Kalau aku ditanya apa yang aku mahu sekarang Aku hanya mahu dia diberikan mata yang sempurna Untuk boleh meluturi hidupan di sekelilingnya Untuk menyusuri setiap hati orang di sekelilingnya Untuk dia tidak hanya mementingkan diri sendiri Untuk dia sedar bahawa terlalu ramai orang di sekelilingnya Untuk dia tidak meminta simpati atas nasib sendiri Sedangkan ada ramai lagi yang patut disimpati
Aku hanya mahu aku dan sang yang melahirkan Yang hanya tinggal di dalam duniaku Supaya aku dan dia tidak terbeban lagi Daripada bebanan menunggu yang hakikatnya tidak perlu Daripada menyedarkan mereka yang takkan sedar Daripada jeritan dan pekikan hinaan yang tak berhenti Mengherdik dan mencaci tak mengaku darah daging
Aku hanya mahu aku dan mergastua muliaku Dikebumikan di dalam satu liang lahad Pada tarikh dan masa yang sama Itu sahaja yang aku minta
Hit: 15 Laman Asal