Assalamualaikum...salam ceria...dan salam 1Malaysia...hari ni saya nak berkongsi fakta tentang makanan yang dapat mencegah kanser...seperti yang kita tahu, di Malaysia 1 daripada 10 wanita menghidap penyakit kanser payudara yang disebabkan oleh gaya hidup moden...para wanita perlu membiasakan diri dengan menjaga kesihatan payudara dengan mengambil makanan sihat.
Diet yang seimbang dan pemilihan makanan yang betul akan dapat membantu kita mencegah kanser...cukup dengan mengambil lima jenis makanan yang kaya nutrisi ini, kita akan mendapatkan keadaan payudara yang sihat...
1- SAYUR-SAYURAN HIJAU
Memakan pelbagai sayur-sayuran hijau seperti kubis, brokoli,
kembang kol, bayam dan sebagainya sebagai menu diet harian. Kandungan vitamin,
serat dan antioksidan di dalamnya membantu menghilangkan radikal bebas dan
racun lain lari dari dalam tubuh. Antioksidan dan serat juga memainkan peranan
penting dalam melindungi tubuh dari segala bentuk kanser terutama kanser
payudara.
2- PROTEIN
Makanan yang kaya dengan protein sangat baik untuk kesihatan
payudara. Biasakan mengambil makanan tang diperbuat dari kacang soya seperti
susu soya, temped an tauhu. Kekacang boleh menjadi pilihan yang tepat kerana
kandungan proteinnya yang luar biasa.
3- JUS BUAH
Hampir semua orang tahu bahawa vitamin C merupakan zat
antioksidan yang paling kuat, secara efektif dapat menjaga kesihatan payudara.
Kekerapan pengambilan jus buah-buahan boleh meningkatkan zat antioksidan dalam
tubuh badan. Buah juga mempunyai peranan penting terhadap peningkatan system imun.
4- PELBAGAI JENIS IKAN
Ikan kaya dengan asid lemak Omega 3 dan mengandungi vitamin
D yang sangat tinggi. Kedua-dua bahan ini sangat baik untuk kesihatan payudara.
Oleh itu, kita harus memastikan ikan sentiasa dimasukkan ke dalam menu diet
seharian.
5- PELBAGAI BUAH BERI
Selain rasanya yang lazat, buah beri juga mengandungi
nutrisi yang baik seperti serat dan vitamin C. Apa yang menarik ialah buah beri
boleh ditambah ke dalam menu makanan seperti meletakkannya pada yogurt, salad,
cereal dan smoothie.
Kesimpulannya, pemakanan yang sihat dan diet seimbang sangat penting untuk menjaga kesihatan sepanjang hayat dan dapat mencegah dari sebarang penyakit....ambillah makanan yang sihat untuk dapatkan kesihatan yang baik....sekian...