DALAM NEGERI, 14 Jun: Selepas beberapa hari berteka-teki, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akhirnya memberikan cuti peristiwa kepada seluruh rakyat negeri Terengganu pada Ahad depan, 19hb Jun 2011.
Menteri Besar itu mengumumkannya ketika berucap pada majlis meraikan kejayaan kontinjen Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Kuala Lumpur dan pasukan bolasepak Terengganu yang menjulang Piala FA selepas mengalahkan Kelantan dalam persaingan peringkat akhir Piala FA pada 11hb Jun, malam semalam (13hb Jun).
Sebelum ini ramai pihak termasuk pelajar sekolah merungut tentang pemberian cuti peristiwa pada Ahad lalu (12hb Jun) yang menyebabkan beberapa orang pelajar di beberapa buah sekolah di Terengganu yang sepatutnya bersekolah hari itu tidak hadir. Malah, mereka tertunggu-tunggu cuti peristiwa di negeri ini seperti yang telah berlaku di Kelantan pada 12hb Jun itu, iaitu Menteri Besar Kelantan mengumumkannya sebelum perlawanan piala FA itu bermula, sehari sebelumnya. Ini menyebabkan orang ramai menganggap kerajaan negeri Terengganu berteka-teki untuk meluluskan sesuatu cuti.
Ini kerana, alasan mereka, kalaulah Terengganu menang Piala FA dengan Kelantan cuti peristiwa boleh dilakukan pada Ahad lalu, atau jika Terengganu menang dalam SUKMA, cuti peristiwa boleh diadakan sehari selepas perasmian penutup (13hb Jun); namun jika dianalisis pemberian cuti pada 19hb Jun, kerajaan negeri Terengganu sebenarnya mahu berhati-hati dalam memberikan cuti dan tidak mahu terburu-buru dalam meluluskan sesuatu cuti itu.
Orang ramai yang mendengar berita itu ketika hadir di majlis itu malam semalam (13hb Jun) merasa lega dan memahami ia dilakukan untuk menghargai pemain-pemain bolasepak Terengganu dan juga kontinjen negeri itu dalam memburu kejuaraan masing-masing. Ia juga diberikan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menyokong pasukan bolasepak negeri itu serta kontinjen Terengganu tanpa berputus asa.
Jadi, HSBH dan seluruh rakyat Terengganu berterima kasih dengan pemberian cuti ini dan mengucapkan tahniah atas kejayaan negeri tersebut dalam memahat satu sejarah yang gemilang dalam bidang sukan dan diingati sepanjang masa.
Selasa, 14 Jun 2011
Terengganu akhirnya cuti!
Teg label:
Perkembangan dalam negeri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
HSBHCatatan Paling Ramai Baca.
-
HSBH ucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2011 di atas kejayaan semua calon mendapat hasil yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011. Kese...
-
Baru-baru ini saya telah membaca dua artikel yang disiarkan oleh MyMassa mengenai isu-isu terkini yang cuba diulas oleh pengarang-pengarang ...
-
PERKEMBANGAN KAMPUS, 22 Mac: Malam Persembahan Bahasa Inggeris (BI) 2012 ( English Nite 2012 ) berlangsung dengan jayanya. Malam Persembaha...
-
DALAM NEGERI, 9 Julai: Perhimpunan haram yang diadakan oleh BERSIH semakin hangat diperkatakan dan ia berlaku hari ini. Perhimpunan ini diad...
-
PERIBADI, 8 JUN: Percubaan HSBH untuk memohon melanjutkan pengajian ke universiti berjaya selepas dia ditawarkan mengikuti pengajian dalam b...
-
SEKOLAH, 02 Julai: Biarpun larian bermula lewat sedikit daripada perancangan iaitu pada hampir 8.00 pagi, namun sambutannya agak diterima se...
-
PERIBADI, 8 MEI: Hafzan Shafiq bin Hamdan (HSBH) akan menghadiri pendaftaran tingkatan 6 Bawah esok, mulai jam 9.00 pagi di SMK Paka. HSBH m...
-
PERKEMBANGAN NEGARA, 18 April: Majlis pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14 telah selamat...
-
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saya di sini ingin mengumumkan sesuatu yang penting berkaitan dengan blog yang dimiki oleh saya, HSB...
-
PERIBADI, 7 MEI: HSBH gagal dalam percubaan pertamanya untuk memohon memasuki IPTA/Universiti tengah hari Jumaat lepas. Ini selepas HSBH mem...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya yang berdaftar saja boleh komen di sini. Jangan komen sesuatu yang boleh menimbulkan implikasi kepada sesiapa. Komen yang memang tak masuk akal akan dibuang. Sekian, harap maklum.