.Jam di dinding telah menunjukkan tepat pukul 2.30 petang,aku pulang dengan membebani dengan keletihan yang tidak dapat aku gambarkan.Aku merehatkan diriku di atas sebuah kerusi yang begitu aneh,kerana diperbuat daripada batang kelapa.Maha suci ALLAH yang menjadikan segalanya untuk di nikmati oleh manusia.Namun ada juga di kalangan kita yang tidak mahu mensyukuri nikmat yang di berikan.Benarlah firman ALLAH yang bermaksud,"SESUNGGUHNYA SEDIKIT DI KALANGAN UMAT KU INI YANG BERSYUKUR".Sedang aku merehatkan diri ku ini kerana untuk menyelesaikan beberapa perkara yang belum aku selesaikan.Secara tidak sengaja datang seorang budak mengambil remote di atas meja lalu menukar siaran,aku mula terasa letih lalu mengambil keputusa untuk masuk kebilik lalu tidur.

Tiba tiba aku melihat pada televisyen sorokan budak secara beramai ramai, kemudian aku berasa terkejut takut takut berita tentang kemalangan.Maklumlah sekarang ini musim kemalangan.Tiba tiba aku dapati bahawa rancangan tersebut adalah rancangan untuk kanak kanak.Mereka saling bercerita,menyanyi serta berjoget.Sekarang baruku sedar bahawa rancangan tersebut adalah Juara Bintang Kecil.Namun aku mula terasa begitu pelik kerana aku dapati bahawa di dalam studio tersebut ada juga golongan yang agak berumur.Aku mula terfikir dan terus berfikir,bahawa rancangan ini untuk kanak kanak tetapi mengapa golongan yang dah berumur pun turut serta dalam acara ini.Setelah sekian lama baru ku ketahui bahawa mereka adalah ibu bapa yang memberi dokongan kepada anak mereka.Aku begitu kagum melihat gelagat ibu dan bapa mereka yang begitu bersemangat untuk memberi sokongan kepada anak mereka.

Setelah beberapa lama aku menatapi televisyen kerana kagum melihat gelagat ibu bapa yang begitu bersemangat memberi kata kata perangsang kepada anak mereka untuk meneruskan perjuangan ini sehingga ke titisan peluh yang terakhir.Sekarang tibalah masa yang di tunggu tunggu,para juri membuat kiraan markah untuk mengumumkan keputusan siapakah yang layak menjadi Juara Bintang Kecil pada kali ini.Aku dapat membayangkan apakah perasaan si anak kecil ini,mereka berdebar debar untuk menantika keputusan ini.Namun aku merasa begitu teruja apabila melihat riaksi mimit wajah muka kedua ibu bapa yang juga berdebar debar menantikan keputusan para juri.Moga Moga anak mereka mendapat tempat pada pertandingan ini.

.

Keputusan telah di umumkan,dari tempat ketiga hingga tempat pertama.Setelah keputusan telah di umumkan aku dapati riaksi wajah ibu bapa terus berubah ada yang gembira dan ada yang muram.Namun aku berasa sunnguh pelik bin ajaib ada juga ibu bapa yang menangis kerana anaknya tidak berjaya mendapat tempat.Aku berasa sungguh pilu dan sedih melihat keadaan yang sebegini takut takut terjadi pada keluarga saya.
Berdasarkan kepada keadaan sebegini,mungkin akan timbul di benak fikiran kita ini beberapa soalan yang perlu di jawab.Antaranya mengapa ibu bapa begitu bersemangat untuk melihat anaknya memenangi pertandingan sebegini? atau mungkin mengapa perlu sedih?cuba saja lain kali,ataupun bagaimanakah keadaan kanak kanak ini di sediakan sebelum memasuki pertangdinagn ini?mungkin sebahagian besar kita akan bertanya solan ini.

Tetapi berapa ramaikah di kalangan kita ini yang sedar atau bertanya mengapakah ada di kalangan ibu bapa yang begitu bersungguh ingin melihat anaknya untuk berjaya dalam pertandingan sebegini,mereka di ajar untuk menyanyi,berjoget,hidup secara pergaulan bebas,tambahan pula pakaian mereka itu tidak lagi melambangkan seorang islam yang sempurna,bahkan mereka telah di ajar cara hidup barat.Tidakkah mereka ini tahu ataupun mereka ini lupa,tentang hadis nabi yang bermaksud "SESUNGGUHNYA SETIAP ANAK ADAM YANG LHIR KE DUNIA INI ADALAH IBARAT KAIN PUTIH YANG SUCI,IBU BAPALAH YANG MECORAKANNYA SAMA ADA KRISTIAN,NASRANI,ATAUPUN MAJUSI".Sesungguhnya hadis ini jelas menunjukkan peranan ibu bapa dalam mendidik anak mereka.Bak kata pepatah melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Samada kita sedar atau tidak,kita sememangnya sekarang ini dijajah dari segenap bentuk,dari segi politik,ekonomi,kontrak sosial,dan juga pemikiran kita "ghuzwatul fikr".Sebagai contoh dari segi politik,negara kita ini masih mengamalkan undang undang rimba siapa kaya ia menjadi pemimpin.Kita dapat lihat apabila berlangsungnya pilihanraya di Dun Galas pada baru baru ini,mereka turun secara beramai ramai lalu menaburkan wang pada masyarakat untuk meraih undi.Bagaimana masyarakat di butakan matanya,di ugut mahasiswa untuk tidak turun ke Galas denagn AUKU,dan sebagainya.Ekonomi kita masih lagi mengamalkan sistem riba,yang di ambil berdasarka sistem komunis dan kapitalis.Mereka menafikan semua ini,dengan menggunakan segala yang mereka ada seperti media massa,dam media elektronik.Tetapi mereka telah lupa kepada firman ALLAh yang bermaksud "MEREKA HENDAK MEMADAMKAN AJARAN INI DENGAN MULUT MEREKA,TETAPI ALLAH TETAP MENYEMPURKAN AJARAN INI WALUPUN DI BENCI OLEH ORANG KAFIR"(surah as saff, Ayat 8).



Kita dapat lihat secara terang lagi bersuluh,bahawa sekarang ini media massa telah terbabit secara langsung untuk menjalankan satu agenda yahudi iaitu membentuk fikiran manusia khusunya kanak kanak pada waktu sekarang ini,daripada mereka membaca ataupun berfikir tentang satu perkara.Kita lihat saja bahawa mereka lebih menghafal skrip dialog kartun daripada pelajaran mereka.Kita dapat bandingkan mereka dengan kanak kank pada ketika dahulu mereka sanggup belajar berlampukan minyak tanah dan berbukukan batu serta kayu,kerana mereka betul betul menghayati nilai ilmu itu.

Tidakah kita kita sedar bahawa setiap hari,ada sahaja gejala buang anak,merompak,bunuh dan sebagainya.Apa yang paling di bimbangkan adalah ia berlaku kepada golongan muda mudi, yang menjadi barang emas serta tulang belakang kepada agama,negara serta ummah.Kita lihat sahaja pada salah seorang sahabt nabi yang bernama Usamah Bin Zaid,yang menjadi panglima perang menentang tentera musyrikin pada usia 19 tahun,Sultan Muhammad Al fateh menakluk bandar Konstatinopal pada usia 21 tahun.Tidakkah ini menjadi contoh kepada kita untuk menjadi pemuda yang bersemanagt untuk membela agama.Allah telah menyebut dalam Al quran yang bermaksud "TELAH KAMI CERITAKAN KEPADAMU WAHAI MUHAMMAH MEREKALAH PEMUDA PEMUDA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH KEMUDIAN KAMI TAMBAHKAN PETUNTUK KEPADA MEREKA"(surah al kahfi Ayat 13).Sesungguhnya orangf muda di ciotakan adalah untuk dunia bukan untuk universiti,bukan untuk kampung dan bukan untuk negara,tetapi untuk agama dan untuk dunia.



Sesungguhnya kita pada hari ini telah di jajah fikiran kita,bagaimana seorang ibu boelh menangis kerana anaknya kalah dalam pertandingan yang tidak memberi apa apa faedah kepada mereka,bahka mengajar anaknya untuk cuba hidup secara ala barat yang di katakan negara yang mencipta "ketamadunan manusia yang maju".Allah telah berfirman "SESUNGGUHNYA ANAK DAN HARTA ITU ADALAH FITNAH".

Marilah pada hari ini kita mulakan kehidupan yang baru.Satu kehidupan yang bebas merdeka dari segala segi,Kita adalah ummat yang terbaik di ciptakan oleh ALLAh untuk menyeru kepada yang ma,ruf dan menjegah kepada perkara yang mungkar dan berimanlah kamu kepada ALLAH.Golongan kanak kanak adalah golongan yang mulia dan amat berharga bagi ummat dan negara.Mereka akan terus membesar dan akan menjadi pelapis kepada ummat ini.Orang muda untuk DUNIA bukan untuk negara.


Hit: 12 Laman Asal