Shah Rukh Khan (bahasa Hindi: शाहरुख़ ख़ान, bahasa Urdu: شاه رخ خان), sebutan IPA: /ʃɑːhrux xɑːn/, lahir pada 2 November 1965, merupakan pelakon Bollywood dan penerbit filem yang masyhur, dan abru-baru ini menjadi hos rancangan kuiz popular, Kaun Banega Crorepati. beliau mengahwini Gauri Khan dan mereka bersama melahirkan seorang anak lelaki, Aryan, dan seorang anak perempuan,Suhana.
Biografi
Kehidupan Awal
Shah Rukh Khan dilahirkan oleh ibu bapa berketurunan Pathan, Taj Mohammed Khan dan Lateef Fatima,[1] dan juga merupakan cucu kepada Mejar Jeneral Shah Nawaz Khan yang pernah berkhidmat dalam Tentera Negara India di bawah Subash Chandra Bose.[2] Keluarga beliau tiba di India dari Bazaar Qissa Khawani di Peshawar, sebelum peristiwa Pemisahan India.[3] Khan memasuki St. Columba's Schooldi mana dia berjaya dalam bidang sukan, seni lakon dan akademik. Beliau pernah meraih Sword of Honour, anugerah tahunan yang dikurniakan kepada murid yang paling banyak mencerminkan semangat sekolahnya.[perlu rujukan] Selepas itu beliau memasuki Kolej Hansraj (1985-1988) di mana dia meraih ijazah sarjana muda dalam jurusan Ekonomi.
Setelah itu, beliau mengaji untuk Masters Degree dalam Komunikasi Massa di Universiti Jamia Millia Islamia.
Kerjaya
Khan melancarkan kerjayanya pada tahun 1988 apabila beliau muncul dalam siri televisyen Fauji, memegang watak Komando Abhimanyu Rai.[4] Kemudian beliau memainkan peranan kecil dalam siri Circus pada 1989.[5] yang memaparkan kehidupan ahli serkas. pada tahun yang sama beliau memegang peranan kecil lagi dalam filem televisten In Which Annie Gives it Those Ones. Setelah meninggalnya ibu bapa mereka Khan berpindah dari New Delhi ke Mumbai untuk melancarkan semula kerjayanya pada 1991.[6] Kemunculan Bollywood pertamanya dalam filem Deewana (1992) yang disambut hangat terus melancarkan kerjayanya di Bollywood.
Khan menerima ulasan positif untuk persembahan beliau dalam filem Baazigar dan Darr (1993), di mana beliau masing-masing memainkan watak anti-hero dan pencinta obsesif. Pada tahun 1995 beliau membintangi Dilwale Dulhania Le Jayenge yang mencapai kejayaan dari segi ulasan dan komersial[7] lalu mencapai tahun kedua belasnya dalam panggung wayang diMumbai, mengutip lebih satu bilion rupee secara keseluruhannya.[8]
Setelah kejayaan Dilwale Dulhania Le Jayenge Khan dikenali dengan pempasangannya dalam skrin bersama pelakon wanita Kajol yang sama masyhurnya. Kajol mula bekerja dengan Khan dalam Baazigar di mana bermulanya persahabatan mereka. Kini Khan, bersama Kajol dan Karan Johar mempunyai hubungan istimewa.
Khan meneruskan kolaborasi dengan pengarah-pengarah Yash Chopra dan Karan Johar dengan membintangi beberapa filem romantis arahan mereka yang menjadi kejayaan komersial termasuk Dil to Pagal Hai (1997), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Mohabbatein (2000), Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001), Kal Ho Naa Ho (2003) dan Veer-Zaara (2004).[9] Khan juga meraih ulasan positif bagi persembahannya di Anjaam (1994), Dil Se (1998), Hey Ram (2000), Swades (2004), dan Paheli (2005) yang tidak disambut sebaik judul-judul filem tadi.
Pada 2006 beliau kembali bekerjasama dengan Karan Johar bagi filem ramai bintang berjudul Kabhi Alvida Na Kehna yang berjaya dalam panggung di dalam dan luar negara India. Pada tahun yang sama beliau memegang watak tajuk dalam Don, iaitu pembikinan semula filem 1978 Don yang juga pernah sukses dalam industri.
Khan juga menerbit filem dan memiliki Dreamz Unl, sebuah syarikat penerbitan filem, bersama Juhi Chawla dan pengarah bernama Aziz Mirza. Dua filem pertama yang diterbit oleh beliau dan juga dibintangi beliau, Phir Bhi Dil Hai Hindustani (2000) dan Asoka (2001) tidak berjaya meraih kutipan lumayan.[10][11]
Filem ketiganya sebagai penerbit dan pelakon utama, Chalte Chalte (2003), merupakan hit pertamanya dari syarikat penerbitan beliau. [12]. Pada 2004 Main Hoon Na yang dihasilkan oleh sebuah lagi syarikat penerbitan beliau, Red Chillies Entertainment, [13] juga berjaya dalam panggung wayang. Pada tahun 2005 beliau menerbit dan membintangi Paheli yang pernah menjadi pilihan India bagi Kategori Filem Asing Terbaik Anugerah Academy namun tidak berjaya memenangi anugerah tersebut. Paheli juga tidak lumayan dalam pawagam.[14] Pada tahun yang sama beliau juga menerbit filem Kaal bersama Karan Johar dan menyanyikan sebuah lagu bagi filem tersebut bersama Malaika Arora Khan.
Nasreen Munni Kabir, seorang pembikin filem British, menerbitkan satu rancangan dokumentari mengenai Khan, "The Inner and Outer World of Shah Rukh Khan" (2005). Dokumentari ini, yang turut merangkumi jelajah konsert Temptations 2004 beliau, membandingkan dunia dalaman keluarga dan kehidupan seharian Khan dengan dunia luaran kerjayanya. Baru-baru ini buku "Still Reading Khan" yang diterbitkan pada tahun 2006, juga mengisahkan Khan yang bersuara mengenai hidup beliau sekeluarga.
Kini, Khan memegang peranan Kaun Banega Crorepati, versi India Who Wants To Be a Millionaire?[15] setelah mengambil alih peranan itu daripada Amitabh Bachchan. Rancangan ini dianggap rancangan paling popular dalam sejarah televisyen India. Pada 22 Januari 2007, rancangan kuiz tersebut kembali setelah lama menyepi. Ulasan gaya penyampaian Khan kebanyakannya positif kerana kemesraan dan unsur humor beliau. [16]
Pada Oktober 2008, kerajaan Melaka di Malaysia mengumumkan bahawa Khan bakal dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.[17] Perkara ini menjadi perbualan hangat bertahap kontroversi kerana ramai pihak, termasuk SENIMAN mempersoalkan sumbangan beliau kepada negara[18], selain menggambarkan filem One 2 Ka 4di Melaka pada tahun 2001.[19] Beliau hadir di Melaka untuk menerima anugerah tersebut pada 6 Disember.[20]
Pada Jun 2011, filem My Name is Khan menangi kategori filem terbaik, lirik terbaik, pengarahan terbaik yang dibolot oleh Karan Johar. Pelakon Datuk Shahrukh Khan juga memenangi kategori pelakon lelaki terbaik menerusi filem My Name is Khan dalam Majlis Anugerah Oscar Bollywood di Toronto, Kanada.[21]
Senarai lakonan filem
Tahun | Filem | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
1992 | Deewana | Raja Sahai | Pemenang, Filmfare Best Male Debut Award |
Idiot | Pawan Raghujan | ||
Chamatkar | Sunder Srivastava | ||
Raju Ban Gaya Gentleman | Raju (Raj Mathur) | ||
Dil Aashna Hai | Karan | ||
1993 | Maya Memsaab | Lalit Kumar | |
King Uncle | Anil Bhansal | ||
Baazigar | Ajay Sharma/Vicky Malhotra | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | |
Darr | Rahul Mehra | Tercalon, Filmfare Best Villain Award | |
Kabhi Haan Kabhi Naa | Sunil | Pemenang, Filmfare Critics Award for Best Performance Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |
1994 | Anjaam | Vijay Agnihotri | Pemenang, Filmfare Best Villain Award |
1995 | Karan Arjun | Arjun Singh/Vijay | |
Zamana Deewana | Rahul Malhotra | ||
Guddu | Guddu Bahadur | ||
Oh Darling! Yeh Hai India! | Hero | ||
Dilwale Dulhania Le Jayenge | Raj Malhotra | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | |
Ram Jaane | Ram Jaane | ||
Trimurti | Romi Singh | ||
1996 | English Babu Desi Mem | Vikram/Hari/Gopal Mayur | |
Chaahat | Roop Rathore | ||
Army | Arjun | Cameo | |
Dushman Duniya Ka | Badru | ||
1997 | Gudgudee | Kemunculan istimewa | |
Koyla | Shankar | ||
Yes Boss | Rahul Joshi | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |
Pardes | Arjun Saagar | ||
Dil To Pagal Hai | Rahul | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | |
1998 | Duplicate | Bablu Chaudhry/Manu Dada | Tercalon, Filmfare Best Villain Award |
Achanak | Dirinya sendiri | Kemunculan istimewa | |
Dil Se | Amarkant Varma | ||
Kuch Kuch Hota Hai | Rahul Khanna | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | |
1999 | Baadshah | Raj Heera/Baadshah | Tercalon, Filmfare Best Comedian Award |
2000 | Phir Bhi Dil Hai Hindustani | Ajay Bakshi | |
Hey Ram | Amjad Ali Khan | ||
Josh | Max | ||
Har Dil Jo Pyar Karega | Rahul | Cameo | |
Mohabbatein | Raj Aryan Malhotra | Pemenang, Filmfare Critics Award for Best Performance Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |
Gaja Gamini | Dirinya sendiri | Kemunculan istimewa | |
2001 | One 2 Ka 4 | Arun Verma | |
Asoka | Asoka | ||
Kabhi Khushi Kabhie Gham... | Rahul Raichand | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |
2002 | Hum Tumhare Hain Sanam | Gopal | |
Devdas | Devdas Mukherjee | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | |
Shakti: The Power | Jaisingh | Kemunculan istimewa | |
Saathiya | Yeshwant Rao | Cameo | |
2003 | Chalte Chalte | Raj Mathur | |
Kal Ho Naa Ho | Aman Mathur | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |
2004 | Yeh Lamhe Judaai Ke | Dushant | |
Main Hoon Na | Maj. Ram Prasad Sharma | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |
Veer-Zaara | Veer Pratap Singh | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |
Swades | Mohan Bhargava | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | |
2005 | Kuch Meetha Ho Jaaye | Dirinya sendiri | Kemunculan istimewa |
Kaal | Kemunculan istimewa dalam lagu Kaal Dhamaal | ||
Silsilay | Sutradhar | Cameo | |
Paheli | Kishenlal/The Ghost | ||
The Inner and Outer World of Shah Rukh Khan | Dirinya sendiri (Biopic) | Documentary directed by British-based author and director Nasreen Munni Kabir | |
2006 | Alag | Kemunculan istimewa dalam lagu Sabse Alag | |
Kabhi Alvida Naa Kehna | Dev Saran | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |
Don - The Chase Begins Again | Vijay/Don | Tercalon, Filmfare Best Actor Award Tercalon, Asian Film Award for Best Actor | |
I See You | Kemunculan istimewa dalam lagu Subah Subah | ||
2007 | Chak De India | Kabir Khan | Pemenang, Filmfare Best Actor Award |
Heyy Babyy | Raj Malhotra | Kemunculan istimewa dalam lagu Mast Kalandar | |
Om Shanti Om | Om Prakash Makhija/ Om Kapoor | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |
2008 | Krazzy 4 | Kemunculan istimewa dalam lagu Break Free | |
Bhoothnath | Aditya Sharma | Cameo | |
Rab Ne Bana Di Jodi | Surinder Sahni/Raj | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |
Kismat Konnection | Pencerita | ||
2009 | Luck by Chance | Dirinya sendiri | Guest appearance |
Billu | Sahir Khan | ||
2010 | Dulha Mil Gaya | Pawan Raj Gandhi (PRG) | Extended appearance |
My Name Is Khan | Rizwan Khan | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | |
Shahrukh Bola Khoobsurat Hai Tu | Dirinya sendiri | Kameo | |
2011 | Koochie Koochie Hota Hain | Rocky (Voice-over) | Pascapenerbitan |
Ra.One | G.One | Pascapenerbitan | |
Don 2 - The Chase Continues | Don | Pascapenerbitan |
Rujukan
- ↑ The Shah Rukh Connection
- ↑ "Badshah at durbar and dinner". telegraphindia.com. http://www.telegraphindia.com/1040531/asp/frontpage/story_3313328.asp. Dirujuk pada 12 March 2007.
- ↑ Rediff News Gallery: The Shah Rukh Khan Connection
- ↑ The camera chose Shah Rukh Khan
- ↑ http://news.bbc.co.uk/2/hi/entertainment/2204900.stm Shahrukh goes global]
- ↑ http://www.time.com/time/asia/2004/heroes/hshah_rukh_khan.html
- ↑ http://www.boxofficeindia.com/alltime.htm
- ↑ "´DDLJ´ Enters The Twelfth Year At The Theaters!". planetbollywood.com. http://www.planetbollywood.com/displayArticle.php?id=011307064804. Dirujuk pada 14 January 2007.
- ↑ http://www.boxofficeindia.com/shahrukhkhan.htm
- ↑ http://www.boxofficeindia.com/2001.htm.
- ↑ http://www.boxofficeindia.com/2001.htm
- ↑ http://www.boxofficeindia.com/2003.htm
- ↑ http://www.boxofficeindia.com/2004.htm
- ↑ http://www.boxofficeindia.com/2005.htm
- ↑ http://www.iht.com/articles/ap/2007/01/18/arts/AS-A-E-TV-India-Millionaire-Show.php
- ↑ http://www.businessofcinema.com/2007/22jan/shahrukh_kbc.htm
- ↑ Amirullah Andi Nur. "Shah Rukh Khan terima darjah Melaka bawa gelaran Datuk", Berita Harian, 2008-10-10. Dicapai pada 2008-10-21.
- ↑ Seniman Terkilan Shah Rukh Khan Dikurnia Datuk
- ↑ "Malaysia knights Bollywood heart-throb amid outcry", AFP, 2008-10-12. Dicapai pada 2008-10-21.
- ↑ "SRK is now Datuk Shahrukh Khan", The Times of India, 2008-12-06. Dicapai pada 2008-12-06.
- ↑ "Datuk Shahrukh Khan Menang Aktor Terbaik 2011".
http://ms.wikipedia.org/wiki/Shah_Rukh_Khan
Galeri Filem SRK
0 ulasan:
Catat Ulasan