Syarat dan Peraturan (Terms and Conditions): 1. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina. 2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali. 3. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan.  4. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazirkan elektrik dan air. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan terutama jika anda meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. 5. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas. 6. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan. 7. Jangan tinggalkan barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu, gril dan pagar homestay dikunci apabila apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di homestay. 8. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam sinki tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat. 9. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Anda mungkin terpaksa membayar gantirugi  kerosakan yang berlaku akibat kecuaian anda. 10. Diharap anda tidak mengubah kedudukan sebarang perabot dan peralatan dalam homestay.  11. Anggaplah homestay ini umpama rumah anda sendiri. Harap anda kemas homestay seperti ketika anda masuk (Check In) apabila anda keluar (Check Out). 12. Pengurus/ tuan rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa jika perlu. Bagaimanapun kami biasanya akan memaklumkan kepada anda terlebih dahulu jika ingin berbuat demikian.
13. Sila patuhi masa check in (paling awal 2 pm) dan check out (12 pm) yang betul. Sila call/sms saya setengah jam sebelum check in dan check out. Anda boleh minta check out lewat dengan syarat tiada customer pada hari berkenaan dengan caj tambahan RM10/jam.
"SEMOGA ANDA BERPUASHATI KETIKA BERADA DI HOMESTAY PARIT BUNTAR"
Hit: 8 Laman Asal