Borang Keahlian Khairat Kematian Taman Desa Permai 3 Meru

Penubuhan Tabung Khairat Kematian Taman Desa Permai 3, Meru telah diilhamkan oleh Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 (PPTDP3) dan mesyuarat penubuhan telah diadakan pada 22 Mei 2011. Tabung Khairat Kematian ini akan berfungsi di bawah naungan PPTDP3. Keahliannya adalah disasarkan kepada ahli Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 dan ahli keluarga yang menjadi tanggungannya.





TUJUAN PENUBUHAN TABUNG KHAIRAT 


1. Matlamat asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan beban keluarga ahli menguruskan proses pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli mengikut kadar tertentu yang dipersetujui oleh ahli jawatankuasa.
2. Menyatukan penduduk setempat untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku satu-satu kematian.
3. Memupuk semangat bekerjasama antara masyarakat setempat tanpa mengira fahaman masing-masing.



Sila Download Dokumen Berikut :
1. Untuk Maklumat Terperinci Syarat dan Sumbangan : Khairat Maklumat Terperinci


2. Untuk Borang Keahlian : Borang Keahlian Khairat

Borang yang telah diisi perlu dihantar ke alamat berikut atau kepada salah seorang AJK PPTDP3  yang dilantik.
NO 8,JALAN MERANTI PUTIH 9C/KU10
TAMAN DESA PERMAI 3,
MERU,
41050 KLANG,
SELANGOR
Published: 2011-11-01 Hit: 8 Laman Asal
PPD Menangguhkan P&P Seminggu ( 3 - 7 Ogos 2009 )
Politeknik Port Dickson telah mengambil beberapa inisiatif awal yang sewajarnya sebagai respon kepada isu H1N1 yang melanda negara masa kini. Antaranya merujuk pelajar-pelajar yang mengalami siptom de .. ..
Team Permai Dalam Fatrah Banjir
Nantikan program KONPIP kali ke 13 tahun 2015 yang bakal menghimpunkan keseluruhan kepimpinan Badan Dakwah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Pengarah Program bersama Ustaz Makh .. ..
Anda Ingin Buat Video Bahasa Ke 3
Baca Berikutnya..... .. ..
Udang 3 Rasa
Assalammualaikum buat semua Entry ringkas hari ni, Sambung entry menu lunch utk tetamu pada hari sabtu lepas, selain nasi minyak hujan panas & daging rendang hitam, lauk .. ..
Fontana Trevi Castel Romano Rome Pt 3
Assalmmualaikum buat semua Nak sambung kisah percutian ke Rom. Masih kisah hari ke 2 di Rom, xtvt sebelah ptg dan mlm pula iaitu ke Castel Romano Designer Outlet dan Fo .. ..