gula pasir*
1 cawan serbuk koko*
1 cawan susu sejat*
1 cawan susu pekat*
1 cawan minyak masak*
1/2 sudu teh serbuk nescafe*
1 sudu besar pati oren sunquick*
4 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Cara2:
- Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Masak sehingga gula cair sepenuhnya,tidak perlu mendidih. *Panaskan oven pada suhu 180c
- Dalam bekas agak besar,pecahkan telur dan pukul sedikit sehingga agak kembang. Masukkan adunan ke dalam bekas berisi telur tadi dan gaul sebati(guna handwhisk atau senduk)
- Setelah itu ayakkan tepung,baking powder dan soda bikarbonat ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan menggunakan handwhisk.
- Gris loyang 9x9 dengan butter n lapikkan dengan baking paper. Tuangkan adunan(hasue tapis adunan ketika masukkan dalam loyang) ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba
Coklat ganache:
Panaskan lebih kurang 180g coklat masakan cara double boiler,dah cair tambahkan 2 sudu besar whipping cream dan satu sudu besar butter..kacau rata menggunakan handwhisk.
Sejukkan sebentar dan tuangkan ke atas kek. Hias ikut kreativiti sendiri
Senang jer kan..tak payah guna mixer pun..hehe.. kalau ada pengukus jer,elok kukuskan ajelah kek ni..
**********************************************************************
Kek Lumut Sarawak
Resepi: email drpd Nur68
Sumber:
AlongRoz@HomeKreation
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
BAHAN2:-Saiz: 8" Bulat/8"x8"(menggunakan cawan 200ml)
5 biji Telur
1 cwn Gula Halus
8oz(225g) Mentega -
lain kali mungkin nak kurangkan ke 200g je½ cwn Tepung Suji
1 cwn Nestum - kisar halus
½ cwn Susu Ideal
½ cwn Teh (2 st serbuk teh + air)
Pewarna Hijau (Along guna Pes Pandan)
CARA2:
1. Pukul telur sehingga kembang.
Masukkan gula sedikit2 sambil di pukul.
2. Pukul mentega sehingga kembang & campurkan ke dlm adunan telur.
Masukkan tepung suji & nestum & gaul sebati.
Masukkan susu, teh & pewarna hijau.
3. Kukus selama 2 jam sehingga masak.
***************************************************************************
MUFFIN COKLAT with almond flakes
Resepi:
Yani@myresipi.com
By:HaSue@sue.hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( 10 biji )
* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* Almond flakes secukupnya
Cara-cara
- Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
- Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
- Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
- Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
- Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Taburkan almond flakes ke atasnya sehingga hampir penuh permukaan. Bakar selama 20 minit.
- Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula
*******************************************************************
Kek Pandan Serikaya
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2nya:
16oz(450g) mentega golden churn
180g gula halus
10 biji telur ayam
90g pandan paste(sila rujuk gambar yg disertakan di bawah)
1 tin kecil susu manis
200g horlicks
240g tpg hong kong
1 tin serikaya saiz sederhana
Cara-caranya:
- Panaskan pengukus dengan api sederhana-pastikan air hampir penuh supaya air tidak mudah kering.
- Pukul mentega dengan gula sampai kembang dan berkrim. Masukkan telur satu persatu (sambil terus dipukul dengan kelajuan paling minima) sehingga habis.
- Masukkan srikaya, susu manis, horlicks, pandan paste dan tepung hongkong. Pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan sebati.
- Gaul dengan senduk supaya adunan benar2 sekata sebelum dituangkan ke dalam loyang yg sudah dioles mentega dan ditabur tepung.
- Kukus selama 4 jam. Selamat mencuba
Contoh pes pandan yg digunakan dalam resepi ini.. terdapat 2 saiz di pasaran.
Kek Sarawak kukus biasanya memang agak padat tapi lembut..bukan bantat yer.. ;)
Jika taknak kukus lama2,memadailah selama 1 setengah-2 jam sahaja tempoh mengukusnya..
**********************************************************************************
Kek Hitam Manis
Bahan-bahan ( Loyang 9x9 )
* 450g Mentega Golden Churn
* 200g Gula halus
* 10 biji telur saiz A
* 1 penutup botol esen vanilla
* 1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis
* 1 tin sederhana serikaya
* 1 tin kecil nestle cream
* 200g horlicks
* 150g browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam)
* 200g tepung hong kong/tepung gandum
* 1 sudu teh ovalete
Cara-cara
1. Panaskan pengukus(pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering), oleskan loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung.
2. Mentega(pastikan pada suhu bilik) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih. Masukkan sebiji telur(pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan sekiranya ada telur busuk) dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur. Ulangi langkah ini sehingga telur habis.
3. Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan tepung gandum(setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan seterusnya.
4. Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air pengukus sudah mendidih ketika kek mula dikukus.
6. Pastikan kek sudah sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang. Selamat mencuba! :)
Kalau nak buat setengah adunan,boleh gunakan loyang 8x8 inci yer.. lepas tu ikut cara sebenar kek ni dikukus selama 6 jam..tapi jika bukan untuk disimpan lama memadai dah 4 jam tu...lagipun selepas sehari boleh laa simpan dalam peti sejuk.
Bila nak makan,keluarkan lebih awal baru dipotong2..
Kek ni sedap tauuu..