Tuesday, March 5, 2013

Hukum Melawat Pusara Suami Masa Dalam Iddah

Soalan

Assalamualaikum ustaz.... Saya ada sedikit kemuskilan yang perlu saya ketahui. Saya baru bercerai mati dengan suami saya. Waktu hari pengebumiaan, ada saudari menegur saya. Dia kata saya x boleh ke kubur krn saya dalam iddah. Benarkah pernyataan saudari yang menegur saya itu? Dia kata, lepas saya abis iddah baru saya dapat melawat pusara arwah suami saya. Benarkah kenyataan itu? Terima kasih krn menjawab persoalan saya. Wassalam

Jawapan

Jawapan

Waalaikummussalam
Harus bagi seorang wanita yang berkabung bagi kematian kerabatnya, seperti bapa, ibu dan saudara lelaki selama tiga hari sahaja.
Haram berkabung atas kematian lebih daripada tiga hari selain daripada suami, berpandukan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat berkabung lebih daripada tiga hari, kecuali berkabung atas kematian suami empat bulan sepuluh hari."
Berkabung adalah kewajipan syara' ke atas semua isteri yang kematian suami. Seorang wanita yang berkabung hendaklah menjauhi perkara-perkara berikut:
i. Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin emas, perak dan sutera.
ii. Memakai bau-bauan pada tubuh dan berdandan rambut
iii. Memakai minyak, sama ada minyak wangi atau tidak
iv. Bercelak mata
v. Berinai dan semua jenis pewarna dan celupan
vi. Memakai pakaian yang berbau wangi dan kelihatan menyerlah warnanya (mengikut uruf setempat)
Manakala untuk menguruskan  rutin harian seperti keluar bekerja menghantar dan mengambil  anak di sekolah dan tuisysen ia adalah diharuskan termasuk ziarah ke pusara kubur suami TETAPI  DENGAN SYARAT  jangan sampai melencung seperti pergi shopping atau pergi bertandang ke rumah rakan taulan dan seumpamanya dalam tempoh berkenaan adalah dilarang.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment