Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut. “Sabun mana yang anda gunakan selama ini?” Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.” “Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?” ” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu. “Minyak wangi?” “Minyak Wangi Baba.” “Shampoo?” “Shampoo Baba.” Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.” Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.....”
Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pun makan tengahari di rumah, adapun perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.
Amat pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu, lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Amat pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.
Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya.
Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.
Amat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu..amat pun berbisik kepada orang dihadapannya...
Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti..." lalu orang itupun menjawab...
"Alah,setakat 50 sen aku tak heran la, tak der sape nak ambik duit kau tu". Lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pun berkata...
" eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap" Selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara
" Yang kau bercakap tu aper ?"....
sahlah... sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.
MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa...
NI KISAH BEDAH BERUMUR 7 TAHUN. Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall... Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia....
" Pak, itu amenda pak?" Bapak di jawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi kedinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!! keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN... lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...
"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI, KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT!!!
Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu. Lelaki yang empunya gelas terus menangis.
"Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori.
"Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!"
"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu
"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka
" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur mereka dulu"
" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"
" Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke supermarket beli barang-barang dapur. Jadi pi lah si suami ni beli semua barang-barang tadi.
Bila balik rumah, isteri tadi ambil beg-beg plastik bawa keluar semua barang untuk di simpan. Isteri terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis .. FREE... Isteri tanya suami dia mana benda yg FREE ni? Kenapa tak ambil. Suami kata la lupa nak mintak benda tu tadi. Isteri pun suruh suami pi balik ke supermarket claim benda FREE tu.
Suami pun pi lah bawa tin planta tadi jumpa salesgirl nak claim benda FREE. Bertengkar lah suami tadi ngan salesgirl tadi. Salesgirl tu kata benda free tu ada dalam tin. Suami kata mana boleh, dalam mesti tak dak punya. Dia mintak jugak dari salesgirl benda FREE tu.
Supervisor lalu kat situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila supervisor tanya apasai dia pulak kena marah dengan suami tadi. Suami tadi mintak jugak benda FREE dari supervisor tadi. Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis... FREE tu... Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tu ...... ada la tertulis .... dalam bahasa Inggeris .....supervisor tu baca.