Difinasi komunikasi
Terdapat beberapa sarjana yang memberi difinisi berkait dengan komunikasi. Menurut James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989) komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud .
Bagi S.Bernard Rosenblatt yang
di tulis dalam bukunya iaitu Communication in Business,(l983) mendefinisikan
komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan
sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak
peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat
organisasi.
Emery, Ault dan Agee (dlm.
Sulaiman Masri, 1997) komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea, dan
sikap daripada seseorang kepada seseorang.
Sulaiman Masri (l997) pula
merumuskan bahawa , komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada
pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu
kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas
(mengekod dan mentafsir) mesej tersebut.
ELEMEN-ELEMEN
UTAMA
KOMUNIKASI
Penghantaran mesej.
Penghantar
akan mengenkod mesej iaitu proses menterjemahkan pemikiran atau perasaan
ke
dalam perantaraan(medium) samada dalam bentuk bertulis atau lisan bagi
menyalurkan
mesej
yang telah dikenalpasti.
Penerima mesej
Penerima
mesej merupakan individu yang menerima dan mendekod atau mentafsir mesej
penghantar.
Mesej.
Merupakan simbol-simbol samada dalam bentuk lisan,bertulis
atau isyarat bukan lisan yang mewakili maklumat yang ingin disalurkan oleh
penghantar
kepada penerima.
a. Mesej bukan lisan – mesej yang disalurkan
melalui gerak-geri atau ekspresi muka,pergerakan posisi badan dan perhubungan
fizikal.Terdapat 3 mesej bukan lisan seperti berikut:-
Jarak
:- merupakan kaedah individu menggunakan
ruang fizikal bagi menyalurkan mesej mengenai diri mereka.
Rupa
diri:- Cara pemakaian juga mengkomunikasikan
mesej-mesej tertentu.
Bahasa
diri:- Ia merupakan gerak-geri muka dan mata.
Melalui pergerakan diri juga dapat
menyalurkan mesej atau penghantaran mesej.
b. Mesej Lisan
- Bersemuka secara informal dengan seseorang
- Temuduga secara formal dan tidak formal
- Perbualan berkumpulan secara tidak formal dan
formal
- Memberi ucapan di perjumpaan formal
- Perbualan telefon
- Pesanan suara
- Telesidang
c. Mesej Bertulis
- Memo,surat,laporan dan menganalisis data
kewangan
- Notis di papan kenyataan,artikel, jurnal dan
buletin
- E- Mail
- Internet
Saluran
Merupakan laluan yang dilalui oleh mesej daripada penghantar
kepada penerima dengan memastikan tidak ada gangguan ke atas maklumat.Saluran
komunikasi terbahagi kepada dua jenis:-
- Saluran komunikasi formal:- disalurkan seperti melalui
carta atau hierarki dalam organisai
- Saluran organisasi tidak formal:- Wujud melalui perhubungan
sosial dan persahabatan atau ‘grapevine’
Saluran Komunikasi Formal
i. Saluran ke bawah:-Digunakan oleh pengurus untuk menghantar
mesej kepada subordinate
ii. Saluran ke atas:-Subordinate menghantar mesej
kepada ketua mereka.
iii. Saluran mendatar:-Pertukaran maklumat antara
rakan sekerja atau ahli-ahli dalam sesuatu organisasi dsb.
Maklumbalas
- Persepsi:- Makna yang diberikan kepada sesuatu
mesej samada oleh penghantar atau
penerima.Persepsi individu dipengaruhi oleh keperluan,pengalaman
lalu, nilai, sikap,jangkaan dsb.
- Salah faham:- Salah persepsi, salah tafsiran dan
salah penilaian terhadap sesuatu mesej.
Gangguan
Halangan yang berlaku dalam proses penghantaran
mesej oleh pengirim kepada
penerima.
komunikasi
Bidang komunikasi mula dianggap penting apabila ianya menjadi tumpuan
pada abad ke-20. Terdapat dua aspek utama yang dilihat
secara tidak langsung telah meletakkan bidang ini sebagai
satu bidang pengajian yang baru. Aspek pertama ialah perkembangan
dari beberapa sudut atau perkara seperti teknologi komunikasi, perindustrian dan politik dunia. Teknologi komunikasi contohnya radio,
televisyen, telefon, setelit, rangkaian komputer telah membuahkan idea untuk mengetahui apakah kesan perkembangan teknologi komunikasi terhadap individu,
masyarakat dan penduduk disesebuah negara. Perkembangan
politik dunia, memperlihatkah bagaimanakah kesan
ucapan-ucapan politik terhadap publik amnya sehingga menimbulkan
propadanda dan pendapat umum.
Seterusnya perkembangan perindustrian seperti perkilangan dan
perkapalan menuntut betapa perlunya komunikasi yang
berkesan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti bagi
mencapai maksud atau misi organisasi tersebut. Aspek kedua
ialah dari sudut kajian di mana para sarjana dan penyelidik mula menaruh
minat untuk mengkaji bidang-bidang yang berkaitan dengan
komunikasi seperti mereka yang dari bidang psikologi
sosial mengkaji penggunaan teknologi baru terhadap kesan
tayangan wayang gambar kepada kanak-kanak, propaganda dan pembujukan dan dinamik kelompok.
Kajian ke atas politik dunia
seperti menganalisa propaganda Nazi yang mampu
mempengaruhi pendengar sehingga mereka patuh dan bersatu.
Seterusnya kajian awal penyelidik ke atas perindustrian yang pada separuh pertama abad ke-20 tertumpu kepada memenuhi keinginan sektor
pemasaran untuk mengetahui komunikasi dengan lebih dekat setelah
pengiklanan menampakkan kepentingannya.Oleh itu, bidang
komunikasi mengorak langkah dan maju kehadapan setelah
berlakunya pengembangan dari sudut teknologi komunikasi, perindustrian
dan politik dunia serta kajian-kajian terhadapnya dilakukan. Sehingga bidang komunikasi menjadi bidang pengajian yang baru dan mula diminati
ramai. Namun, bidang yang menjadi asas kepada bidang
komunikasi ialah bidang-bidang sains sosial seperti
sosiologi, pendidikan, psikologi sosial, pengurusan, antropologi dan psikologi.
Teori
komunikasi adalah gabungan dua kata dasar iaitu teori dan komunikasi. Teori
mengikut Littlejohn (1996)
adalah satu konsep yang cuba menerangkan sesuatu pengalaman, idea tentang suatu
fenomena yang berlaku atau peristiwa manakala komunikasi menurut bahasa ialah
kenyataan atau perhubungan sementara menurut Miller(1996) satu situasi di mana sumber memancarkan mesej
kepada penerima dengan secara sedar bertujuan mempengaruhi perlakuan penerima.
Ini bermakna gabungan dua kata dasar teori komunikasi adalah satu percubaan
menerangkan, menjelaskan, membuat ramalan dan menjadi panduan untuk memahami
sesuatu situasi fenomena komunikasi
Terdapat
dua jenis komunikasi iaitu komunikasi
intrapersonal dan komunikasi interpersonal.
Kedua –dua jenis komunikasi ini mempunyai sifat dan ciri yang dengan jelas
membezakan bentuk komunikasi yang berlaku. Komunikasi intrapersonal adalah
komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang. Komunikasi ini dibentuk di
dalam diri seseorang dalam proses untuk menyampaikan maklumat. Menurut Capstone
(2001)maklumat yang dibentuk dalam diri seseorang melalui komunikasi
intrapersonal terbahagi kepada dua iaitu maklumat yang disampaikan secara lisan
dan maklumat yang disampaikan secara tidak lisan. Contoh komunikasi secara
tidak lisan ialah keadaan muka, nada suara dan sentuhan tangan. Manakala
komunikasi secara lisan terbahagi kepada tiga iaitu sintatik, semantik dan
pragmatik. Sintatik komunukasi yang dibentuk oleh perhubungan di antara
perkataan, semantik pula ialah hubungan di antara perkataan dengan objek yang
diwakili oleh perkataan manakala pragmatik pula perhubungan di antara perkataan
dan tingkahlaku. Sebagai penyampai maklumat dalam proses komunikasi maklumat
akan diurus dalam bentuk lisan dan tidak lisan dalam membentuk makna pada
kontek yang ada. Sebagai contoh komunikasi intrapersonal ialah reaksi muka seseorang
terhadap tingkahlaku orang lain.
Manakala komunikasi interpersonal
adalah komunikasi yang melibatkan proses interaksi di antara dua orang samada
dalam bentuk bersemuka atau dalam bentuk meditasi. Menurut Capstone (2001) komunikasi interpersonal wujud dalam empat
perspektif iaitu komunikasi hubungan, komunikasi kontek, komunikasi kuantitatif
dan komunikasi strategi. Dalam komunikasi hubungan, penghantar dan penerima
maklumat bekerjasama serentak dalam membentuk kefahaman komunikasi. Manakala
dalam komunikasi kontek perhubungan yang berlaku di antara dua orang berlaku
dalam situasi yang tertentu. Dalam komunikasi kuantitatif pula wujud
perhubungan yang akrab dalam proses komunikasi seterusnya dalam komunikasi
strategi komunikasi wujud dalam proses untuk mencapai objektif interpersonal.
Teori Komunikasi
Teori
adalah merupakan satu pandangan dan strategi yang akan membentuk hala tuju dan
rangka kerja untuk sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan. Dalam proses
komunikasi teori akan membina bentuk dan kaedah komunikasi yang hendak dibuat.
Melalui penulisan ini pembentangan akan dibuat terhadap beberapa teori penting
berkenaan komunikasi. Di antara beberapa teori yang akan dijelaskan adalah seperti
di bawah:
a
Teori penyebaran
Teori
ini mempunyai hubungan yang kuat dengan inovasi di dalam teknologi pendidikan.
Apabila sesuatu komuniti masyarakat telah dapat menerima sesuatu inovasi yang
baru maka perlulah ada jalan dimana inovasi itu tadi akan dapat disalurkan
kepada masyarakat. Teori ini secara umumnya menekankan proses penyebaran
maklumat setelah berlaku inovasi di dalam teknologi pendidikan. Menurut Rogers (1995) ada empat faktor utama yang
mempengaruhi proses penyebaran iaitu inovasi itu sendiri, bagaimana untuk
menyebarkan maklumat tentang inovasi yang telah dibuat, masa penyebaran dan
struktur masyarakat di mana inovasi itu disebarkan. Manakala Schiffman (1991)
menyatakan guru yang memahami proses inovasi dan teori penyebaran inovasi dan
dapat bekerja dengan lebih berkesan kepada pelajar mereka . Faktor paling dalam
proses untuk memahami teori ini ialah ianya tidak dibina sebagai satu teori
tetapi adalah merupakan satu teori yang komprehensif dan merupakan gabunga dari
berbagai disiplin yang memberikan pengkhususan kepada elemen yang berbeza di
dalam proses inovasi. Rogers (1995) ada menyatakan teori penyebaran ini adalah
merupakan gabungan daripada empat elemen penting iaitu proses membuat
keputusan, proses inovasi individu, kadar penerimaan dan penerimaan keaslian.
b
Tteori Struktur Penyesuaian
Teori
dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian berkomunikasi di dalam sesuatu
kumpulan. Poole et al. (1986) menyatakan teori ini dibentuk berdasarkan
kepada struktur penyesuaian maklumat yang berkomunikasi di dalam sesuatu
kumpulan. Poole et al. (1986) juga
menyatakan teori ini akan memudahkan penyesuaian komunikasi di dalam satu
kumpulan yang berkomunikasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Teori ini
bergantung kepada kebenaran dalam proses komunikasi dan berpandukan kepada
garis panduan yang telah ditetapkan. Semasa proses komunikasi peraturan akan
ditetapkan untuk memudahkan proses penyesuaian. Fokus utama semasa proses
komunikasi ialah maklumat yang berdasarkan fakta dan boleh berubah berdasarkan
keadaan yang sesuai. Walaubagaimanapun semasa proses komunikasi setiap kumpulan
tidak perlu terlalu berpegang kepada peraturan yang telah ditetapkan.
Pengubahsuaian terhadap peraturan boleh dibuat semasa proses komunikasi bagi
memastikan matlamat perbincangan tercapai
c)
Teori Tipu Helah Peribadi
Menurut
Buller et al. (1996) teori ini berdasarkan kepada manipulasi maklumat oleh
penyampai semasa proses komunikasi di mana penyampai khuatir terhadap pemalsuan
maklumat yang telah dibuat akan dapat dikesan.. Buller et al. (1996)juga
menyatakan ini aka menyebabkan penerima maklumat akan cuba memastikan setiap
maklumat yang diterima adalah sahih dan tidak akan terdapat pemalsuan maklumat
oleh penyampai. Menurut Buller et al. (1996) terdapat tiga aspek penting untuk
maklumat yang biasanya dipalsukan iaitu pada kebiasaannya maklumat yang
biasanya dipalsukan ialah maklumat yang dibina komunikasinya secara lisan.
Selain dari itu maklumat tambahan semasa proses komunikasi samada secara lisan
atau tidak akan mendedahkan kebenaran sesuatu maklumat. Buller et al. (1996) seterusnya menjelaskan
tingkah laku yang meragukan semasa proses penyampaian maklumat boleh
mendedahkan secara tidak langsung proses pemalsuan maklumat.
d)
Teori Persamaan Media
Melalui
teori ini Reeves et al. (1996) ada menjelaskan bagaimana andaian boleh dibuat
terhadap tindakbalas secara tidak sedar ke atas media komunikasi dengan
menjadikannya seperti manusia yang sebenar. Teori ini juga melihat komunikasi
interpersonal yang berlaku di antara media dan seseorang individu. Kita
berkomunikasi dengan komputer dengan teknik dan pendekatan yang sama apabila
kita berkomunikasi dengan seseorang. Secara tidak disedari kita berkomunikasi
dalam keadaan di mana komputer dianggap seperti manusia biasa. Menurut utRe
eves et al. (1996) teori ini membentuk satu fenomena baru dalam komunikasi
interpersonal. Menurut Griffin (2000) terdapat beberapa ciri penting di dalam
cara
berkomunikasi dengan menggunakan
pendekatan teori ini iaitu :
a. Mereka yang berkomunikasi dengan
media akan menganggap ianya sebagai manusia biasa.
b.Satu bentuk komunikasi yang mudah
untuk difahami
c.Secara
umum ianya adalah konsisten dari sudut saintifik.
d.Boleh
menyusun pengetahuan tentang tingkah laku pemerhati.
Seterusnya teori ini juga dapat membantu penerima maklumat
mengenalpasti maklumat yang sahih dan dapat membantu penerima maklumat
mengenalpasti ciri – ciri maklumat yang telah dipalsukan. Melalui tingkahlaku
seseorang semasa proses komunikasi samada secara lisan atau tidak akan dapat
membantu untuk mengesahkan setiap maklumat yang diterima oleh si penerima
maklumat.
e)
Teori Komunikasi Kecekapan
Spitzberg
et al. (1984) menjelaskan teori ini menyediakan keupayaan untuk memilih
tingkahlaku yang sesuai dan berkesan pada situasi yang diberi dalam proses
komunikasi. Kecekapan interpersonal memberi peluang kepada seseorang untuk
mencapai matlamat komunikasi tanpa melukakan perasaan pasangan yang terlibat
dalam proses komunikasi tersebut. Menurut Spitzberg et al. (1984) terdapat tiga
komponen utama di dalam proses komunikasi yang berdasarkan teori ini iaitu, pengetahuan, kemahiran dan motivasi. Pengetahuan menjurus kepada
keupayaan untuk mengetahui tingkahlaku yang paling sesuai semasa proses
komunikasi dalam situasi yang diberi. Manakala kemahiran pula ialah keupayaan
untuk menggunakan situasi yang diberi. Seterusnya motivasi ialah mempunyai
keinginan untuk berkomunikasi secara bersaing.
f)
Teori Konstruktivism
Teori
ini berdasarkan kepada pendapat Jesse Delia dan dibina pada tahun 1982. Menurut
Delia (1982) konstruktivism menekankan kepada perubahan yang berlaku semasa
proses komunikasi. Bagi mengukur dan memerhatikan perubahan adalah merupakan
satu tugas yang sukar. Delia (1982) juga berpendapat mereka yang berjaya untuk
mengubah bentuk komunikasi mereka pada situasi yang berbeza akan menjadi lebih
berjaya dalam proses komunikasi.
Untuk
penjelasan yang lebih lanjut tentang teori ini Griffin (2000) menyatakan teori
ini berdasarkan kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang komplek di dalam
persepsinya terhadap orang lain dan akan mempunyai keupayaan yang lebih baik di
dalam komunikasi yang canggih untuk mengeluarkan hasil yang positif dari
komunikasi tersebut. Mereka juga akan berupaya untuk merekabentuk logik
maklumat yang retorik yang akan menjadikan seseorang itu sebagai pusat maklumat
dalam proses komunikasi dan seterusnya mencapai matlamat komunikasi yang besar.
Pendekatan komunikasi dengan teori ini akan menyebabkan seseorang itu akan
lebih berjaya dalam komunikasi interpersonal dalam rangka untuk mencapai
matlamatnya
Kesimpulan
Dalam upaya memperoleh
pemahaman mengenai ilmu dan teori komunikasi kita perlu memahami mengenai apa
itu ilmu secara umum. Banyak pengertian yang biasa dikemukakan mengenai ilmu.
Ilmu adalah pengetahuan yang bersifat umum dan sistematik, pengetahuan dari
mana dapat disimpulkan dalil-dalil tertentu menurut kaedah-kaedah umum. ilmu
pada dasarnya adalah pengetahuan tentang sesuatu hal atau fenomena, baik yang
berkaitan
alam atau sosial (kehidupan masyarakat), yang
diperoleh manusia melalui proses berfikir. Ini ber erti bahwa setiap ilmu
merupakan pengetahun tentang sesuatu yang menjadi objek kajian dari ilmu yang berkaitan.
Perkembangan bidang komunikasi dunia adalah berdasarkan
kepada beberapa aspek. Secara am ianya merangkumi perkembangan teknologi komunikasi,
perindustrian dan politik dunia serta minat para penyelidik di dalam mengkaji bidang komuniksi
dengan lebih spesifik lagi. Kepelbagaian
teori komunikasi mendefinasikan komunikasi sebagai sesuatu yang komplek dan tidak ada satu teori komunikasi
yang terbaik yang dapat menerangkan fenomena
komunikasi dengan tepat. Kajian yang lebih terperinci perlu dibuat oleh pengkaji dalam proses untuk menentukan teori
komunikasi yang sesuai yang dapat digunakan semasa berkomunikasi.
Rujukan :
TP25143 psikologi
komunikasi
Schiffman, S. S. 1991. Instructional systems
design: Five views of the field. In G. J.
http://www.uky.edu/~drlane/capstone/persuasion/
(28 Jun 2001). (28 Jun 2001). http://www.uky.edu/~drlane/capstone/interpersonal/construct.html
(28 Jun 2001).
Narimah Ismail, Ph.d (1999) KOM3002
Pengenalan Kepada Teori Komunikasi. Kuala Lumpur; Cetakrapi Sdn.Bhd.
Noran fauziah Yaakub (1987). Penghantar
Sosiologi. Kuala Lumpur; Fajar Bakti Sdn.Bhd.
James A.F. Stoner. Charles
Wankel (1989). Pengurusan Edisi Ketiga.Petaling jaya; Amiza Publising
Sdn.Bhd.
Muhd.Mansur Abdullah (1998). Komunikasi
Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hawa Munji & Ma'rof
Redzuan (1990). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Everett M.Rogers (1991). Teknologi
Komunikasi Media Baru Dalam Masyarakat. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Gerald M.Goldhaber (1990). Komunikasi
Dalam Organisasi. Kuala Lumpur;Dewan Bahasa dan Pustaka
No comments:
Post a Comment