Assalamualaikum wbt.


Burung.
Burung adalah spesis liar dan tidak merbahaya kepada orang awam dan persekitaran. Akan tetapi jika burung membiak terlalu cepat dan banyak akan memberikan impak kepada orang awam dan persekitaran. Sebagai contoh; 1. Najis burung 2. Sarang burung 3. Bunyi yang bising
Terdapat beberapa jenis burung yang boleh dianggap memberikan masalah kepada manusia dan persekitaran bangunan. 
1. Burung Merpati 2. Burung Gagak 3. Burung Pipit 
Masalah Burung.
1. Najis Burung akan meninggalkan najis yang akan memberikan kesan kesihatan kepada manusia dan persekitaran. 

2. Sarang Sarang yang ada akan membuatkan kehadiran perosak lain seperti tikus, ular dan mikro organisma.
3. Bunyi yang bising Kehadiran kumpulan burung yang kecil tidak akan memberikan masalah kepada manusia dan persekitaran. Masalah akan timbul jika tiada tindakan kawalan burung itu. Burung akan menganggap kawasan yang ini selamat daripada gangguan. Sedikit demi sedikit populasi burung meningkat dengan mendadak. Kumpulan burung akan membuat bunyi-bunyian yang akan mengganggu aktiviti manusia.

 




Kaedah Kawalan Burung.
1. Kenal pasti. Perlu mengenalpasti jenis burung dan habitat.

2. Habitat Mengkaji habitat dan menghalang habitat burung.

3. Halangan dan kawalan Membuat halangan untuk membuatkan burung tersebut tidak selesa dan merasakkan kawasan itu tidak selamat bagi burung. Membuang dan menghapuskan sarang-sarang burung sediakan.

4. Pemantauan Sentiasa melihat dan meneliti aktiviti burung, dan jangan di biarkan burung membuat sarang atau berkumpul di kawasan itu.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI SAYA ;
AMIR  : 016-338 0960 ( CALL / WHATSAPP)
Email : sales.daunservices@gmail.com atau sale@dpchs.com.my
Website : www.dpchs.com.my

Hit: 13 Laman Asal