PAS SERKAM DARAT: 1/10/08 - 1/11/08

Halaman

Isnin, 27 Oktober 2008

Dulu hakim Corect .. skarang Speaker Reject pulak ..

Nampaknya benteng terakhir kerajaan UMNO dan Barisan Nasional masih lagi ampuh untuk menyekat segala kebobrokan pemimpin mereka. Jika dulu kita dikejutkan dengan gelagat "Hakim Correct, Correct, Correct", kini sejak sekian lama kita disajikan pula dengan "Speaker, Reject, Reject, Reject".
Maknanya Speaker Dewan Rakyat yang dilantik oleh kerajaan itu, tugasnya memastikan setiap usul yang dibawa ke parlimen jika didapati boleh "menjerat" kerajaan maka ia harus ditolak sejak awal-awal lagi. Maka bermulalah episod penolakan usul yang dibawa oleh pemimpin pembangkang di parlimen sejak mutakhir ini. Bermula dengan penolakan usul "undi tidak percaya terhadap PM" yang ingin dibawa untuk dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr.Wan Azizah Ismail ketika itu.

Penolakan tersebut jelas sekali menyebabkan para pemimpin pembangkang tidak berpuas hati dan kecewa. Inilah yang menyebabkan mereka sedikit kecoh ketika di dewan rakyat. Apa tidaknya, jika senario ini berlaku kepada kita sendiri pun mungkin kita akan marah dan dukacita. Segala usul panas yang sepatutnya dibahaskan tetapi ditolak awal-awal lagi oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia itu. Begitu juga usul yang ingin dibawa menerusi Timbalan Speaker, Wan Junaidi turut menyekat dan menolak segala usul-usul yang dipercayaai bakal menyebabkan BN "terduduk" itu !.

Terkini, Dewan Rakyat telah menolak usul pembangkang untuk membahaskan mengenai keputusan kerajaan mengharamkan Hindu Rights Actions Force (Hindraf) dengan alasan perkara tersebut tidak perlu disegerakan. Menurut laporan media, Keputusan penolakan tersebut dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia dalam kamar. Katanya beliau menolak usul itu dibawa kerana perkara sedemikian tidak mempunyai keperluan untuk dipercepat atau disegerakan.
“Kalau usul ini perlu disegerakan, baru saya akan benarkan. Tapi apa keperluannya Yang Berhormat untuk kita bahaskan kes Hindraf ini dalam perbahasan bajet? “Jangan pergunakan sewenang-wenangnya untuk perkara 18 (1) untuk bahas usul, undi tidak percaya pun nak bawa guna 18 (1),” katanya. Padahal usul tersebut adalah berkaitan dengan rakyat !

Kemudian diikuti pula dengan penolakan terbaru perihal usul tergempar mengenai percalonan perlantikan ketua hakim negara, Zaki Azmi. Penolakan tersebut dibuat oleh Timbalan Speaker, Wan Junaidi Tuaku Jaafar setelah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub mengikut perkara 36(8) yang melarang perbincangan mengenai perbuatan atau kelakuan seorang hakim.
Sebelum ini juga usul untuk membahaskan tentang Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) juga telah ditolak bulat-bulat oleh Speaker terbabit. Maka itulah kita yakin dan tidak terkejut bila mahkamah menjadi medan pergaduhan antara pemimpin pembangkang dengan kerajaan. Apa tidaknya, jika semua usul-usul penting untuk rakyat dihalang untuk perbahasan maka terpaksalah mereka berbahas usul-usul yang mengarut yang langsung tidak mendatangkan hasil untuk rakyat terbanyak. Sepatutnya segala isu sensitif yang melibatkan rakyat dibahaskan dan dicari jalan penyelesaiannya di Dewan Rakyat. Namun, langkah menolak awal-awal usul-usul terbabit sebelum ia dibahaskan ternyata satu langkah "khianat" untuk pihak Dewan menyelamatkan kerajaan pemerintah itu.

Kami juga yakin, seandainya usul "undi tidak percaya kepada PM" yang ingin dibawa oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (PKR Permatang Pauh) dibawa ke parlimen, sudah pasti ia akan ditolak oleh pihak Speaker itu awal-awal lagi. Maka jika ini tidak berlaku?, bagaimanakah caranya perubahan kerajaan dapat dilaksanakan.
Speaker seolah-olah menjadi "benteng terakhir" untuk menyelamatkan sebuah kerajaan yang lemah dan sudah ditolak oleh rakyat. Sepatutnya speaker perlu bersikap profesional dan adil kepada semua pihak. Ini tidak, mereka lebih nampak "bias" kepada pihak kerajaan dalam mengendalikan persidangan dewan rakyat. Apakah kita dapat melihat sebuah sistem demokrasi yang benar-benar subur di negara kita, jika di dewan rakyat sendiri pun berlaku satu keadaan yang amat memualkan itu.
Terkadang, kita yang berada diluar sendiri pun "bengang" melihat dan mendengar semua usul-usul penting itu ditolak bulat-bulat oleh speaker. Apakah ini bermakna, mereka merujuk dulu kepada PM dan TPM sebelum menerima sesuatu usul tersebut. Jika ini berlaku maka amat malanglah negara kita mempunyai dewan rakyat seperti itu. Demokrasi yang dilaungkan hanya retorik semata-mata, yang jelas mereka menggunakan kuasa di dewan pula untuk menidakkan kemaraan Pakatan Rakyat itu sendiri.

[Sebenarnya rakyat melihat dan sedar akan perkara ini. Namun apalah daya kita untuk melakukan apa-apa. Cuma apa yang dapat kita lihat ialah ahli-ahli parlimen kita terus diperbodohkan oleh satu sekatan dan undang-undang Dewan Rakyat yang jelas digunakan untuk menyekat suara sebenar mereka di parlimen. Justeru itu, rakyat perlu bangkit untuk membolehkan fenomena yang berlaku ini dapat dihalang pada masa yang akan datang. Jika tidak masa depan generasi kita pasti akan terancam dengan segala sistem yang telah diperkotak-katikan oleh manusia yang ingin terus berkuasa biarpun mereka telah ditolak oleh rakyat sebenarnya !].

sumber :
cucumatkilau

Rabu, 22 Oktober 2008

JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA MTD SERKAM-Malaysiakini

ASSALAMUALAIKUM

KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT YANG BERKUNJUNG DIUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

BERSEMPENA DENGAN BULAN SYAWAL YANG MASIH ADA BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI ,MAJLIS TINDAKAN DUN SERKAN (MTD SERKAM) AKAN MENGADAKAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DAN CERAMAH PERASMIAN BALAI ISLAM PAS CAWANGAN SEMPANG

PADA 28 OKTOBER 2008
MASA JAM 7.00 MALAM HINGGA 12.00 MALAM

BERTEMPAT DI BALAI ISLAM PAS CAWANGAN SEMPANG, LORONG JAAMAT 1, KAMPUNG SEMPANG, 77300 MERLIMAU MELAKA

DIALU-ALUKAN KEPADA SAHABAT YANG INGIN HADIR SUPAYA DAPAT HADIR AWAL UNTUK SOLAT MAGHRIB SECARA BERJAMAAH BERSAMA.
CERAMAH PERASMIAN BALAI ISLAM PAS CAWANGAN SEMPANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH YB SALEHUDDIN AYUB , AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN.
JOM KITA SAMA-SAMA RAMAIKAN

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI

Sabtu, 11 Oktober 2008

Menteri Pra Sekolah ...

Harga runcit petrol dan diesel di negara ini mungkin akan diturunkan lagi antara 10 hingga 12 sen seliter akhir bulan ini atau awal bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Bagaimanapun, katanya penurunan bahan api berkenaan tidak akan melebihi 12 sen bagi mengelakkan keuntungan pengusaha stesen minyak terjejas.

“Sekiranya harga minyak mentah dunia berada di bawah paras AS$100 setong, tidak mustahil rakyat boleh menikmati penurunan harga sekali lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Inilah masalahnya bila pemimpin yang jadi menteri tak faham matematik. mungkin masa nak masuk bab campur tolak darab bahagi cikgu menteri berkenaan meninggal dunia ( meminjam kata-kata Allahyarham P. Ramlee ) Kepada menteri berkenaan, rakyat sekarang bukannya bodoh. Masa kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan Jun lalu iaitu RM 0.78 sen untuk petrol dan RM 1 untuk diesel harga minyak di pasaran dunia ketika itu ialah antara $ US 135 - $ US 140. Sekarang ini harga minyak di bawah $ US 90. ! Apa pasal masih lagi harga minyak tak boleh nak diturunkan agar lebih murah atau sekurang-kurangnya kembali pada harga asal RM 1.92 ?

Hari ini kerajaan menggunakan alasan tidak masuk akal iaitu minyak tak boleh turun melebihi 12 sen pada masa akan datang kerana bimbang pengusaha stesen mengalami kerugian. Di sini menunjukkan kerajaan lebih rela rakyat menderita dan mengalami kesusahan kerana menjaga kepentingan beberapa kerat pengusaha stesen minyak. Kerajaan tak kisah kadar inflasi melambung, harga barang mahal, kos sara hidup meningkat dan rakyat terpaksa ‘mengikat perut’ asalkan mereka masih kekal berkuasa.

sumber : silembiks, angkasanuri

SIAPA MAT JENIN : ALI RUSTAM ATAU ANWAR ??-

Rasanya bila saya lihat pencalonan UMNO yang akan mengadakan pemilihan pada bulan 3 tahun depan saya rasa Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam sebenarnya yang berangan-angan lebih untuk menjadi TPM. ungkapan angan-angan mat jenin sebenarnya balik kepada beliau kerana jika sebelum ini beliau mengatakan bahawa DSAI tidak akan berpeluang untuk menjadi PM kerana tidak mendapat sokongan penuh daripada ahli dewan dan pelbagai kaum.

sepatutnya beliau menilai diri beliau sendiri layakkah beliau mencalonkan diri sebagai Timbalan presiden UMNO ?? saya fikir beliau sebenarnya yang berangan. ini kerana tugas sebagai timbalan presiden UMNO atau pun yang bakal menyanjang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu tugas yang mudah .

kalau beliau tetap ingin meletakkan harapan untuk menjadi Timbalan presiden UMNO rasanya elok lupakan saja. sebabnya jika beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden sudah pasti beliau akan tinggalkan Melaka dengan hutang yang tak terlangsai. Seeloknya beliau langsaikan hutang tu dulu baru fikirkan nak pegang jawatan apa.

Tapi kalau dah kemaruk sangat ikutlah perasaan tu .. insya Allah akan tersungkur juga tak lama lagi. Sapandai-pandai Datuk Ali melobi akhirnya tak dapat satu pencalonan pun juga.

sumber : assirkami

Rabu, 8 Oktober 2008

Mungkin kah 13 Oktober jadi kenyataan ???-Malaysiakini

PARIT BUNTAR, 8 Okt (Hrkh) - Ustaz Dr Mujahid Yusof Rawa menjangka akan berlaku undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di persidangan parlimen pada 13 Oktober nanti. Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional itu berkata, "Insya-Allah, kalau tidak ada apa-apa hal menghalang dan kalau tidak ada aral merlintang sebelum tarikh 13 Oktober itu nanti kami Ahli Parlimen Kerajaan Pakatan Rakyat dan dari parti lain yang inginkan perubahan akan melakukan undi tidak percaya terhadap pucuk pimpinan negara.? "Kami menjangkan pada 13 Oktober apabila sidang parlimen bermula, kita akan membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan kemudianya akan mengharapkan berlaku transformasi, transisisi kepada kerajaan baru," katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Khidmat Masyarakat Titi Serong, Taman Wawasan dekat sini baru-baru ini.

Berucap di majlis yang dikunjungi 8,000 orang, terdiri daripada pimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong, beliau berharap kerajaan baru Pakatan Rakyat akan segera ditubuhkan. Turut hadir di majlis tersebut ialah itu Exco Kerajaan Pakatan Rakyat, Haji Mohd. Zainuddin Mohd. Yusof yang mewakili Menteri Besar Perak, Pengerusi Perkim Daerah Kerian, Dato' Yusof Yahaya dan rakan dari Amerika Syarikat, China, ahli umno, MCA, Gerakan serta MIC

Selasa, 7 Oktober 2008

LAYAKKAH NAJIB JADI MENTERI KEWANGAN ??- Malaysiakini

Assalamualaikum ..
Rasanya tak sampai sebulan pun Si Najib Tun Razak pegang jawatan sebagai menteri kewangan tapi perbelanjaan yang dikeluarkan oleh keluarga beliau begitu keterlaluan dan nampaknya macam tak layak saja jadi Menteri Kewangan kalau perbelanjaan lebih dari kemampuan. kalau tak percaya cuba baca dan nilai berita dibawah ini :
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Hrkh) - Benarkah Datin Seri Rosmah Mansor menghabiskan sebanyak RM7 juta untuk membeli 14 buah jam tangan di Hong Kong??Penulis blog, Syed Azidi Aziz atau Sheih telah menimbulkan persoalan tersebut menerusi posting terbaru beliau di blognya kickdefella.wordpress.com. Sheih yang baru-baru ini ditahan di bawah Akta Hasutan selama empat hari turut memaklumkan bahawa jam-jam tersebut dibeli untuk dihadiahkan kepada kepada beberapa individu di beberapa kementerian.

Namun begitu Sheih enggan mendedahkan nama pemberi maklumat tersebut dengan merujuk kepada wartawan di barat yang sanggup dipenjara daripada mendedahkan nama pemberi maklumat. Persoalan yang ditimbulkan oleh Sheih ini merupakan siri pendedahan terbaru beliau sejak dibebaskan pada 20 September lalu. Beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri beliau turut mendedahkan bagaimana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggunakan kedudukan beliau selaku Menteri Pertahanan untuk menambahkan kekayaan anak beliau Kamaluddin. Pada hari raya kedua pula, Sheih mendedahkan Abdullah telah menerima RM200 juta daripada Rosmah. Wang tersebut merupakan sebahagian daripada komisen pembelian kapal selam yang turut dikaitkan dengan kematian Altantuya.
Nampak sangat yang pemimpin-pemimpin malaysia nie kemaruk dalam berbelanja sedangkan rakyat sebelum ini diingatkan supaya berjimat cermat tapi siapa yang sepatutnya berjimat cermat sekarang ?? Fikir-fikirkan ...

Khamis, 2 Oktober 2008

Bn Makin Mengecil -Malaysiakini

Dah dijangkakan sebelum ini dalam siri - siri ceramah, saya selalu sebut bahawa saiz BN akan mengecil dengan parti - parti kompenan BN akan meninggalkan barisan yang tak berguna lagi. Mereka akan keluar mengikut urutan. bermula dengan parti yang kecil dulu... SAPP.... Gerakan.. dan seterusnya yang akhir kalau tak silap MIC dan MCA. Rasanya yang tinggal dalam BN nanti ialah UMNO dan PPP. Ketika itu Pas tak perlu lancarkan serangan terhadap Umno kerana kudratnya dah lumpuh. Begitulah sketsa Umno - Bn daripada sebuah parti terbesar dan terkuat akan bertukar jadi parti yang terkecil dan terhina akibat dosa - dosa yang dilakukan terhadap Allah swt dan rakyat Malaysia. Cita - cita Khairy Jamaludin untuk jadi PM termuda akan bertukar jadi pembangkang termuda di dunia.

Bila 60% desakan ahli Gerakan mendesak keluar dari BN, bolehkah Tan Sri Tan Tsu Kon tolak mentah - mentah? Saya rasa pemangku pengerusi Gerakan itu dah boleh keluarkan fail - fail penting dari pejabat agong BN. Begitu juga menteri - menteri daripada parti Gerakan dah boleh kemaskan meja masing - masing. Justeru, kesajahteraan dan keselamatan, saya menyeru ahli - ahli Umno agar segera meninggalkan kapal layar yang dah hampir karam. Menyeberangilah kepada bahtera PAS demi untuk agama dan bangsa.

Perutusan Yang Dipertua Pas Kawasan Jasin Melaka

Assalamualaikum.
Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana diberi nikmat iman dan Islam serta dipanjangkan umur sehingga kita berjumpa sekali lagi Ramadhan.Saya selaku Yang Di Pertua PAS Kawasan Jasin ingin merakam ucapan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat khususnya ahli-ahli PAS di Kawasan Jasin.Kejayaan kita menempuh sebulan dalam bulan Ramadhan sudah tentu menguatkan lagi azam untuk mengukuhkan lagi PAS kawasan Jasin seterusnya memertabatkan kemuliaan Islam di bumi Melaka.Di kesempatan ini juga saya menyeru kepada semua muslimin dan muslimat supaya kita meninggalkan perjuangan asobiah kebangsaan yang sesat lagi menyesatkan dan kita kembali ke jalan Allah dan berpegang teguh dengannya Mudah-mudah madrasah Ramadhan yang kita tinggalkan akan membentuk peribadi Muslim yang diredai Allah.Sekian,Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.Wassalam
MEJAR (B) HJ JASME BIN TOMPANG
YDP PAS KAWASAN JASIN

Perutusan Ketua Dewan Pemuda Pas Jasin

Allahuakhbar, alahhuakhbar, allahuakhbar, walillahilham
Dengan nama allah yang maha pengasih lagi penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam . Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan pengikutnya.Sempena kehadiran bulan kemenangan bagi umat islam setelah mengekang nafsu selama sebulan marilah kita sama sama menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Perbanyakanlah tasbih , tahmit dan tahlil sebagai bukti kita telah lulus ujian ramadhan. Tinggalkanlah amalan jahiliah seperti memasang pelita, menggalakan anak-anak bermain bunga api, menghias rumah dengan berlebihan . Teruskan lah syawal ini ibadah seperti puasa sunat enam hari dan sebagainya.Tradisi bermaaf maafan serta kunjung mengunjung haruslah disemarakan kembali. Saya khuatir bila setiap kali menyambut perayaan, semua saluran TV akan menyiarkan pelbagai program hiburan , ini menyebabkan anak –anak (juga orang tu) lebih seronok menziarah TV dari menziarah sahabat handai. Ambillah kesempatan ziarah menziarahi ini dengan menyematkan mesej dakwah dan penerangan islam.Selaku ketua DPPKJ dan seluruh ajk pemuda kawasan, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Tidak saya lupakan kepada semua pengundi di DUN Sungai Rambai yang telah memberi sokongan kepada saya , begitu juga buat isteri , anak anak dan keluarga.Akhirnya marilah kita sama sama berdoa agar apa yang kita usahakan sepanjang ramadhan lalu diterima oleh allah dan segala dosa dan kesalahan kita diampunkannya.Pertingkatkan usaha mencapai kemenangan, pertahankan kemenangan. Selamat hari raya idulfitri , maaf zahir dan batin.
AMINUDIN BIN ABD JALIL
KETUA DPPKJ

Perutusan Ketua Dewan Muslimat Pas Jasin

Assalamualaikum,Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga,para sahabat serta seluruh pejuanag Islam di sepanjang zaman.Alhamdulillah sekali lagi kita diberi kesempatan bertemu di bulan Syawal yang mulia ini semoga ia lebih bermakna bagi kita setelah melalui madraah Ramadhan yang mencabar.Jadikan ia sebagai penyuntik roh jihad dalam diri kita untuk melakukan perubahan dan daya juang.Di kesempatan bulan yang yang mulia ini juga kita panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar membantu dan mengukuhkan keimanan pejuang-pejuang agar diberi kemenangan.Insyallah kita akan terus berusaha dengan lebih kuat untuk kemenangan Islam.Akhir sekali saya selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin serta AJK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri dan maaf zahir batin.
HJH SAPIAH BTE AHMAD
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN JASIN

Perutusan ketua Dewan Pemuda Pas Melaka

Assalamualaikum wrbt, dan salam sejahtera.

Saya merafa'kan kesyukuran kehadrat Allah swt dengan limpah kurnianya kita sekali lagi dapat bertemu dengan Idul fitri al mubarak setelah selesai kita menjalani sebulan ibadat puasa yang begitu mencabar. Mudah - mudahan madrasah Ramadhan yang kita lalui menjadikan kita orang - orang yan g bertakwa seperti mana yang dikehendaki oleh Allah swt. Sesuai dengan laungan takbir bagaikan satu simbolik tanda kemenangan kita menewaskan nafsu serakah dan syaitan yang dilaknati. Justeru, marilah kita gunakan kekuatan dan semangat Ramadhan tersebut untuk mengorak langkah menerjah musuh yang bertuhankan nafsu. Tiada ertinya insan yang berpuasa kembali semula menurut runtunan nafsu dan syaitan.

Saya mengharapkan agar Kita jangan lalai dan alpa dek kemeriahan hariraya dengan meminggirkan perasaan insaf terhadap saudara seagama diserata dunia, Afghanistan, Iraq, Khasmir, Dahfur, Palastine dan lainnya yang sinonim rakyatnya dengan pembunuhan, kebuluran dan kemiskinan. Mereka berhariraya tanpa perasaan gembira. Nasib mereka tidak dibela walau pun saudara seagama diserata dunia. Pemimpin negara umat Islam sibuk menghitung harta, memakmurkan ekonomi dan mencipta mahligai kemegahan. Saudara seagama dianggap bukan tanggung jawab bersama. Musuh besar Amerika semakin bermaharaja lela meratah umat. Justeru, berdoalah kita kepada Allah swt. agar mereka dibebaskan dari bencana tersebut. tidak ketinggalan juga saudara - saudara kita yang masih ditahan dibawah akta zalim ISA, diharapkan kita dapat menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.

Dikesempatan hari yang mulia ini, saya mewakili barisan exco Dewan pemuda PAS Negeri Melaka mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI WA KULLU 'AMIN WA ANTUM BIL KHIAR, juga memohon kemaafan di atas kesilapan yang dilakukan. Mudah - mudahan hari raya kali ini diberkati dan begitu bermakna buat kita semua.
Sekian wassalam.....

Takbir! Takbir! Takbir!

Perkauman lagi -Angkasanuri

Dalam sehari dua ini terdapat pihak tertentu yang cuba memainkan semula dan memanipulasi isu perkauman untuk mewujudkan pemusuhan dan perasaan benci membenci antara kaum.Isu berkaitan Kuil Sri Maha Kaliamman di Sri Ampang Selangor yang didakwa akan dirobohkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat disensasikan untuk mewujudkan perasaan kebencian kepada kerajaan negeri.Hakikatnya kuil tersebut dirobohkan bagi tujuan pengubahsuaian dan dukumentasi setelah 19 tahun bergelumang dengan pelbagai masalah dan diabaikan sejak zaman Mad Taib dan Khir Toyo semasa menjadi menteri besar lagi.Awal pagi ini, rumah ibu bapa YB Teresa Kok ahli Parlimen Seputeh yang baru dibebaskan ISA dilontar dengan bom petrol. Dipercayai rentetan dari isu azan dan tulisan jawi serta komennya yang telah disilap tafsir tentang makanan semasa beliau ditahan dalam ISA seperti 'makanan anjing'. Saya ingin menasihatkan pihak berkenaan yang cuba menggunakan isu perkauman untuk kepentingan politik sempit carilah isu atau pendekatan lain. Rakyat Malaysia semakin bijak dan matang dalam menilai dan menangani sesuatu isu.Satu ketika dulu, isu perkauman mungkin senjata ampuh untuk membuat provokasi dan 'menghalalkan' sesuatu tindakan mereka kini rakyat Malaysia semakin bijak menilai kebenaran dan kepalsuan.Apa yang berlaku dalam isu Datuk Ahmad Ismail, Ketua Umno Bukit Bendera yang 'direhatkan' dengan isu orang cina sebagai penumpang membuktikan bahawa rakyat Malaysia tidak termakan 'umpan' yang mereka hulurkan.Keadaannya sama apabila isu tuduhan liwat terbaru pada DSAI dan tangkapan terpilih BPR, rakyat sudah tahun skrip dan jalan cerita serta kesudahannya. Malah watak-watak pelakon utama tak perlu diperkenalkan. Rakyat dah dapat menilai yang mana kaca yang mana permata.Dalam tempoh penghujung Ramadhan ini sepatutnya mereka merebut peluang ini untuk membanyakkan diri dengan beribadat dan memohon keampunan dari Allah dengan meninggalkan kerja sia-sia dan tak berfaedah ini.