Thursday 15 December 2011

Plato


PENGENALAN

Plato merupakan ahli falsafah Yunani klasik, ahli matematik, penulis dialog falsafah,pelajar Scorates dan pengasas Akademik di Athens yang merupakan institusi pengajian tinggi pertama di dunia barat. Plato juga menghasilkan banyak karya, ada yang beberapa karya sendiri mahupun karya yang dibuat oleh para muridnya. Cita-cita Plato dahulunya ingin menjadi seorang ahli politik tetapi kerana kejadian bahawa Socrates mati dihukum minum racun maka pupuslah sudah cita-citanya. Plato mengurungkan niatnya menjadi ahli politik kerana Socrates itulah yang merupakan gurunya selama 8 tahun.
Plato membantu meletakkan dasar-dasar falsafah dan sains barat. Kecanggihan plato sebagai penulis adalah jelas dalam Dialog Socrates,36 dialog dan surat tiga belas tahun telah menyatakan kepadanya. Tulisan-tulisan  Plato telah disiarkan dalam beberapa fesyen ini telah membawa kepada beberapa konvensyen mengenai penamaan dan rujukan teks Plato. Dialog Plato telah digunakan untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk falsafah logik, etika, retorik dan matematik.










SEJARAH PLATO
 Plato dilahirkan dari kalangan keluarga kenamaan Athen. Sekitar tahun 427 SM. Di masa remaja dia berkenalan dengan Socrates yang jadi guru sekaligus sahabatnya. Tahun 399 SM semasa Socrates berumur tujuh puluh tahun, dia dibawa ke muka pengadilan dengan tuduhan mengajarajaran sesat dan merosakan akhlak golongan muda Athen. Scorates dikutuk  dan dihukum mati. Pelaksanaan hukum mati terhadap Socrates yang disebut Plato orang terbijaksana, terjujur, terbaik semua manusia yang pernah kenal membuatkan Plato benci kepada pemerintahan demokrasi. Tak lama sudah Socrates mati, Plato pergi meninggalkan Athen dan mengembara selama sepuluh hingga dua belas tahun.
 Sekitar tahun 387 SM dia kembali ke Athen dan mendirikan sekolah di sana, sebuah akademi yang berjalan lebih dari 900 tahun. Plato menghabiskan sisa umurnya yang empat puluh tahun di Athen, mengajar dan menulis soal berkaitan falsafah. Muridnya yang termasyhur Aristotle yang menjadi murid akademi sewaktu berumur tujuh belas tahun sedangkan Plato waktu itu sudah menjangkau umur enam puluh tahun. Plato meninggal pada usia tujuh puluh.
 Plato menulis tidak kurang dari tiga puluh enam buku kebanyakan berkaitan  dengan masalah politik dan etika selain metafisik dan teologi. Tentu saja mustahil mengikhtisarkan isi semua buku itu hanya dalam beberapa kalimat. Buku yang tersohor Republik yang mewakili fikiran-fikirannya tentang bentuk masyarakat yang ideal.
Bentuk terbaik dari suatu pemerintahan mengikut Plato  adalah pemerintahan yang dipegang oleh kaum Aristokrat. Yang dimaksud Aristokrat di sini bukannya Aristokrat yang lahir dari keluarga pemerintah yang berkuasa di negara itu. Orang-orang ini mesti dipilih bukan melalui pungutan suara rakyat tetapi melalui proses keputusan bersama golongan cerdik pandai yang lain. Orang yang sudah jadi anggota penguasa atau disebut guardian harus menambah orang-orang yang setaraf dengannya semata-mata atas dasar pertimbangan kualiti atau kebolehan. Plato percaya bahawa bagi semua orang sama ada  lelaki atau perempuan mesti diberikan kesempatan memperlihatkan kebolehannya selaku anggota guardian. Plato merupakan ahli falsafah utama yang pertama dan yang mengusulkan persamaan kesempatan tanpa memandang jantina.
 Untuk membuktikan persamaan peluang diantara jantina, Plato menganjurkan agar pendidikan anak-anak dikelolakan oleh negara. Anak-anak pada mulanya memperoleh latihan fizikal yang menyeluruh tetapi pada masa yang sama aspek seni musik, matematik dan lain-lain disiplin akademik tidak boleh diabaikan. Pada beberapa tahap ujian yang menyeluruh harus dilaksanakan. Mereka yang kurang berjaya harus disalurkan untuk ikut serta terlibat dalam kegiatan ekonomi masyarakat, sedangkan orang-orang yang berjaya harus terus melanjutkan dan menerima pelbagai latihan. Penambahan pendidikan ini bukan sahaja pada mata pelajaran akademik biasa tetapi juga mendalami falsafah sebagaimana pemikiran oleh Plato sendiri.
 Pada usia tiga puluh lima tahun, mereka ini yang memang sudah betul-betul mampu menunjukkan penguasaannya di bidang teori-teori dasar harus menjalani lagi latihan tambahan selama lima belas tahun termasuk bekerja mencari pengalaman. Hanya orang-orang yang mampu memperlihatkan bahawa mereka dapat merealisasikan dalam bentuk kerja sebenar dari buku-buku yang dipelajarinya dapat digolongkan ke dalam kelas guardian. Hanya orang-orang yang menunjukkan bahawa minat utamanya adalah mengabdi kepada kepentingan masyarakatlah yang bisa diterima ke dalam. "kelas guardian."
            Keanggotaan guardian tidak dengan menarik perhatian masyarakat. Sebab pendapatan sebagai guardian tidaklah banyak. Mereka hanya dibolehkan memiliki harta peribadi dalam jumlah terbatas dan tak boleh mempunyai tanah buat rumah peribadinya. Mereka menerima gaji tertentu dan tetap (itu pun dalam jumlah yang tak seberapa), dan tidak dibolehkan menyimpan emas atau perak. Anggota guardian tidak dibolehkan mempunyai keluarga yang terpisah tempatnya, mereka harus makan bersama keluarga. Ganjaran bagi ahli falsafah ini bukannya kekayaan melainkan kepuasan dalam memberi khidmat kepada rakyat.
Republik terbaca luas selama berabad-abad. Tetapi harus dicatat, sistem politik yang dianjurkan didalamnya belum pernah secara nyata dipraktikkan sebagai model oleh mana-mana pemerintahan.



SUMBANGAN PLATO
AKADEMI
Akademik didirikan oleh Plato pada tahun 378 SM di Athen. Aristotles  belajar di akademi tersebut. Plato selama 20 tahun (367 SM-347 SM ) sebelum ia mendirikan sekolahnya sendiri. Akademi ini berdiri selama “period Helenistik” hingga kematian  philo dari Larissa tahun 835 SM. Apa yang diketahui adalah Akademi Plato mungkin berasal sekitar waktu Plato memperolehi harta warisan pada usia tiga puluh. Pada awalnya lokasi pertemuan adalah milik Plato yang juga terdapat gymnasium ini sepanjang abad ke-4.
Meskipun kelab akademi sangat ekslusif, ia tidak terbuka untuk orang awam pada zama Plato serta ia mengenakan biaya untuk keanggotaan. Oleh itu, ada mungkin pada waktu tersebut sebuah sekolah mempunyai perbezaan antara guru daqn siswa atau dalam kurikulum formal. Namun ada juga perbazaan antara anggota senior dan junior. Pada zaman Plato, sekolah tidak memiliki dasar-dasar tertentu untuk mengajar melainkan Plato mengajar masalah yang harus dipelajari dan diselesaikan oleh orang lain. Terdapat bukti dari kelas kuliah yang diadakan terutama kuliah Plato. Dia atas pintu masuk ke akademik itu juga ada tertulis kalimat “biarkan tidak ada tapi masuklah ke sini”
Banyak yang membayangkan bahawa kurikulum akademi ini akan mirip dengan di republik Plato. Para pensyarah meneliti hamper pasti termasuk matematik serta topik-topik falsafah dengan dialog kesepakatan Platonis. Ada berapa bukti yang dianggap amat ketat dalam penelitian ilmiah dan Plato menjelaskan kepada anggota lain untuk menemukan penjelasan paling sederhana dari gerakan yang tidak teratur dari benda-benda langit.
Akademi Plato sering dikatakan telah menghasilkan calon politik di dunia kuno dan telah memiliki banyak alumni yang terkenal. Dalam sebuah kajian terbaru Malcolm Schofield telah berpendapat bahawa sulit untuk mengetahui sampai manakah akademi ini tertarik dengan praktik politik.


MATEMATIK
Matematik wujud secara bebas daripada minda manusia. Oleh itu manusia tidak mencipta matematik tetapi mendapatkannya. Dalam sudut pandangan ini adalah benar-benar satu jenis matematik yang boleh ditemui iaitu segi tiga. Banyak kerja yang telah oleh ahli matematik dengan melihat diri mereka sebagai penemu objek yang terjadi secara semula jadi. Plato percaya dalam realiti objektif matematik yang boleh ditanggap dengan cara yang seakan-akan tanggapan pancaindera. Plato mencadangkan bahawa kaedah kuasa empirik boleh digunakan untuk menyediakan bukti yang cukup untuk mendapat munasabah apa-apa sangkaan semata-mata.
Platonisme matematik yang mencadangkan bahawa entiti matematik yang abstrak tidak mempunyai sifat-sifat sementara atau sebab munasabah. Platonisme matematik digunakan kerana pandangan sedemikian adalah dilihat untuk Teori Bentuk Plato. Idea-idea Plato didahului dan mungkin dipengaruhi oleh Pythagoras yang sangat popular di Greece. Plato menemui kebenaran tentang matematik yang merupakan satu teori yang wujud secara fizikal di dalam alam semaesta mereka sendiri.









KARYA PLATO
REPUBLIK
Anak murid Socrates dan telah menghasilkan buku Republik. Buku ini menerangkan struktur kerajaan yang terbaik untuk rakyat. Plato berpendapat bahawa ahli falsafah boleh menjadi pemimpin yang baik kerana mereka dapat memerintah dengan adil dan saksama. Republik merupakan dialog Socrates yang ditulis oleh Plato di sekitar 380 sm yang berkaitan dengan takrif keadilam dan perintah ciri-ciri bandar negeri.  Dialog tentang tarikh dramatic telah didebat dan ia mengambil masa yang agak lama semasa peperangan Peloponesia. Republik ini adalah kerja yang paling terkenal untuk Plato dan telah dibukti menjadi salah satu kerja yang paling intelektual dan sejarah falsafah dan teori politik yang berpengaruh.
Di dalam, Socrates bersama dengan pelbagai orang Athen membahas makna keadilan dan mengambil kira satu bandar-bandar yang berlainan mula wujud dalam ucapan yang diperintah oleh ahli falsafah dan raja-raja serta memeriksa sifat rejim yang sedia ada. Para peserta juga membincangkan teori borang, kekalan jiwa serta peranan yang dimainkan oleh ahli falsafah dan puisi dalam masyarakat. Walaupun Plato menghabiskan banyak tentang Republik melalui perbualan mengenai bandar dan perbincangan itu akhirnya bertukar kepada empat rejim yang wujud dalam reliti. Iaitu Timokrasi, Oligarki, Demikrasi dan Autokrasi.








TEORI SEJAGAT (UNIVERSAL)
            Plato menjelaskan konsep bentuk sebagai jawapan kepada masalah sejagat. Ia juga mengambarkan perbezaan Plato tentang dunia penampilam dan dunia sebenar serta untuk membantu membenarkan ahli falsafah dalam masyarakat sebagai raja. Plato membayangkan satu kumpulan orang yang telah hidup sebagai banduan dan dirantai di bawah tanah supaya mereka tidak dapat melihat dunia luar di belakang mereka. Plato kemudian menerangkan bagaimana ahli falsafah itu serupa dengan banduan yang dibebaskan dari gua. Banduan itu adalah buta cahaya. Walaubagaimanpun dia sudah sesuaikan diri terhadap kecerahan dia melihat api dan patung-patung dan bagaimana imej-imej yang disaksikan di gua itu. Bayang-bayang yang disaksikan di dalam gua sesuai ke tahap yang paling rendah dan sangkaan semata-mata. Pada akhir Plato menegaskan bahawa ia adalah beban ahli falsafah untuk kembali ke gua. Orang-orang yang telah melihat dunia yang ideal harus wajib untuk mendidik orang di dalam dunia material. Ahli falsafah mengakui apa yang benar baik hanya akan patut untuk memerintah masyarakat mengikut fahaman Plato.

TEORI BENTUK (FORM)
Teori bentuk atau teori Plato menegaskan bahawa abstrak bukan material bentuk dan perubahan material di dunia dikenali melalu sensasi dan mempunyai jenis yang tertinggi dan paling asas. Plato bercakap antiti ini hanya melalaui watak-watak dialog beliau yang kadang-kadang mencadangkan bahawa bentuk-bentuk ini adalah benar dalam pengajian yang boleh menyediakan kita dengan pengetahuan yang tulen. Plato sering mempersembah sesuatu yang lain untuk mengambarkan cara di mana bentuk dikatakan wujud. Plato juga menerangkan dunia tentang bentuk sebagai rantau murni alam semesta fizikal yang terletak di atas permukaan bumi. Ia adalah satu kesilapan untuk mengambil imej Plato sebagai kedudukan dunia difahami sebagai ruang literal fizikal. Bentuk bukan makhluk yang meluas dalam ruang tetapi wujud apa-apa bentuk.


KESIMPULAN (PANDANGAN)

Pada pandangan saya, Plato adalah tokoh yang disegani. Beliau menegaskan kecenderungan manusia terhadap rasuah politik yang disebabkan oleh kerajaan. Plato juga berpendapat mereka memerintah bukan untuk keseronokan peribadi tetapi untuk kebaikan negara kota. Selain itu Plato mengkritikkan pelbagai bentuk pemerintahan. Beliau mula mengetepikan Timokrasi yang merupakan sejenis rejim Autoritarism yang lebih kurang sama dengan pemerintahan diktator tentera. Menurut  Plato rejim yang terburuk ialah kezaliman yang mana keinginan pemerintah mengikut hati menjadi undang-undang dan tiada penghalang untuk sembarangan.
Akademi merupakan sebuah sekolah yang pertama di Athen yang melatih serta mendidik golongan belia. Jadi beliau telah member peluang kepada golongan beliau untuk menambah ilmu pengetahuan serta dalam bidang politik.
Beliau juga telah membari sumbangan kepada bidang matematik. Cara-cara beliau telah diguna pakai dalam matematik harian pada masa kini. Beliau sendiri juga telah mengubahsuaikan konsep matematik iaitu dalam teoram pithogras. Akhirnya sumbangan dan karyanya sangat berguna pada masa kini dan kesemuanaya masih digunakan.








RUJUKAN
1.      PLATO WWW history mathematicians. Diakses pada 16 Disember, 2011, dari http://www.gap-system.org/~history/Mathematicians/Plato.html

2.      Richard Krant, (2003, February 17). Plato . diakses pada 13 Disember, 2011, pada http://plato.stanford.edu/entries/plato/

3.      Dillon, J. (2003). A study of the Old Academy. The Heirs of Plato, 347-274 BC.

4.      Melling, D. (1988). Understanding Plato. Oxford.

5.      Rowman & Littlefield. (1997). Critical Essays. Plato`s Republic.

No comments:

Post a Comment