Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

Hukum Menadah Tangan Ketika Berdoa

Soalan

assalamualaikum, apakah hukum menadah tangan berdoa selepas solat? dan bilakah waktu kita tidak perlu menadah tangan ketika berdoa?adakah menadah tangan ketika berdoa adalah bid ah

Jawapan

Waalaikumusalam
Hukum menadah tangan ketika berdoa itu adalah sunnah sebagaimana yang pernah dilakukan oleh baginda saw ketika berdoa di mana baginda akan angkat tanganya tinggi-tinggi sehingga nampak ketiaknya.Justeru jika umat islam angkat tangan semasa berdoa seolah-olah ia telah menghidupkan sunnah yang ditinggalkan oleh baginda saw.Malah perbuatan itu diberi akan diberi pahala sunat.Wallahu a'lam

Saturday, June 22, 2013

Tidak Membaca Doa Selepas Azan?

Soalan

assalammualaikum ustaz,apa hukumnya tidak membaca doa selepas azan?adakah solat kita sah atau tidak?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum menjawab azan itu sunat,jika lakukan akan diberi pahala,jika tidak buat tidak dapat pahala sunat tersebut.Manakala solat anda tetap sah walaupun tidak jawab azan.
Perlu panel ingatkan bahawa semasa azan berkumandang syaitan dan kuncu-kuncuynya akan lari lintang pukang disebabkan mereka amat takut untuk dengar azan,begitu juga mereka tidak akan dapat mengganggu mereka yang sama-sama menjawab seruan azan  termasuk juga ketika iqamat dilakukan.Wal;lahu a'lam.

Monday, May 27, 2013

Bacaan Doa Nabi Yunus

Soalan

Assalamualaikum wbt

Adakah kita dibenarkan membaca doa cthnya doa nabi yunus semasa sujud terakhir solat wajib?

Dan skiranya tidak dibenarkan, adakah sah solat yang dikerjakan itu.

Terima kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda diharuskan untuk membaca doa  khusus bagi nabi Yunus pada sujud terakhir dalam solat fardu,ia sekali-kali tidak akan membatalkan solat yang sedang anda lakukan.Wallahu a'lam.

Saturday, January 5, 2013

Bolehkah Saya Berdoa Agar Dia Menjadi Jodoh Saya?

Soalan

Saya telah jatuh hati pada seseorang. Tetapi saya tidak tahu sama ada dia masih bujang atau sudah berkahwin walaupun sudah berkawan selama setahun. Tetapi sahabat saya memberitahu dia adalah seorang 'nice person'. Kami.jarang berjumpa. Kadang-kadang masing menghantar sms mengatakan rindu. Saya tidak tahu sama ada dia ikhlas atau tidak. Bolehkah saya berdoa memohon dia menjadi jodoh saya untuk mengelak dari perkara yang tidak elok berlaku?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, jika wanita tersebut masih belum dipinang orang ataupun masih belum berkahwin, maka tiada larangan atau halangan ke atas anda untuk berdoa semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala pertemukan jodoh anda dengannya.
Walau bagaimanapun, ingatlah pesanan daripada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam tentang ciri-ciri yang perlu diperhatikan kepada seseorang wanita yang ingin dipilih sebagai pasangan hidup. Ciri-ciri tersebut ada dijelaskan di dalam hadith di bawah ini. Semoga ia dapat dijadikan panduan kepada anda di dalam memilih pasangan hidup.
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Dikahwini seseorang wanita itu atas empat sebab, iaitu; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka Kahwinilah dirinya atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan”.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, an-Nasaa’i dan Ibnu Majah).

Semoga urusan dan hasrat anda dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Amin. Wallahu 'alam.

Sunday, December 30, 2012

Doa Semasa Khutbah Jumaat

Soalan

Salam.ustaz,saya nk tnye doa apa yg dibaca oleh jemaah pada ketika semua orang mmbaca doa ??
Adakah ianya sebuah doa khas yg hanya dibaca ketika khutbah jumaat sahaja atau boleh baca apa2 jenis surah dalam al-Quran??

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sebaik-baik doa yang akan dimakbulkan oleh Allah ialah semasa khatib duduk antara dua khutbah.Justeru berdoalah apa-apa  sahaja Doa kerana pada waktu itu memang mustajab.
Sepanjang yang panel semak tiada doa  khusus untuk dilafazkan ketika imam duduk antara dua khutbah.Justeru anda bebas untuk berdoa apa sahaja.
Panel nasihatkan agar anda berdoa perkara yang baik-baik sahaja dalam bahasa Melayu ,seperti minta sihat tubuh badan,murahkan rezki,ampunkan dosa dan mohon Allah terima segala amal ibadah yang anda kerjakan.Wallahu a'lam.

Sunday, June 17, 2012

Pertanyaa Mengenai Hukum Berdoa Melalui Berkat Wali Atau Keramat

Soalan

Assalamualaikum ustaz, Bolehkah saya berdoa dengan berkata "..... saya memohon melalui berkat dan keramat wali.......... supaya saya diberi......... dengan nama Allah dan kerana Allah SWT. " Nasihatkan saya cara untuk berdoa yang dibolehkan mengikut hukum. Sekian terima kasih, wassalam.

Jawapan

Waalaikumussalam Warahmatullah.
Semoga Puan dirahmati Allah.
Berdoa dengan bersandar atau bergantung kepada sesuatu disebut sebagai Tawassul. Sebaik-baik Tawassul ialah dengan menyandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan inilah juga yang diajar oleh para ulama'. Oleh itu, antara ciri-ciri doa yang dimakbulkan ialah 1. Dimulakan dengan "Hamdalah" iaitu Memuji-muji kebesaran Allah seperti Alhamdulillahi rabbil alamin. 2.Berselawat kepada Nabi seperti Allahumma Solli Wasallim ala Muhammad. 3.Doa memohon kebahagiaan didunia dan akhirat seperti rabbana Atina Fiddunia Hasanah.........dan seterusnya.
Terima Kasih.

Saturday, May 19, 2012

Doa Dalam Solat

Soalan

Assalamualaikum ustaz. saya ingin bertanya samaada bolihkan seseorang itu berdoa dalam bahasa melayu ketika sujud atau sebelum salam?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, dalam hal ini seseorang yang sedang mengerjakan solat dibolehkan untuk berdoa di dalam bahasa apa sekalipun dengan syarat tidak diucapkan secara terang (hanya disebut di dalam hati sahaja). Jika terucap melebihi dua huruf, solat yang dikerjakan adalah terbatal. Wallahu 'alam.

Wednesday, February 22, 2012

Hukum Doa Panjang Umur

Soalan

Assalamualaikum...
saya ingin bertanyakan satu soalan...kawan saya ada bertanyakan soalan kepada saya,apa hukum mendoakan panjang umur? lepas itu kawan saya kaitkan doa panjang umur dengan qada' dan qadar.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum berdoa meminta umur panjang itu adalah harus.Walau bagaimanapun ketetapan untuk panjang atau pendekkan  sesuatu umur itu bergantung kepada Qada' dan Qadar  yang Allah SWT  telah tentukan sejak dari azali lagi kepada setiap makhluk yang diciptakan.Wallahu a'alam.