“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Q.S Al Israa’, 17:24)

Wednesday 9 March 2016

Pengertian Ibu bapa

Insan yang ;
Melahirkan
Membesarkan
Mengasuh
Mendidik
Menyediakan keperluan
Dari kecil hingga dewasa

Tanpa ibubapa kita tidak mungkin
Hidup di dunia
Membesar dengan sihat
Menjadi manusia.

Insan istimewa malah paling istimewa bagi setiap manusia, sanggup berkorban segala-galanya demi kebaikan dan keselamatan anak-anaknya.

بروا اباءكم يُبِرُّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ وعفوا تعف نساءكم

Berbuat baiklah dan belas kasihan kamu kepada ibu bapa kamu, nescaya kamu akan dibuat baik dan dikasih sayang oleh anak-anak kamu.


Hukum berbakti kepada kedua ibubapa;

Wajib

Dalil

وقضى ربك.......


Sebab anak wajib berbakti kepada ibubapa;

Menurut perintah Allah dan rasul
merekalah yang bersusah payah mengandung ,melahir,membesar dan menjaga hingga dewasa
pengorbanan yang tidak terhingga
kasih sayang yang tak berbelah bagi.

ووصينا الإنسان بولديه حملته أمه..... الي المصير



Adab ketika bersama ibubapa ;
ketika bercakap
ketika bergaul

ketika bercakap ;

bercakap dengan suara yang lembut
tidak meninggikan suara dan menengking
tidak membantah atau melawan cakap mereka
memandang ke muka mereka ketika bercakap
menggunakan perkataan yang baik ketika bercakap
tidak bercakap bohong dengan mereka.

Ketika bergaul

menunjukkan sikap yang baik
sentiasa menghormati pendapat mereka
tidak melakukan sesuatu yang meninbulkan kemarahan mereka
menjaga adab sopan ketika bersama mereka.
meminta izin sebelum melakukan sesuatu.

Tanggung jawab anak kepada ibubapa.

Menghormati dengan cara;
i. Menyahut panggilan mereka
ii. Bercakap dengan lemah lembut dan sopan
iii. Memanggil mereka dengan nama yang mereka sukai
iv. Berjalan dibelakang mereka
v. Meminta izin sebelum keluar rumah

Taat dengan cara
i. Taat semua perintah selagi tidak bertentangan dengan syarak
ii. Jika mereka berhajat kepada sesuatu ,tunaikanlah hajat mereka.
iii. Mereka perlu diutamakan berbanding isteri,anak dan sahabat

Berbakti dengan cara ;
i. berbakti ketika hayat mereka
ii. berbakti setelah mereka mati.

احب العمل إلى الله الصلاة على وقتها ثم بالوالدين ثم الجهاد في سبيل الله

Berbakti ketika hayat mereka
i. Menjaga kehormatan dan harta mereka
ii. Menjaga mereka semasa tua
iii. Memuliakan mereka dan memberi bantuan ketika mereka memerlukan.
iv. Menziarahi mereka jika tinggal berjauhan
v. Merawat mereka semasa sakit
vi. Mendoakan kesejahteraan mereka.
vii. Melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati mereka.

berbakti selepas mati
i. memohon keampunan diatas dosa mereka dari Allah.
ii. Membayar hutang mereka kepada manusia dan kepada Allah.
iii. Melaksanakan wasiat mereka dengan sempurna.
iv. Berbuat baik kepada sahabat mereka.
v. Meminta maaf kepada manusia bagi pihak mereka.
vi. Mengerjakan haji dan upah haji jika mereka belum sempat menunaikannya.
vii. Sembahyang jenazah untuk mereka dan jika anak lelaki ,diutamakan ia mengimani solat tersebut.


بينما نحن عند رسول الله ص إذ جاءه رجل من بني سلمة فقال : يا رسول الله , هل بقي على من بر أبوى شيء أبرهما بعد وفاتها ؟ قال نعم , الصلاة عليهما والإستغفار لهما وإنفاذ عهدهما وإكرام صديقهما وصلة الرحيم اللتى لا توصل إلا بهما - رواه ابو داءود


Akibat Anak durhaka

Akan mendapat azab yang pedih diakhirat kelak.
segala amal ibadat akan menjadi sia-sia
dibenci dan dipandang hina oleh masyarakat
hidup tidak tenteram didunia dan akhirat
Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Q.S Al ‘Ankabuut, 29:8)

Peranan IbuBapa dalam mendidik anak-anaknya


Peranan IbuBapa dalam mendidik anak-anaknya

     “Keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara”. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa                keluarga memang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia kanak-      kanak. Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah social yang telah mencetuskan isu                polemik dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir. Siapakah yang          harus dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab            yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-lintuk tidak ditiup angin.                       Pembentukankeperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga. 
         
       Sesebuah keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing kebanyak ibu bapa kini           yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa          tersisih seperti anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Oleh hal yang                  demikian, ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka agar anak-        anak dapat mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan metal. Ibu bapa sewajarnya tahu              bahawa mujtamak yang kaya dalam kebindaan tetapi muflis dari segi keperibadian akan secara           tidak langsung memberi impak negative terhadap anak-anak mereka. Oleh itu, keluarga terutamanya    ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk keperibadian anak-anak.    

      Tambahan pula, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak tentunya dapat mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positifini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh hal yang demikian mereka mestilah sentiasa bersikap penyanyang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali dijadikan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring. Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat dibentuk melalui institusi keluargakhususnya ibu bapa yang memainkan peranan yang penting

    Disamping itu, anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka ibarat bapa borek, anak rintik. Ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak. Justeru itu, ibu bapa sewajarnya menginduktrinasikan pucuk-pucuk hijau ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anakremaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan social dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik. Melalui nasihatdan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untuk membezakan antara intan dan kaca kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Institusi keluarga memang merupakan salah satu langkah yang signifikan dalam membentuk keperibadian anak-anak.           

       Dalam nada yang berbeza, keluarga yang marem dan sakina turut merupakan tempat yang paling baik agar proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam kalangan anak-anak. Sikap-sikap yang positifharuslah disemai dalam jiwa anak masing-masing bentuk menjamin kesejahteraan hidup dan pembentukan keperibadian mulia mereka. Anak-anak yang ibarat berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang ini mestidiberi penekanan dari segi mental dan fizikal supaya kelak dapat menjadi tunggak negara.    

    Intihanya, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran negara.   Ibu bapa mestilah menjalankan peranan masing-masing agar tidak dijadikan seperti hangat-hangat tahi ayam. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan  pemudaharapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak. Impian Perdana Menteri untuk membentuk sebuah negara yang “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” dapat dimakbulkan, sekaligus menjadi negara Malaysia berdiri gah di persada dunia.