PENGERTIAN DAN TUNTUTAN SYAHADAH
“Agama Islam dibina di atas lima rukun iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullahilharam dan puasa pada bulan Ramadan.” Setiap orang yang ingin memeluk Islam hendaklah mengucapkan kalimah syahadah ini. Inilah yang dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW, cantohnya ketika Islamnya Abdullah Bin Salam yang asalnya seorang pendeta Yahudi. (Hadis riwayat Al-Bukhari).
Rasulullah SAW telah menjanjikan banyak kelebihan yang terdapat pada penyaksian agung ini. Sabda baginda SAW dalam hadis riwayat Muslim, yang bermaksud :
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya aku adalah rasul Allah. Tidaklah seorang hamba yang bertemu Allah dengan dua kalimah ini tanpa sebarang syak melainkan akan masuk syurga.”
Sabda baginda lagi dalam hadis riwayat Muslim, yang bermaksud:
“Barangsiapa yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, nescaya Allah haramkan ke atasnya neraka.”
Ramai manusia telah menuturkan kalimah syahadah ini; namun ia tidak memberi apa-apa makna dan manfaat. Ini kerana, ia sekadar diucap dengan pengucapan kosong tanpa kesedaran dan penghayatan pada makna serta tuntutannya. Justeru, Rasulullah SAW telah meletakkan syarat bagi mencapal kelebihan kalimah mulia ini mestilah dengan ilmu. Sabda rasul SAW dalam hadis riwayat Muslim, yang bermaksud :
“Barangsiapa mati dalam keadaan dia mengetahui bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, nescaya dia masuk syurga.”
Syahadah dan penyaksian
لا إله إلا الله محمد رسول الله
membawa maksud: suatu iktikad yang kukuh bahawa tiada tuhan yang berhak dan layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan bahawa nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah.
Tuntutan dan cara menghayati syahadah yang pertama iaitu “Tiada Tuhan Melainkan Allah” adalah seperti berikut:
1. Menuturkan kalimah dalam keadaan mengetahui dan memahami maksudnya sebagaimana firman Allah
dalam surah Muhammad, ayat 19 :
“Ketahuilah bahawasanya Tiada Tuhan melainkan Allah…”
2. Beramal dengan maksud kandungan kalimah itu. la adalah asas pengutusan para rasul, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Anbiya’, ayat 25:
“Dan tidak Kami utuskan seorang rasul pun sebelum kamu melainkan kami wahyukan kepadanya,
bahawa tiada Tuhan melainkan Aku, maka abdikaniah diri kepada-Ku”
3. Menyerah diri kepada Allah SWT, sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah, ayat 128:
“Tuhan kami! Jadikanlah kami ber- dua (Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail) menyerah diri kepada-Mu dan
juga dari zuriat kami satu umat yang menyerah diri kepada-Mu…”
4. Membenarkan segala yang datang daripada Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nisa’, ayat 87 :
“…dan siapakah yang lebih benar percakapannya daripada Allah?”
5. Ikhlas dalam melakukan pengabdian dan berlepas diri daripada sebarang bentuk syirik dan khurafat.
Firman Allah dalam surah Az-Zumar, ayat 11, yang bermaksud :
“Katakanlah wahai Muhammad! Sesungguhnya aku diperintahkan untuk mengabdikan diri
kepada Allah dalam keadaan ikhlas beragama kepada-Nya…”
6. Mengasihi Allah melebihi segala yang lain, sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah, ayat 165, yang bermaksud :
“…dan orang-orang yang beriman sangat cintakan Allah.”
Tuntutan dan cara menghayati syahadah yang kedua iaitu “Nabi Muhammad hamba dan pesuruh Allah”
adalah seperti berikut:
1. Meyakini bahawa Rasulullah adalah manusia pilihan Allah. Baginda juga bukan sekutu bagi Allah. Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi, ayat 110, yang bermaksud :
“Katakanlah (wahai Muhammad)! bahawasanya aku ini adalah manusia biasa seperti kamu yang
diwahyukan kepadaku. Bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang satu”.
2. Meyakini bahawa baginda Rasulullah dipelihara oleh Allah daripada terjebak dalam sebarang bentuk dosa.
Baginda juga dipelihara daripada tersalah dalam menyampaikan risalah Allah.
3. Mentaati segala perintah Rasulullah dan menjauhi segala larangarinya. Firman Allah dalam surah Al-Hasyr, ayat 7, yang bermaksud :
“Dan ара yang dibawa datang kepada kamu oleh Rasulullah hendaklah kamu ambil dan ара yang baginda larang,
maka hendaklah kamu tinggalkan.”
4. Membenarkan setiap yang baginda sampaikan. Ini kerana baginda tidak berkata-kata sebarangan, sebaliknya ia adalah panduan daripada Allah. Firman Allah dalam surah An-Najmi, ayat 3 dan 4, yang bermaksud :
“Dan dia yakni Nabi Muhammad tidak bertutur dengan hawa nafsu, sebaliknya ia adalah wahyu yang diutuskan oleh Allah.”
5. Mencintai Nabi melebihi makhluk yang lain. Sabda rasulullah SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari:
Maksudnya:
“Tidak beriman seorang daripada kamu hinggalah dia menjadikan aku yang paling dicintai melebihi
bapanya dan anaknya serta semua manusia.”
Sempurnakanlah tuntutan dua kalimah syahadah ini. Semoga ia dapat membebaskan jiwa raga daripada perhambaan kepada sesama makhluk kepada perhambaan kepada Allah SWT serta mengelakkan diri
daripada mengikut petunjuk selain petunjuk Rasulullah SAW.