Saturday 21 April 2012

Orerating System (OS) ???

Salam satu  Malaysia...
Hri ni aq nak kongsi satu OS yang best...
iaitu 'Linux Ubuntu'....

ape yg best nye OS ni?? :
1.Open Source Software dimana pengguna adalah bebas untuk menjalankan, salinan, mengedar, mengkaji, mengubah, membangunkan dan memperbaiki perisian ubuntu ni.
2.FFM(free from charge),huhu,xpayah bayar pun.
3.Semestinya nyah VIRUS!
4.Unik
5.lajuu..

pe lg,jom la try...saye sudah,anda bile lagi?hehehe
amek link ni k,
http://www.ubuntu.com/download/ubuntu/download

Thursday 12 April 2012


                                ~PERKAKASAN KOMPUTER~




Perkakasan adalah peralatan yang terlibat dalam fungsi sebuah komputer. Ia terdiri dari komponen-komponen yang boleh dikawal secara fizikal. Fungsi bagi komponen tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu input, output dan storan.

Komponen bagi ketiga-tiga kategori dihubungkan kepada pemproses mikro, iaitu unit pemprosesan pusat (CPU), iaitu litar elektronik yang membekalkan kebolehan mengira dan mengawal komputer melalui litar yang dipanggil bas.

Interaksi antara perkakasan input dan output dikawal oleh perisian yang dipanggil Basic Input Output System (BIOS). Walaupun pemproses mikro dianggap sebagai perkakasan, sebahagian fungsinya adalah berkaitan dengan perisian komputer. Oleh kerana pemproses mikro mempunyai ciri-ciri perkakasan dan perisian komputer, maka ia selalu dikenali sebagai firmware.

Pemproses atau unit pemprosesan pusat merupakan komponen utama dan berfungsi sebagai otak dalam sistem komputer. Ia mengandungi berjuta litar yang melakukan pengawalan audio, video, pengiraan matematik dan arahan komunikasi.

Oleh kerana tanggungjawab dan tugasnya yang banyak, pemproses direka untuk beroperasi dengan pantas bagi membolehkan pemprosesan berjuta-juta arahan setiap saat terutamanya dengan penggunaan perisian yang semakin canggih hari ini.

Jenis pemproses utama menggunakan platform x86 dengan pemproses dari Intel, AMD dan Cyrix. Sistem Apple pula dilengkapi dengan pemproses PowerPC. Walaupun berbeza dari segi rekabentuk/arkitektur serta sokongan sistem operasi yang berbeza, fungsi CPU dalam semua jenis komputer adalah serupa iaitu memproses arahan.

Sebelum memasukkan pemproses, pastikan dahulu jenisnya boleh digunakan pada papan litar utama kerana tidak semua papan litar utama menyokong semua jenis cip.


sekian,tima kaseh..^^

Teknologi

Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.

Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian.

Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu:

  • Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice.

  • Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.

Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:

  • Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb

  • Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb

  • Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit.

                                                                                                                             daripada,

                                                                                                                         gadisbunga

Friday 6 April 2012


Tips Lajukan Mozilla Firefox

CARA PERTAMA

2. Taip about:config di address

3. Right klik kat mana-mana pastu select New –> Integer

4. Paste kan nglayout.initialpaint.delay kat ruangan kosong

5. Setkan nilai kepada 300

CARA KEDUA

Senang lagi simple step ni. Tetapi kalau masih tidak berpuas hati, boleh cuba cara yg ke-2 seperti dibawah…

1. Buka Mozilla Firefox
2. Taip about:config di address
3. Carikan item seperti dibawah:

network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequest

4. Double klik dan tukarkan dari false kepada true seperti:

network.http.pipelining false—>true
network.http.proxy.pipelining false—>true
network.http.pipelining.maxrequest —>30

5. Sekali lagi buka Mozilla Firefox

6. Taip about:config di address

7. Right klik kat mana-mana pastu select New –> Integer

8. Paste kan nglayout.initialpaint.delay kat ruangan kosong

9. Setkan nilai kepada 0

10. Restart Mozilla Firefox

Selamat mencuba…


info u arini...toink2...^^

                 Pengaplikasian Teknologi Internet Dalam Pendidikan

       Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

     Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat serta meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi tiga polisi utama :
  • ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
  • Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.
  • Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.

                                                                                                                                 - gadisbunga -


Wednesday 4 April 2012

ce tgok..

                 

          Selamat datang ke blog saya.

Apa yang terkandung di dalam blog saya ini adalah selari dengan slogan ‘sharing is caring’..Jadi segala apa yang salah dan silap mohon diberi petunjuk dan juga teguran yang membina. Moga-moga apa yang saya utarakan di sini dapat di manfaatkan kita bersama.

          Sekian, terima kasih






                 Assalamualaikum..

                 Pgi ni gadisbunga free, so ade la sedetik wak2 kite tgok2 ape yg trkndong kat bwh ni yea...
                 jom2....      



Virus komputer,ia suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer tidak kira yang sudah berpengalaman atau yang baru berjinak dengan IT, kehadirannya sudah menjadi kebiasaan.
Bagaimana pula adware, trojan, dialer,worm, keylogger, hijacker, cookies dan sebagainya, pada pemerhatian saya ia masih kurang dikenali terutamanya mereka yang baru mengenali dunia IT dan ada yang beranggapan ianya virus. Jadi,sudah menjadi suatu kewajaran untuk kita mengenalinya untuk membolehkan pencegahan yang lebih berkesan dapat dilakukan.

Virus komputer

Suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer disebabkan keupayaannya mengundang pelbagai masalah kepada komputer.Dunia IT akan terus digemparkan dengan kehadirannya sehingga ia merupakan suatu kebiasaan yang tidak dapat dielakkan.Virus komputer merupakan suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi didalam sesebuah perisian.Virus komputer berkemampuan mereplika iaitu menyalin diri dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer,dokumen,boot sector dan sebagainya. Apabila kita menjalankan program yang dijangkiti,virus tersebut akan mengaktif serta melakukan salinan diri sendiri dan akhirnya akan melakukan pelbagai kerosakan seperti membuat paparan skrin,memadam data dan pelbagai kemusnahan lagi.

Worm

Worm atau cecacing berkemampuan melakukan eksploitasi terhadap kelemahan suatu sistem operasi serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer. Contoh Worm sasser teleh melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat.Contoh lain pula ialah Worm CodeRed telah mengeksploitasi kelemahan windows 2000 iaitu pada file idq.dll iaitu kelemahan buffer overflow Windows 2000.

Adware

Program yang memunculkan pop-up iklan atau iklan yang tersembunyi yang dimasukkan oleh pembuat program ke dalam sesebuah program, biasanya program tersebut adalah program yang freeware,shareware dan sebagainya.Jadi,pengguna terpaksa menerima iklan tersebut.

Spyware

Program intipan yang berupaya mendapatkan dan mengumpul maklumat pengguna sesebuah komputer tanpa disedarinya.Pencerobohan privacy ini boleh menguntung pihak pengintip kerana sesuatu maklumat terkumpul boleh dijual kepada pihak yang berminat atau untuk sebarang strategi dan promosi produk keluaran syarikat mereka.Program intipan ini boleh didatangi bersama secara tersembunyi melalui program berbentuk freeware,shareware atau demo yang boleh dimuat turun dengan mudah internet.

Trojan

Program ini sangat berbahaya kerana ia memampukan penggodam komputer untuk mengawal serta melakukan sebarang perubahan kepada komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut.Selain itu ia juga mampu mencipta,menghapus dan memindah sesuatu fail tanpa diketahui.

Hijacker

Kebolehan program ini ialah mengubah apa yang telah disetkan pada pelayar web,menukar arah carian ke laman tertentu seperti laman web lucah.Program ini juga berkemampuan mengubah haluan carian ke enjin carian yang ditetapkan oleh pembuat program ini dan yang paling teruknya ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali,malah, anda mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa.



Dialer
Program ini berkeupayaan memasukkan fungsi sambungan ke internet,memutuskan sambungan komputer dari ISP tempatan dan kemudian ia menukar atau menghubungkan kembali sambungan anda ke ISP lain dan telefon antarabangsa.

Keylogger

Program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda,termasuklah perbualan email dan chat.

Cookies

Ia sebenarnya dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada juga menyalahgunakanya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin bercirikan peribadi untuk dijual bagi perolehi keutungan.

Spam

melibatkan kegiatan e-mail yang tidak diundang kehadirannya yang dihantar dalam jumlah yang banyak dan ia mungkin kegiatan suka-suka,mengacau pemilik e-mail atau aktiviti pengiklanan yang salah iaitu tanpa kebenaran penerimanya.Ia pasti mengundang masalah kepada pengguna dari segi ruang e-mail dan masa.


sekian,tima kaseh..^^