DATUK SHARIFAH AINI MENINGGAL DUNIA

Jam 1.26 Pagi tadi, dunia seni tanah air dikejutkan dengan pemergian Biduanita negara, Dato'Sharifah Aini yang meninggal dunia akibat penyakit fibrosis paru-paru di Pusat Rawatan Pakar Damansara,Petaling Jaya di usia 61 tahun.

Jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, kira-kira jam 12.15 Tenghari tadi. Semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, anak tunggalnya, Aliff Omar,33, turut berada disampingnya.


1963-2014

Pemergian Biduanita negara ini sememangnya satu kehilangan yang cukup besar bagi industri hiburan tanah air & peminat tegar beliau. Apapun kini hanya tinggal kenangan. Semoga roh  Allahyarham Kak Pah ditempatkan bersama golongan yang beramal soleh & solehah.. Al-fatihah.


Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL MILO

KISAH YUNA DAN WAN SHARMILA

ARWAH SI IBU SAAT DATANG MELAWAT JENAZAH ANAKNYA