Perjalanan ke Yan kedah dimulakan dari Shah Alam pada malam 21 Sep'12
dan akan bertemu dengan sahabat dari Kedah yang telah ditetapkan
perjumpaanya disebuah masjid didaerah Yan. Setelah solat subuh,
perjalanan kami diteruskan meghala ke Jeti yang jaraknya dalam
lingkungan 2KM dari masjid tadi. Dalam tekad hati semua ahli TGL,
tanggal 22 Sep'12 akan dikenang sebagai saat yang ditunggu-tunggu kerana
inilah pengalaman pertama kami dilubuk ini yang rata-ratanya belum
pernah mengalaminya.
Setelah persiapan dilakukan, tiba-tiba kami
lihat langit awal pagi yang indah tadi bertukar menjadi gelap pertanda
hujan akan turun. Bagi kami kejadiaan ini biasa jer kerana pernah
mengalaminya pada XPDC yang lalu. Setelah menunggu hampir satu jam,
hujan yang turun tadi telah disertai dengan angin kencang dan ianya
tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Akhirnya berita yang kami
tunggu-tunggu tiba juga, tekong mengesahkan angin berserta ribut ini
tidak akan reda dan mungkin akan membawa ketengahari. Setelah berbincang
dengan sahabat TGL dari kedah (Wan & Din), kami bersetuju untuk
menunda tarikh beraksi kepada esok hari. Macam biasalah, geng TGL yang
sudah berumahtangga terus menghubungi pasangan masing-masing untuk
menambah lesen mereka satu hari lagi. Setelah berkemas, semua ahli TGL
terus menuju Yan bagi menikmati hidangan tengahari dirumah Wan sebelum
ke Pendang bagi bermalam dirumah Din.
Tempoh
rehat satu malam ini digunakan oleh semua ahli TGL bagi memperkemaskan
peralatan dan rehat secukupnya bagi menghadapi aksi keesokkan harinya.
Kami
semua bertolak ke Jeti dari pendang selepas solat subuh dan pagi yang
indah ini menandakan bahawa keputusan untuk bermalam dan beraksi pada
keesokkan harinya adalah pillihan yang tepat.
Akhirnya kami sudah berada diatas bot untuk memulakan XPDC ke tuas.
Hairman dengan tengirinya......
Macam biasa...Zul tidak pernah mengecewakan.....
Kudin bergambar lagi??
Saudara Wan....
Admin
ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua sahabat dari
kedah ini (Din & Wan) kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi
pengalaman mereka bagi TGL menjayakan XPDC ini. Matlamat kami untuk
beraksi diTuas Yan telahpun tercapai walaupun hasilnya biasa saja (bagi
pandangan orang yang lebih berpengalaman diYan).
Pengalaman
ini amatlah berguna kepada semua ahli TGL yang menyertai XPDC pada kali
ini. Kami telah banyak belajar pelbagai teknik yang berkesan bagi
beraksi lagi di Tuas Yan. Setelah berbincang semua ahli TGL telah
bersepakat untuk turun beraksi lagi dikawasan ini pada tahun hadapan dan
kami akan bersedia dengan peralatann yang lebih sesuai pada XPDC yang
akan datang.
Sekian
Terbitan TGL