Friday, November 19, 2010

Jagalah Pandanganmu Dari Maksiat...

JAGALAH PANDANGANMU kerana memberi kesan yang besar pada anda…
Gunalah panca indera mata yang dianugerahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Jangan salah menggunakannya.
Mata ibarat span yang dapat meresap air dengan cepat. Begitulah fungsi mata kita apabila melihat sesuatu ia akan terus meresap ke dalam minda dan akan diproses oleh otak. Apabila proses ini berlaku nescaya mata akan gambaran melekat dalam hati dan membenarkan tindakan daripada apa yang dilihat. Menurut Riwayat Thabrani dan Hakim daripada Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w. bersabda "Pandangan mata itu adalah sebuah anak panah daripada panah-panah Iblis. Maka barangsiapa meninggalkannya (mengelakkannya daripada melihat wanita) kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku ganti dengan iman yang dirasakan lazat-manisnya dalam hatinya."

JAGALAH PANDANGANMU dari melihat perkara maksiat dan dimurkai Allah. Tidak mustahil pandangan maksiat itu akan terdetik di dalam hati untuk melakukan maksiat. Diriwayat satu hari telah datang seorang saudara kepada Rasulullah s.a.w. lalu meminta agar Rasulullah membenarkan ia melalukan zina lalu Rasullah bertanya kepadanya sekiranya perbuatan tersebut dilakukan kepada saudara kamu, adik kamu, kakak kamu atau ibu kamu apakah perasaan kamu. Lalu lelaki tersebut menjawab bahawa dia akan marah kepada orang yang melakukan perkara tersebut. Lalu Rasulullah berkata begitulah perasaan saudara kepada orang yang anda lakukan zina itu. Lalu lelaki itu bertanya apakah yang harus aku lakukan Ya Rasulullah? Lalu Raulullah s.a.w. menyuruh lelaki itu menginsafi perbuatannya dan berdoa. Dengan doa ini, “Ya Allah, sucikan dan bersihkan hatiku. Jagalah dan peliharalah kemaluanku dari perbuatan zina. Engkau ampunilah dosaku.” Rasulullah s.a.w. sangat menyesyorkan agar kita sentiasa berdoa dengan doa ini apabila melihat sesuatu kemungkaran dan kemaksiatan. Kerana doa adalah senjata orang mukmin.
Dalam satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada Ali , "Janganlah engkau ikuti padangan dengan padangan berikutnya, karena untukmu adalah padangan yang pertama, sedangkan selanjutnya bukan untukmu." (HR. Ahmad).
Oleh itu amat penting bagi kita untuk menjaga mata kita dari melihat perkara maksiat dan mungkar.

Bagaimana menjaga pandanganmu dari maksiat…
1. Apabila terlihat sesuatu kemaksiatan itu beristighfarlah kamu. Kerana untuk membuang pandangan dalam hati itu ia sangat lama dan melalui proses yang sangat sukar.
2. Menjaga batasan hubungan antara lelaki dan perempuan. Islam tidak melarang terus dari berhubung pada perlu ada adab dan batasannya.
3. Sentiasalah berdoa dengan doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. berbunyi “Ya Allah, sucikan dan bersihkan hatiku. Jagalah dan peliharalah kemaluanku dari perbuatan zina. Dan ampunilah dosa-dosaku.”
4. Sentiasalah basahkan lidahmu dengan berzikir kepada Allah.

Thursday, November 4, 2010

7 Ayat Cinta...




Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahma nnirrahim: pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah : pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah : jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : jika ingin melakukan
sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah: bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah : bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.

Thursday, October 21, 2010

kita lupa lakukannya...

Alhamdulillah dapat meneruskan kembali blog yang telah lam tidak di update.
Dengan kesempatan yang ada sedikit sebanyak akaan mengaktifkan kembali blog ini.

alhamdulillah semasa tunggu bas semalam sempat dengar tazkirah melalui radio ikim.fm. tentang bersyukur.

antara intisari ayatnya:
kita sekarang lebih fikirkan kesukaran untuk mendapat kesenangan hidup sedangkan kita ada nikamat pancaindera yang sempurna yang telah Allah kurniakan. tetapi kita lupa ada insan yang lebih sukar menjalani hidup kerana tidak diberi nikmat tersebut. kita sibuk fikirkan susah nak beli kasut sedangkan kita ada kaki tapi kita lupa ada insan lain tak ada kasut kerana tak ada kaki. bersyukurlah dengan nikmat tersebut.

BERSYUKURLAH... Setaip pagi kita dapat bangun pagi dan merasakan udara segar, ada insan yang tidak dapat bangun lagi kerana telah kembali kepada Penciptanya. tapi kita lupa.

Bila Allah berikan ujian kita, kita salahkan takdir tersebut. tapi kita lupa dengan ujian tersebut menunjukkan Allah masih sayangkan kita, Dia mahu kita sentiasa dekat denganNya. kerana pada hakikatnya manusia mudah lupa dengan kesenangan yang diperoleh. Allah boleh beri kita ujian sama ada susah atau senang. TAKUTLAH jika Allah beri kita ujian dengan kesenangan kerana mungkin akan membuatkan kita leka dengan kesenangan sehinggakan terlupa untuk BERSYUKUR dengan nikmat itu. Ujian Allah juga supaya kita tahu tahap keimanan kita di sisiNya.

bagaimana kita bersyukur?
gunakan nikmat pancaindera yang Allah kurniakan kepada kita dengan cara yang betul.
MATA... gunakan untuk melihat benda-benda yang baik dan memberi pahala. seperti lihatlah gambar kaabah dan tataplah wajah ayah atau bonda kita...
TELINGA... dengarlah perkara yang baik iaitu ayat-ayat Allah atau kuliah agama yang boleh mendekatkan kita dengan Allah...
MULUT... sebutkanlah perkara-perkara yang baik, bertutur dengan penuh hikmah dan paling penting basahkan lidahmu dengan lafaz ayat-ayat Allah dan zikir kepadaNya...
ANGGOTA BADAN... langkahkan kakimu pada tempat-tempat yang disukai dan diredhai Allah seperti ke masjid atau majlis ilmu. usah rasa letih untuk mengggunakan tanganmu membantu mereka yang memerlukan...

YA ALLAH, aku insan kerdil di bumiMu bantulah aku dalam mencari redhaMu, tetapkan aku pada jalanMu dan jangan Engkau lalikan aku dengan kesenangan nikmat dunia yang sementara. jadilah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur dan jadikan aku sebagai hamba yang tidak walau sedetik pun terlupa padaMu... Ampunkanlah aku tiada lain yang kupinta hanya redhaMU,hidup dan matiku hanya kepadaMU, YA ALLAH YA TUHANKU...

Semoga anda mendapat sedikit pengajaran darinya...

Monday, May 4, 2009

ISLAMNYA ABU ZAR GHIFARI

Kata Ali r.a.hu.

“ Abuzar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tak dapat diperolehi oleh orang lain ”


Apabila dia mula-mula mendengar khabar tentang kerasulan Nabi SAW,dia telah menghantar saudara lelakinya menyiasat dgn. lebih lanjut mengenai orang yang mendakwa menerima berita dari langit. Setelah puas menyiasat, saudaranya pun melaporkan kepada Abu Zar bahawa Nabi Muhammad SAW itu seorang yang bersopan santun dan baik budi pekertinya. Ayat-ayat yang dibacakan kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair.


Laporan yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abu Zar. Dia sendiri keluar untuk mencari kenyataan. Setibanya di Makkah, dia terus ke Baitul Haram. Pada masa itu dia tidak kenal Nabi SAW, dan memandangkan keadaan pada masa itu dia merasa takut hendak bertanya-tanya darihal Nabi SAW. Apabila menjelang malam, dia dilihat oleh Ali r.a. Oleh kerana ia seorang musafir, Ali terpaksa membawa Abu Zar ke rumahnya dan melayani Abu Zar sebaik-baiknya sebagai tetamu. Ali tidak bertanya sesuatu apa pun dan Abu Zar bagi dirinya tidak pula memberitahu Ali tentang maksud kedatangannya ke Makkah.


Pada keesokkan harinya, Abu Zar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad. Sekali lagi Abu Zar gagal menemui Nabi kerana pada masa itu orang-orang Islam sedang diganggu hebat oleh orang-orang kafir musyrikin. Pada malam yang keduanya,Ali membawa Abu Zar kerumahnya. Pada malam itu pun Ali tidak bertanya hal diri Abu Zar. Tetapi pada malam ketiga,Ali bertanya: "Saudara,apakah sebabnya saudara datang ke kota ini?" Sebelum menjawab Abu Zar meminta Ali berjanji bercakap benar. Kemudian dia pun bertanya Ali tentang Nabi SAW. Ali berkata: "Sesungguhnya dialah pesuruh Allah. Esok engkau ikut sahaja aku dan aku akan membawamu menemuinya. Tetapi awas,bencana yang buruk akan menimpa kamu kalau perhubungan kita diketahui orang. Semasa berjalan esok,kalau aku dapati bahaya mengancam kita, aku akan berpisah agak jauh sedikit dari kamu dan berpura-pura membetulkan kasut aku. Tetapi engkau terus berjalan supaya orang tidak mengesyaki perhubungan kita."


Pada keesokkan harinya, Ali pun membawa Abu Zar bertemu dengan Nabi SAW. Tanpa banyak soal jawab,dia telah memeluk agama Islam. Kerana takut dia diapa-apakan oleh musuh, Nabi SAW menasihatkannya supaya cepat-cepat balik dan jangan mengistiharkan pengislamannya di khalayak ramai. Tetapi Abu Zar menjawab dengan berani "Ya Rasullulah,aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tanganNya, bahawa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu."


Janjinya kepada Rasulullah SAW ditepatinya. Selepas ia meninggalkan baginda, dia mengarah langkah kakinya ke Baitul Haram di mana di hadapan kaum musyrikin dan dengan suara lantang dia telah mengucapkan dua kalimah syahadah. "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah." Apatah lagi,demi mendengarnya ucapan Abu Zar itu,orang-orang kafir pun menyerbunya lalu memukulnya.Kalau tidak kerana Abbas(bapa saudara Nabi yang ketika itu belum Islam)tentulah Abu Zar menemui ajalnya disitu.


Kata Abbas kepada orang-orang kafir musyrikin yang menyerang Abu zar: "Tahukah kamu siapa orang ini? Dia ialah dari puak Ghifar. Khafilah-khafilah kita yang berulang-alik ke Syam terpaksa melalui perkampungan mereka. Kalaulah ia dibunuh, sudah tentu mereka menghalang perniagaan kita dengan Syam."


Pada hari berikutnya, Abu Zar sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan orang-orang kafir Quraisy dan pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas. Kegairahan Abu Zar mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan kafir Quraisy sungguh-sungguh luar biasa jika dikaji dalam konteks larangan Nabi SAW kepadanya. Apakah dia boleh dituduh sebagai telah mengingkari perintah Nabi? Jawapannya - TIDAK.


Dia tahu bahawa Nabi SAW sedang mengalami penderitaan yang berbentuk gangguan dalam usahanya ke arah menyebarkan agama Islam. Dia hanya hendak mencontohi Nabi SAW walaupun ia mengetahui, dengan berbuat demikian dia mendedahkan dirinya dalam bahaya. Semangat keislamannya yang beginilah yang telah membolehkan para sahabat mencapai kemuncak kejayaan dalam alam lahiriyah serta batiniyah.


Keberanian Abu Zar ini selayaknya menjadi contoh kepada umat Islam dewasa ini dalam merangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiyah.


Kekejaman, penganiyaan serta penindasan tidak semestinya melemahkan semangat mereka yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Sunday, May 3, 2009

Wuduk zahir dan batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk

solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi

untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata,

"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota

wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,

2.Syurga di sebelah kananku,

3.Neraka di sebelah kiriku,

4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

sEtiaP waNita Itu cAntIK

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan

seorang wanita, ia diharuskan untuk

menjadi seorang yang istimewa. Aku

membuat bahunya cukup kuat untuk

menopang dunia; namun, harus cukup

lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya

kekuatan dari dalam untuk mampu

melahirkan anak dan menerima penolakan

yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya

kekerasan untuk membuatnya tetap tegar

ketika orang-orang lain menyerah, dan

mengasuh keluarganya dengan penderitaan

dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan

untuk mencintai anak-anaknya dalam

setiap keadaan, bahkan ketika anaknya

bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan

untuk mendukung suaminya dalam

kegagalannya dan melengkapi dengan

tulang rusuk suaminya untuk melindungi

hatinya "

"Aku memberinya

kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa

seorang suami yang baik takkan pernah

menyakiti isterinya, tetapi kadang

menguji kekuatannya dan ketetapan

hatinya untuk berada disisi suaminya

tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku

memberinya air mata untuk dititiskan dan

ini adalah khusus miliknya untuk

digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."

Selamilah hati wanita mu.. dan ingat lah...

Setiap Wanita itu Cantik.

Tuesday, April 28, 2009

Kisah Zinnirah

Zinnirah adalah seorang gadis yangberasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalamkeadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome ,Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang.

Sejak itudia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya.

Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan.

Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

“Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkanZinnirah di situ.

Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Lattadan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa. “Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramaiorang Quraisy memeluk Islam.

Sejarah sri kandi ini telah diadaptasikan dalam sebuah lagu bertajuk ‘Zinnirah’ nyanyian UNIC

Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman

Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi


Friday, April 24, 2009

now begins...



10:41 pm

akhirnya...ana memulakan kembali blog yang lame dah terbiar..
dibantu dengan 2 orang sahabat yang banyak memberi komen...
jazakillah buat kalian..team and nadia...tak luper buat kathy yang x sudah2 mmberi ransangan untuk ana memulakan kembali blog ana nie...

semoga ukhuwwah fillah abadan abada