Wednesday, September 3, 2014

Tembakau Tasek

Tembakau Tasek terkenal dengan rasanya yang original dengan harga yang berpatutan. Nak tau proses penghasilannya? JOM!!!!

Proses Penghasilan Tembakau

1) Daun tembakau yang dikutip akan disusun dan diperam sehingga masak kekuningan (biasa dalam tempoh 2 malam) bergantung pada keadaan/jenis daun

2) Daun akan dibuang tulang menggunakan tali tangsi

3) Daun tembakau akan digulung mengikut kebesaran lubang kekuda yang akan digunakan untuk memotong (bahasa terengganu-hiris tembakau)




4) Daun akan dipotong/dihirs menggunakan pisau dan kekuda. Hanya orang tertentu yang mahir sahaja digalakkan untuk membuat proses ini bagi mendapatkan urat daun yang halus dan tidak pendek. Urat yang pendek dan hancur akan memberi kesan kepada hasil tembakau nanti (tak best)




5) Daun yang telah dihiris bolehla dijemur sehingga kering. Bila dah kering, warna daun akan bertukar menjadi kehitaman.


No comments:

Post a Comment