Zikrullah

Buat Insan yang Amat Ku Sayang

Sunday, March 1, 2015

Bercinta sampai ke Syurga..


Aku bersama pendirian yang dulu.
Bismillah wa Alhamdulillah,
Kalam ku mulakan dengan namaMu dan seisi puji-pujian hanya untukMu. Ya Allah ya Hannan terima kasih kerna menganugerahkan aku cinta lagi. Setelah berkali-kali aku tersepit dengan permainan cinta manusia namun Engkau tetap mengizinkan aku untuk menikmati alam cinta yang sebenar. Sejak dulu, aku menghijab diri untuk tidak mencari cinta kerna Allah pasti datangkan cinta itu pada masa dan ketikanya. Setiap dari kita miliki percaturan cinta yang berbeza. Namun apa yang penting kita harus menyedari bahawa hakikat mencintai hanya SATU. Bersandarkan cinta itulah kita dapat menghambakan diri dengan penuh taat. Memetik kata-kata yang membarisi madah lelagu:

Jika engkau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu kan layu
Jika engkau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika engkau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi
Jika engkau mencintai illahi
Hanya DIA yang akan kekal abadi….
Cintailah Illahi..

Indahnya hidup berbekalkan nur dari Tuhan. Nikmat dan kesenangan dianggap anugerah susah dan payah dianggap tarbiyyah. Terulang-ulang cebisan liriknya yang sediakala terhafal diminda.

Impianku ingin bahagia jadi aku harus membahagiakan kerna syarat untuk bahagia adalah memberikan kegembiraan kepada yang lain dan kita akan menerima kegembiraan jua sebagai hasilnya. Kini aku tertumpu pada perjalanan cinta yang berbeza dari sebelumnya. Dulu aku tidak berpeluang untuk merasai indahnya gementar saat disunting, debaran menantikan hari-hari yang kian membahagiakan. Terima kasih kerna menghadiakan pengalaman yang cukup bermakna itu. In shaaAllah, pastinya ia akan terkunci rapi dikalbu.

Terkenang saat pertama kali, hati ini tekad memilihmu. Berbekalkan ilham yang disampaikan olehNya. Aku sujud memohon diberikan jalan. “ya Allah pada malam yang penuh keberkatan ini, aku ingin membuat keputusan yang besar tentang pilihan jodohku, yang bakal menemani kehidupan dan perjuanganku ini, atas ikhtiarku sebagai hambaMu yang tidak mampu melihat apa yang Engkau sembunyikan, aku menilai zahirnya, Kau uruskanlah ghaib dan batinnya. Berkatilah pilihanku ini dan kuatkan azam serta tawakalku kepadaMu. Aku hambaMu, dia jua hambaMu, Engkaulah Tuhan kami. Jadikanlah segalanya dalam suluhan hidayah dan inayahMu. Allahumma amen…
Bermula dari itu, aku menanam cita bahawa aku ingin membahagiakan dalam jalan yang Allah redha bukan persahabatan dan bukan pertunangan malah sebuah alam rumahtangga dengan ikatan perkahwinan. Aku hanya layak dicintai dan mencintai seorang suami anugerah hakiki dari illahi. Aku akan cuba berlapang dada dengan setiap apa yang menjadi kekuranngannya kerna dia adalah insan terpilih untukku. Jadikan aku yang terbaik untuknya dan dia yang terbaik untukku.

“sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku.”
(Hadith riwayat al-Timizi)

Inilah harga sebuah rumahtangga, tempat manusia dibentuk untuk membentuk. Titik mula pada sebuah perkahwinan yang dilayarkan dengan ikrar “Aku terima nikahnya…” adalah permulaan kepada kembara manusia dan cinta.
Manusia melahirkan cinta.
Cinta melahirkan manusia.
Cinta dan kasih sayang bukan sekadar kurniaan yang sementara. Malah ianya sebagai satu kurniaan untuk kita bercinta sampai ke syurga.

Aku sayang Allah.
01032015

0838 pm.

0 comments:

Post a Comment

Hindarilah kami dari dosa besar ini Ya Allah,bantulah diri kami untuk menguatkan iman kami,sesungguhnya...."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"....ku harap kita sentiasa dlm redha-Nya..Ameen..