Wednesday 22 January 2014

Aku Gadis Biasa Yang Mahu Berhijrah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah

Friday 27 December 2013

EDIT

Bismillahirahmanirahim.

Daku semasa mula-mula menulis Hijrah Ku sibuk menghias blog. Tukar background, tambah widget macam-macam, tukar gadget, tukar lagu...Masyaallah. Tanpa sedar daku telah mengabaikan niat sebenar untuk memblog. Sepatut nya daku lebih memikirkan untuk menghasilkan entry yang baik dan bermanfaat untuk sahabat sekalian.

Blog bukan bertujuan untuk menunjukkan kita pandai, juga untuk menunjukkan blog itu cantik tetapi blog boleh dijadikan sebagai tempat untuk kita menyampaikan sesuatu yang baik. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari apa yang ditulis.

Sekian.

TERIMA KASIH

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah....alhamdulillah....alhamdulillah....tidak terhenti rasanya lidah ini mengucapkan syukur. Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya daku masih lagi bernafas dimuka bumi ini. Syukur kerana Allah masih memberi kesempatan untuk daku berubah dan berhijrah kearah kebaikan. Allah terlalu banyak memberi peluang kepadaku hambaNya yang selalu lalai dan lupa ini. Biarpun diri ini pernah melupakanNya tepapi DIA tidak pernah melupakan hambaNya. DIA sentiasa memberi taufiq dan hidayah kepada hambaNya. Pintu rahmatNya sentiasa terbuka luas melebihi azabNya.

Selain ucapan syukur, daku juga ingin mengucapkan terima kasih. Terima kasih yang teramat kepada insan yang sudi menerima daku seadanya. Terima kasih kerana sudi memberi dorongan dan kekuatan kepada ku.
Terima kasih kepada keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Tanpa mereka tidak mungkin daku setabah ini dan dapat menjalani jalan-jalan yang berliku dihadapan ku. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sangat baik. Yang selalu ada disisiku sewaktu daku memerlukan sokongan dan semangat. Daku sayang kamu semua.

Sekian.

Thursday 26 December 2013

Hijrah ku dan Rahmat Allah s.w.t

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi, setelah sekian lama berniat akhirnya Hijrah Ku dilahirkan pada 26 Dec 2013.

Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah telah melorongkan hati ini untuk melahirkan blog Hijrah ku biarpun sebelum ini daku rasa tidak tahu dan tidak pasti malah rasa tidak layak untuk melahirkan entry sebegini. Tetapi ketukan dipintu hati begitu kuat setelah melihat banyak nya perkongsian risalah islam dilaman sosial membuatkan daku terpanggil untuk melahirkan hijrah ku.