Ahad, 18 Disember 2011

Kecekalan seorang gadis

  Assalamualikum, kisah ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Siti Hawa di sebuah IPT.
Hawa seorang gadis yang cekal dalam menghadapi apa jua dugaan, malahan dia juga seorang penyabar.
Sem 1 Hawa cuba untuk memahami subjek itu malahan dia juga telah cuba sedaya upaya untuk menghafal, itu hanya sia-sia sahaja. Ini kerana semuanya dalam bahasa english, itu lah kelemahan Siti Hawa. Dia amat sedih kerana kelemahan itu telah membuatkan dia menjadi seorang yang lemah. CGPA dia  amat teruk dan dia telah  diusir daripada ipt tersebut, seminggu berlalu permohonannya untuk sambung belajar belum keluar. Dia tak tahu apa yang patut dia buat, bukan senang bagi seseorang  itu nak improve English dia dalam jangka masa pendek. Siti Hawa hanya boleh terus berdoa memohon daripada ILAHI agar dikurniakan kekuatan dan permudahkan segala urusannya. Hanya berdoa lah satu-satunya cara yang ada sekarang.





alhamdulilah hawa diterima masuk untuk sambung belajar... insyallah untuk sem ini hawa akan pastikan dia lulus... kerana Hawa belajar kerana Allah s.w.t,  terlalu banyak dugaan yang hawa perlu tempuhi bukan...
dapatkan Hawa mengecapi kejayaan untuk sem ini.. sama-sama lah kita doakan...

Jumaat, 16 Disember 2011


Di hari yang baik,
Udara yang segar ,
Cuaca yang damai,
Hati ini sangat gembira,
Setelah langit bertukar menjadi gelap,
Air mata jatuh ke bumi semakin banyak,
Hati ini gelisah,
Kekeliruan tentang kegelisaan menjadi tanda tanya,
Sering kali bermain dalam fikiran aku,
Setiap saat dan setiap masa perkara itu muncul,
Sehinggakan hati ini semakin tidak tentu arah,
Aku sendiri tidak pasti dengan kata hati ini,
 
Cinta, 
Adakah ini yang menggangu aku,
Jauh dihati aku ,
Aku ingin bercinta,
Layakkah aku untuk dicintai,
Boleh ke dia menerima kekurangan dan kelemahan aku, 
Perasan itu membara selepas aku berkawan dengan dia,
Aku tak pasti adakah dia jodoh aku atau tidak,
Aku sentiasa doakan kebahagiaan dia,
Dia terlalu sempurna untuk aku,
Hati kecil ini berkata " aku sangat mencintainya",
Tetapi dalam masa yang sama,
Aku tahu aku tidak layak untuk dia,
Yang pasti,
Aku bertepuk sebelah tangan.

Perkara yang paling dibenci,
Dikecewakan ,
Ditipu,
Diperbodohkan,
Dipermainkan,
Semua itu menjadi ketakutan,
Sukar untuk aku mencintai sesorang,
Walaupun hati ini berat menyatakan,
Bertapa indahnya dunia ,
Mencintai dan dicintai.

Hati ini kesunyian
Perasaan cemburu dipendamkan
Apa yang boleh aku buat
Selain berdoa....
Yang pasti cinta yang paling agung
Cinta aku pada Allah s.w.t
Cinta ini akan sentasa dihati
Dunia dan akhirat...








Ahad, 4 Disember 2011

Hati Seorang Gadis

Hati ini kesepian tanpa kehadiran seorang teman.
Teman!!! aku mempunyai ramai teman tapi belum ada teman istimewa.
Hati ini ingin merasai perasaan mempunyai teman istimewa tapi itu hanya mimpi sahaja. 
Perhatian dari seorang teman istimewa sering kali menjadi bayangan. Perasaan cemburu melihat sahabat-sahabat mempunyai teman istimewa dengan tabah aku menghadapi. Aku takut untuk mempunyai teman istimewa sebelum akad nikah kerana haram hukumnya. tapi diri ini sentiasa berkhayal mempunyai teman istimewa, subahanallah besarnya dosa aku.. YA ALLAH S.W.T hamba mu ini memohon berikanlah kekuatan dalam menghadapi ujian mu ini.  Diri ini mempunyai banyak kekurangan, diri ini tidak layak untuk mana-mana lelaki. Terlalu banyak kekurangan yang tidak diketahui oleh sahabat-sahabat.
cinta sejati adalah cinta yang dicari-cari oleh ku.
tapi cinta yang paling agung bagi aku hanya satu dimana aku sentiasa simpan dalam hati aku sepenuhnya hingga hujung nyawa, cinta itu juga akan aku bawa kemana sahaja. aku akan sentiasa mencari cinta itu, aku amat mencintai mu YA ALLAH. Cinta aku pada seseorang hamba  tidak akan melebihi cinta aku pada mu YA ALLAH.