Imam Syahid dilahirkan di kota Mahmudiyyah di Buhairah, Mesir pd tahun 1906M. Beliau terdidik dlm keluarga yg masyhur dgn ilmu dan agamanya. Ayahnya bernama Ahmad Abdurrahman al-Banna, salah seorang ulama terkenal dgn ilmu sunnahnya. Di antara tercurah di dlm kitab karangannya yg berjudul “Al-Fath ar-Rabbani li Tartib Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal as-Syaibani.”

Di samping itu, ayahnya juga bekerja sbg pengusaha penjilidan buku dan membaiki jam, sehingga terkenal sbg ahli membaiki jam.

Beliau memperoleh pendidikan awal di Madrasah al-I’dadiyyah Rasyad ad-Diniyyah di Mahmudiyyah.

Beliau mula menaruh perhatian terhadap da’wah sejak kecil. Beliau mula merancang kegiatan Islam secara berstruktur utk melaksanakan amar ma’ruf nahu munkar. Beliau bersama teman-temannya membentuk organisasi bernama Jam’iyyah al-Akhlaq al-Adabiyyah, setelah itu mendirikan Jam’iyyah Man’ al-Muharramat. Imam Syahid amat gemar menghafal teks sejak kecil dan terkenal krn memiliki hafazan yg sgt kuat.

Selanjutnya, beliau berpindah ke Darul Mu’allimin di Damanhur pd tahun 1920. Di sinilah beliau menyelesaikan hafazan al-Qurannya sebelum usianya genap 14 tahun. Pada tahun 1923 beliau berpindah ke Kaherah utk melanjutkan pengajiannya di Darul Ulum. Di sanalah wawasan Imam Syahid mulai terbuka lebar. Beliau banyak menjalinkan hubungan dgn ulama ternama.

Beliau secara disiplin mengunjungi Perpustakaan Salafiyyah dan secara rutin menghadiri majlis Ustaz Muhibuddin al-Khatib dan di tempat inilah beliau byk menemui para ulama. Di samping itu beliau juga menjadi salah satu hadirin aktif di majlis ta’alim Ustaz Rasyid Ridha. Di sana pula beliau byk menemui ulama dari al-Azhar.

Beliau selalu menekankan perlunya amal Islami dgn segala cara utk menghadapi gelombang ilhad (atheis) dan ibahiyyah yg sudah lama marak menyelusup di tengah-tengah masyarakat ketika itu. Ketika jiwa da’wah telah kukuh meresap dan mendarah daging dlm peribadinya, beliau bangkit meningkatkan manuver da’wahnya bersama teman-temannya, dr majlis-majlis ta’alim, kedai-kedai kopi hinggalah ke forum-forum ilmiah.

Pd tahun 1927 beliau selesai menempuh pendidikan di Darul Ulum dgn menggondol predikat juara pertama, kemudian mengajar di kota Ismailiyyah. Dr sana beliau mulai berkhidmat di dlm da’wah secara sistemik (manhaji). Beliau merancang program-program da’wah dgn mengelilingi kampung, masuk keluar masjid dan menyampaikan da’wah kpd mereka yg duduk di kedai-kedai kopi. Mereka semuanya ditarbiyyah dgn cara Islam secara serius sehingga menghasilkan jiwa yg dinamis.

Pd bulan Dzulqa’idah 1347H bertepatan dgn Mac 1928 terbentuklah sel awal Jama’ah Ikhwanul Muslimin dgn 6 anggota. Sejak hari pertamanya, Jama’ah ini terkenal dgn prinsip kembali kpd sumber asasi Islam: Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya, serta kehidupan shalafusshaleh. Imam Syahid sejak mula telah memberikan perhatiannya kpd pemahaman syumuliyyah al-Islam dlm jiwa anggotanya, bahawa Islam meliputi aqidah, syari’ah dan manhaj al-hayyah yg lengkap dan sempurna.

Beliau berjihad membanteras bid’ah, khurafat dan kemungkaran yg melanda umat Islam ketika itu. Beliau mula membangunkan yayasan-yayasan Jama’ah, masjid-masjid, gedung-gedung pertemuan, mendirikan Maahad Hira’ al-Islami dan Madrasah Ummahatul Mu’minin di kota Ismailiyyah. Bermula dr sini tersebarlah da’wah beliau ke seantero kota mahupun desa sekitarnya.

Pd tahun 1923 Imam Syahid berpindah ke Kaherah, dan dgn itu pusat Ikhwan turut dipindahkan ke sana. Beliau memulakan program tarbiyyah utk para pemuda dgn tarbiyyah Islam yg kukuh, sbg persiapan nantinya utk memikul beban-beban da’wah yg berat.

Ketika itu beliau dilihat sbg obor bg gerakah da’wah Islam. Beliau melakukan perjalanan dr satu wilayah ke wilayah lainnya bersama kawan-kawannya utk memberikan ta’limat, sambil memberikan contoh kpd sesama aktivis da’wah, bagaimanakah gerak ideal bg sebuah amal da’wah.

Beliau sgt serus menjaga gerakan da’wahnya agar tidak sampai menjadi harakah iqlimiyyah (gerakan lokal) di wilayah Mesir sahaja. Sebaliknya, beliau ingin agar da’wahnya bersifat ‘alamiyyah (universal) sebagaimana ‘alamiyyah-nya Islam.

Imam Syahid aktif mengirim utusannya ke serata wilayah dunia Islam utk melakukan kajian tentang keadaan kaum Muslimin setempat, kemudian hasilnya dihantarkan ke Kaherah. Pusat Ikhwanul Muslimin ketika itu menjadi tempat bertemunya para mujahididn dr seluruh penjuru dunia, di saat negeri-negeri Islam yg lain berada pd masa kegelapannya krn hidup di bawah penjajah asing. Pusat Ikhwan sempat pula dihadiri tokoh-tokoh gerakan kemerdekaan dr Afrika, Yaman, India, Pakistan, Indonesia dan Afghanistan. Juga dr Sudan, Somalia, Suriah, Iraq, Palestin dan lain-lain lagi.

Imam Syahid mengibarkan panji jihad utk menghadapi penjajahan asing seperti Inggeris, Perancis dan Yahudi. Beliau juga khusus menggerakkan jihad utk pembebasan Palestin. Tercatat dlm sejarah dan masyhur, bagaimana pasukan Ikhwan memberikan pengajaran yg tidak dapat dilupakan oleh Yahudi dan askar-askarnya di Palestin.

Pd tahun 1948, penjajah dan konco-konconya bersekongkol utk menghancurkan Ikhwan. Negara-negara barat menekan pemerintah Mesir utk menghancurkan Jama’ah ini dan menangkap para mujahidin sekembalinya mereka dr perang di Palestin. Jadilah Imam Syahid seorang diri di luar penjara setelah beliau dipisahkan dr murid-muridnya, agar musuh-musuh Islam lebih leluasa utk mewujudkan impian mereka.

Kemuncaknya, pd tanggal 12 Februari 1949, Imam Syahid mencapai kesyahidannya setelah ditembak oleh mata-mata Raja Faruq secara pengecut di salah satu jalan di kota Kaherah.

Imam Syahid meninggalkan beberapa tulisan, di antaranya yg paling fundamental adalah Majmu’ah ar-Rasail yg dihimpunkan dlm satu buku, kemudian Mudzakkirah ad-Da’wah wa ad-Da’iyyah dan lain-lain lagi. Tulisan-tulisannya meskipun sedikit dan ringkas, namun mengandungi banyak kebaikan dan barakah yg melimpah-ruah. Ia mengandungi nilai yg tinggi meskipun diungkap dlm bahasa yg ringkas dan sederhana. Orang dgn mudah dapat memahami isinya hanya dlm tempoh yg singkat.

Imam Syahid telah byk menghabiskan waktu dgn menekuni da’wah dan tarbiyyah. Beliau membangunkan jama’ahnya dgn menumpukan kpd proses tarbiyyah utk mencetak kader da’wah, serta membangunkan kesedaran umat yg selama ini tidur lena.

Beliau memfokuskan perhatiannya kpd pembentukan rijal da’wah yg tangguh. Dipenuhinya perpustakaan dgn karya-karya beliau yg menyuarakan kebangkitan dan dinamika umat. Dgn amal Islami yg dirintisnya, beliau mengibarkan bendera jihad fi sabilillah di lima benua. Dgn semangat penuh gelora, beliau maju menghadang kebathilan, membongkar dgn jemarinya akar-akar penjajah di setiap tempat, serta membanteras kemungkaran, atheisme dan kesesatan. Beliau tampil mempamerkan Islam kpd umat manusia dgn segenap karakternya yg lengkap, sempurna dan universal, jauh dr penafsiran para jahil dan pemalsu. ‘Ala kulli hal, dgn gayanya yg khas beliau telah berhasil menunjukkan sekaligus mendemonstrasikan di hadapan umat bahawa Islam itu mudah dan jelas, tiada suatu pun yg samar dan membingungkan.

Semoga Allah memberikan balasan pahala yg setimpal dan memasukkan beliau ke dlm golongan para shalihin dan syuhada’. Amin.
Hit: 26 Laman Asal